Hari-hari yang berlalu itu,
Terlayar di tabir minda pagi ini,
Membawa rasa terharu,
Membawa rasa rindu...dan sendu,
Betapa aku pernah jatuh dahulu,
Di saat akhir perjalanan,
Terkulai layu dek lemahnya jiwa,
Terbeban dengan pelbagai rasa,
Yang tak sanggup ku luah pada mereka yang ku panggil keluarga,
Namun aku ada mereka,
Yang sudi memapah dan memimpin tangan,
Membantu aku berdiri di atas kaki sendiri,
Meyakinkan aku bahawa kakiku teguh,
Tatkala aku hilang rasa,
Mereka adun untukku ramuan mujarab,
Ubat hati yang kecewa,
Betapa mereka ada usaha untukku,
Masakan aku tiada daya untuk diri sendiri?
Lalu, dalam hormat dan malu,
Aku berdiri kembali,
Bertatih dipimpin mereka yang tabah,
Berpaut kemas pada tangan yang dihulur,
Bersandar pada bahu yang kukuh,
Walau dengan langkah pincang tempang,
Aku melangkah perlahan,
Menuju hari ini..
Dan hari ini..
Susah dan payah pada hari-hari yang berlalu itu,
Hampir berbalas tidak berapa lama lagi,
Hadiah untuk aku yang berani berdiri kembali,
Sungguh hadiah ini cukup bererti,
Hadiah yang ingin ku kongsi bersama mereka,
Kerana mungkin tanpa tangan dan bahu mereka,
Aku belum tiba disini hari ini..
Ya Allah,
Demi mereka yang sayangi aku,
Kau kurniakanlah mereka kesejahteraan dunia akhirat,
Atas jasa dan budi baik mereka,
Keprihatinan dan kasih sayang,
Kesabaran dan ketabahan,
Yang mereka pinjamkan kepadaku,
Yang membolehkan aku melalui hari-hari yang berlalu itu,
Kau ilhamkan kepada mereka,
Bagaimana menebas semak berduri yang menghalang laluanku,
Bagaimana mengharung jeram yang deras berbatu-batu,
Bagaimana menjinakkan liarnya hasutan-hasutan dalam minda,
Lalu kepada-Mu jua,
Ku panjatkan syukur..ya Allah..
Hari-hari yang berlalu itu,
Hari yang sukar namun akan berbalas indah,
Terima kasih buat kalian...=)
Dedikasi buat: Wani, Siti, Ana, Aimie, Naza, Tajuddin, Aizat dan sahabat SEP sekalian. Saya akan grad bersama-sama kalian! Huuu~