****
Taman Negara Tanjung Piai agak meriah petang itu. Kelihatan
sebuah keluarga baharu sahaja selesai membeli tiket di kaunter sebelum dia dan
Lutfi pula menyusul. Sedangkan di bahagian dalam melepasi kaunter terdapat
beberapa orang remaja perempuan sedang bergambar dengan tugu batu mercu tanda
Tanjung Piai. Girang sekali. Kelihatan juga beberapa orang kanak-kanak
berlari-lari menaiki tangga. Ceria dan gembira. Aishah tersenyum dengan
permandangan itu, terhibur atau mungkin juga sengaja mencari hiburan buat hati
yang gundah gelana.
“Jom,
kita masuk,” Lutfi menghulur sekeping tiket kepadanya diiringi senyum dibibir.
Dia mengangguk dan menyaingi langkah Lutfi ke pintu masuk.
Latar hutan paya bakau tersaji
di pandangan. Lutfi kekal ceria dan tenang. Mulutnya rancak bercerita persis
seorang pemandu pelancong. Sesekali mereka berhenti ditengah-tengah laluan
untuk melihat sebentar ke dalam kawasan paya dibawah laluan. Sesekali mereka
berhenti pula untuk membaca maklumat tentang paya bakau dan spesis-spesis
bintang yang menghuni kawasan itu yang
tersedia disepanjang laluan.
Permandangan hutan yang hijau dan bau laut itu seolah-olah
membawa pergi kegundahan hati Aishah sedikit demi sedikit. Keterujaan mula
mengisi ruang hati Aishah. Mulutnya turut mula bertanya itu ini kepada ‘pemandu
pelancong’ kehormatnya, Encik Lutfi. Keadaannya tidak ubah seperti kebanyakkan
kanak-kanak yang turut berada disitu. Aishah menjadi lupa akan resah hatinya
yang dibawa dari kampus tadi, resah yang menemani satu jam perjalanan tadi.
Semuanya bertukar serta-merta. Aishah kini ketawa, teruja dan ceria. Dan kini, Lutfi
pula yang tersenyum dalam. “Awak, awak...saya
senang sekali melihat awak begini...teruslah menjadi dirimu yang ceria ini,
awak..” monolog hati Lutfi.
Mereka sampai ke penghujung laluan, seolah-olah sebuah
jeti. Laut lepas terbentang didepan mata. Bayu laut menghembus lembut, membelai
wajah. Kain tudung Aishah terbuai-buai mengikut alunan bayu. Dia duduk di
bangku panjang yang tersedia, merenung laut dengan senyum dibibir. Lutfi turut
sama duduk dibangku itu, dihujung yang bertentangan, bersandar ditiang,
menghadap Aishah. Sedang dia berkira-kira memulakan bicara, Aishah berpaling ke
arahnya. Pandangan mereka bersatu, tidak lama. Masing-masing melarikan mata
ketengah laut serentak lalu ketawa.
“Awak,
saya senang dengan awak,” luah Lutfi, telus.
“Iya?
Semoga awak kekal senang dengan saya,” Aishah senyum tipis.
“Tapi..apa
akan jadi pada kita selepas 17 Disember ini?” Jeda.
“Awak,
kalaupun kita tidak akan pernah sampai ke ikatan nikah, semoga awak kekal
senang dengan saya, boleh?”
“Awak
tak rasa terburu-buru?”
“Saya
tak mahu buang masa.”
“Jadi
sekarang kita sedang buang masa lah ya?”
“Terpulang
pada awak untuk menilai. Pada saya, saya mahu tempoh sebulan ini sahaja untuk
berkenalan dengan awak seperti cara mereka. Sebab itu saya meletak tarikh 17
Disember tu.”
“Cara
mereka?”
“Hmm...couple. Budaya zaman sekarang tu.
Berkenalan, berkawan-kawan, teman tapi mesra. Apa-apalah. Awak rasa cara ini
maniskah? Tidak, bukan? Keluar berdua-duaan, walaupun duduk berjarak begini,
masih tidak begitu indah. Ber-SMS, call,
dan sebagainya. Saya tidak senang begitu.”
“Kenapa
pula sebulan ini awak benarkan diri begitu?”
“Karat
jahiliah?” Aishah ketawa. Sejurus kemudian dia menyambung.
“Saya
baru mahu mengenal agama..semula. Sekian lama terlambung dalam arus masa, saya
lupa, lalai, alpa. Maaf, awak bukan lelaki pertama dalam hati saya. Pernah
dahulu saya bercinta, ber’couple’. Malang
semuanya membuahkan kecewa. Tapi, zaman bercinta itu, memang terasa indah sungguh.
Itulah yang masih belum berjaya disisih sepenuhya tu. Itulah karat jahiliah tu.
Maafkan saya,” terdengar keluhan kecil mengiringi penghujung ayat itu.
“Kalau
kita bernikah, mampukah kita sebenarnya? Bukankah kita masing-masing masih
seorang mahasiswa? Saya mahu beri awak makan apa? Lagipun, saya mahu berbakti
kepada orang tua saya dahulu. Adik-adik saya juga,”
“Kenapa?
Kalaupun kita kahwin, awak tidak boleh berbakti kepada merekakah?”
“Bukan
begitu. Tapi, tidak sepenuhnya. Mestilah fokus saya mencapah antara awak, sang
isteri dan keluarga. Saya ada cita-cita yang mahu dicapai juga,”
“Kalau
begitu, mengapa memulakan?” suara Aishah bergetar menahan emosi.
“Kenapa
awak menghampiri saya, mengucap suka akan saya, mengula-gulakan saya jika tiada
niat memperisterikan saya?”
“Bukan
begitu. Cuma, terlalu awal.”
“Bukan
sekarang lah yang saya mahu kita bernikah. Saya beri tempoh setahun juga, kan?”
“Masih
terlalu awal juga,”
“Baik.
Kerana itu saya mahu tangguhkan lagi. Sehingga tidak awal lagi. 17 Disember
ini, kita berhentilah daripada begini.”
“Kenapa
awak mahu menyeksa diri?”
“Saya
fikir dengan begitulah saya mahu menjaga diri, menjaga hati,”
“Jangan
buat seperti saya tiada hati, tiada perasaan.”
“Belum
masanya kan, terlalu awal juga untuk hati-hati kita punya rasa kalau kita belum
mahu bernikah.”
“Awak
sukakan saya, kan?” Lutfi bertanya nakal, sengaja mahu mengendurkan suasana
yang menghampiri ketegangan.
“Ya.
Jangan tanya banyak kali lah!” Aishah membentak kecil sambil memuncungkan
bibirnya.
“Apa
akan jadi pada kita selepas 17 Disember nanti...?”
Soalan yang sentiasa berlegar-legar tanpa
jawapan pasti.
.....bersambung.....