Tuesday 24 April 2012

Tertawan di Puncak yang Menawan!!

Satu gambar dengan beribu kisah....=')


Semoga kenangan 17-21 April 2012 ini membawa pengajaran untuk seumur hidup. (^_^)v

Monday 9 April 2012

Gigi anda sihat?

Assalamualaikum wbt...=)

Buat anda yang membaca, sihatkah hari ini? Gigi juga, sihatkah? Haa...kalau terasa sakit, apa puncanya?
Saya sekadar mahu kongsi pengalaman jumpa doktor gigi kali ini. Bukan dari pendapat pakar pun, hanya sebagai si pesakit yang menerima rawatan.hehehe...

Dah sudah ambil kad rawatan, tunggu giliran, sampai giliran, saya akhirnya melangkah masuk ke bilik rawatan. Saya tersenyum menyapa puan doktor yang mulutnya ditutup mask, namun matanya membalas senyum saya. Kad rawatan bertukar tangan, saya mengambil tempat di kerusi rawatan. Tenang dan gembira.

"Scaling," ringkas dari puan pembantu doktor. Tangkas tangannya mencapai tiub air untuk saya pegang kedalam mulut dan tisu untuk dikepil pada tudung, dibawah dagu. Arahan-arahan lain keluar satu-satu, lancar dan monoton. Puan doktor bercakap-cakap santai dengan saya, sekadar memastikan pernah atau tidak saya membuat rawatan scaling sebelum ini. Pernah doc, selalu juga..hehee

"Bismillah hirrahman nirrahim.." puan doktor berbisik sebelum mula memasukkan 'alat-alatnya' kedalam mulut saya....yang masih tenang gembira itu.

"Srettttt...." Bunyi yang ngilu. Sebahagian diri menahan ngilu, sebahagian lagi menahan gelak!
"Dik, bukak mulut luas-luas dik. Susah doc nak buat nanti. Tiub air tu adik pegang dalam-dalam. Tangan ni jangan angkat." puan pembantu bersuara, oktaf tinggi sedikit. Tangannya yang memakai sarung elastik itu kejap-kejap membetulkan tangan saya. Geli. Saya gelak..erk..tertelan sedikit. Cess..

"Sreettt..sreetttt..." puan doktor tenang sahaja. Saya? Kejang! haha...entah berapa kali sudah saya scaling, tetap begini juga. Jari-jari terkepal, kaki meregang, bahu keras kejung, semua anggota pun tegang! Dan....jiwa terasa mahu gelak. Tertahan-tahan untuk gelak. Mulut yang sepatutnya dinganga luas, semakin mengecil bukaannya.

"Tenang je sayang...awak baring relaks je k..macam tengah tengok TV kat rumah..cuma nganga mulut luas-luas ye..." lembut memujuk suara puan doktor. Sehingga saya seperti tidak terdengar puan pembantu membebel apa. hee... dan saya relaks...kendurkan badan.

"Sreeetttt...." Tenang.
"Sreeetttt...." Terasa masih tenang.
"Sreeetttt...." puan doktor berhenti sekejap.

"Sayang...betul ke pernah buat ni sebelum ni nih..." Erk...oh, a'ah. Badan kembali kejang dan keras rupanya.haha...Terluah bunyi gelak, tertelan sedikit air yang bercampur macam-macam itu. Huuu...nasib la puan doktor dah pesan tadi, kalau tertelan sikit-sikit tu takpe je...hee. Dan tangan puan pembantu doktor sudah siaga mengambil alih tugas memegang tiub air. Tangan saya tak boleh harap sangat, terpercik air ke muka doktor nanti..hehehe

Sesi rawatan itu hanya 10minit saya kira. Gigi saya cantik, kata puan doktor la. Cuma gigi yang belakang-belakang tu, kotor sedikit. Erm..tidak sampai semasa memberus la tu.. Jadi, berus gigi mesti guna yang sesuai. Sekarang saya sudah tukar berus gigi....SYSTEMA Fine..seronok berus gigi tu!

Beberapa pesanan puan doktor yang memanggil saya sayang itu:
1. Gosok gigi jangan kuat-kuat. Gusi dah terjatuh ke bawah. =)
2. Selalu jaga gigi bersih-bersih. =)
3. 6 bulan sekali datang periksa gigi. =)

Siap scaling, puan doktor polish pula gigi saya. Seronok gigi-gigi itu dibelai ye.. Selesai semuanya, saya bangun dari kerusi dan tersenyum simpul keluar dari bilik rawatan menuju kaunter bayaran. RM4.00 seperti biasa ye..Pusat Kesihatan UTM la katakan...hehe. Langkah terus diatur menuju Bujang, dengan senyum tertutup yang tak hilang-hilang dari bibir, menutup gigi-gigi yang masih gembira dibelai-belai..

Pesan saya buat gigi-gigi saya:

"Gigi-gigiku sayang, maafkan saya ye..
.mungkin selama ini, saya kurang beri perhatian kepada kamu. 
Pakai berus gigi asal ada, janji murah, sehingga kurang fungsinya untuk membersihkan kamu. 
Belum lagi jika saya diserang jin malas menggosok gigi sebelum tidur, 
walaupun maklum sangat kamu memerlukannya. 
Saya alpa, suka-suka makan makanan sejuk dan panas, tanpa endahkan kamu..
lalu kamu terasa terabai. 
Saya seperti tidak sedar kewujudan kamu...
Saya faham, kamu sakit kerana kamu mahu perhatian saya, kan..
ya, ya....saya ubah ye, 
saya sayang kamu...=)"



Selamat menjaga gigi-gigi kalian!! (^____^)v