semalam tertengok teaser Buletin Utama. hmmm....-TG Nik Aziz samakan penerima BR1M seperti haiwan?speechless. tak terkata apa. cuma otak je suka sangat berimaginasi..heee...al-kisah dari imaginasi itu.....(jeng jejeng)
Safi'e Salih pemain bola sepak yang handal. Dia seperti AYAM tambatan dalam pasukan bolanya
"Apa??? KAU SAMAKAN AKU DENGAN BINATANG???" =_='
Adami sangat merindui Nur Kasihan laksana PUNGGUK rindukan bulan.
"Apa?? KAU SAMAKAN AKU DENGAN BINATANG????" =_='
Kertas kerja yang dihasilkan oleh Nuura Danisha itu sangat memberangsangkan. Pada hari perbentangan, bos Nuura Danisha telah mendapat banyak pujian daripada rakan-rakan kongsi bosnya itu. inilah yang dikatakan, LEMBU punya minyak, SAPI dapat nama.
"Apa?? KAU SAMAKAN KAMI DENGAN BINATANG????" =_=' =_='
Aaronan dan Azizah tidak pernah boleh berjumpa dengan damai. Mesti ada-ada sahaja yang akan mereka gaduhkan. Mereka tak ubah seperti ANJING dengan KUCING.
"Apa??? KAU SAMAKAN KAMI DENGAN BINATANG?????" =_=' =_=" =_='
Pasukan Merah telah tersingkir didalam pemilihan rumah sukan terbaik tahun ini kerana keputusan memBABI-buta pihak pengurusan mereka yang menyogok guru-guru panel dengan aiskrim dalam kejohanan sukan Sekolah Kebangsaan Aku yang lalu.
"Apa??? KAU SAMAKAN KAMI DENGAN B***????!!" *pitam teruss
...dan...nampak tak? nampak tak? nampak tak?? #amek ko,sebesar gitu kalo tak nmpk jgk..=_='
jadi....kecoh-kecoh kenapa.....aish~
"Q, ko terima baucer buku"
"Terima dengan ek-sai-ted-nya"
"Ko undi sape pilihanraya?"
"Undi adalah rahsia (^_^)v"
#dah abis berimaginasi, dh pergi beraktiviti, dah tidur...bangun pagi baru buat entri..heee...ketinggalan zamn dah jadinya~