*************
BAHAGIAN 1
Kalendar
diletakkan semula ke meja. Keluhan kecil terluah. Pandangan kosong ditala
kearah kehijauan alam dari tingkap biliknya. Hari ini 8 Disember. Ada lagi
seminggu sebelum 17 Disember.
Teet.
Bunyi SMS dari telefon bimbit mematikan lamunan Aishah. Seulas senyum paksa
terluah. Perlahan-lahan SMS dibuka dan dibaca.
“Hai
awak! Awak dah siap? Saya on the way!
;)” Lutfi bernada riang.
“Dah.
;)” ringkas jawapan Aishah.
Tudungnya dibetulkan. Apabila merasa diri
yakin untuk melangkah, Aishah menutup pintu bilik di belakangnya. Lafaz
basmallah meniti rendah dibibirnya sebelum kaki kanan mula bergerak menuju lif,
mahu menunggu Lutfi tiba di tingkat bawah asramanya.
“Apa akan jadi pada kita selepas tarikh 17
Disember nanti?”
Hanya
mereka berdua didalam kereta itu, Lutfi di tempat pemandu sedang dirinya di
tempat duduk belakang, bertentangan. Lutfi berwajah tenang dan bersahaja.
Memandu pun dengan kelajuan santai. Aishah masih tidak membuka bicara. Terasa
lidahnya kelu untuk bersuara apabila melihat ketenangan Lutfi. Dia sekejap-sekejap
memandang sisi wajah Lutfi yang sedang
memandu. Tiada tanda-tanda yang Lutfi mahu bercakap dengannya juga. Aishah resah
namun akhirnya akur dan memilih untuk terus senyap, melayan perasaannya
sendiri.
1 Disember
“Apa
akan terjadi kepada kita selepas tarikh 17 Disember nanti?” Lutfi menyoal
sambil menyua aiskrim ke mulut.
“Hmm..entahlah.
Mungkin kembali seperti mula-mula kita berkenalan dulu. Mungkin dan harap-harap
begitulah. Kenapa tanya?” Aishah juga menyua aiskrimnya ke mulut.
“Awak
dulu, tak suka saya, kan?” Segaris senyum nakal menghias bibirnya.
“Ish..mana
ada tak suka. Kurang selesa tu mungkinlah,” Aishah tersipu-sipu.
“Sekarang?
Suka? Selesa?” Lutfi masih nakal dalam nadanya.
“Eh,
awak ni. Dah tahu pun masih mahu tanyakah?” Geram. Lutfi tertawa kecil dan tawa
itu terdengar harmoni di telinga Aishah.
“Ya..ya,
saya tahu. Sekarang awak sangat-sangat suka, sangat-sangat selesa,” sambung
Lutfi dengan tawa yang lebih galak daripada tadi. Aishah turut tersenyum
sendiri mendengar gaya ketawa Lutfi yang sememangnya menghiburkan hatinya itu.
Aishah bukan seorang yang mudah
berkawan, apatah lagi berkawan rapat. Namun dengan Lutfi, tidak sampai sebulan
perkenalan mereka, Aishah sudah berasa senang dan tenang disisinya. Mereka
berjumpa kali pertama lewat Oktober lalu. Gara-gara tertinggal bas untuk pulang
ke rumahnya di Kuala Lumpur, Aishah terpaksa mempersetujui cadangan kawan
sekelasnya, Aznie, untuk bersama-sama menumpang kereta jirannya. Jiran Aznie
itulah seorang jejaka peramah bernama Lutfi! Dari saat itulah segalanya
bermula. Sikap ramah Lutfi pada mulanya menimbulkan rasa rimas dan meluat dalam
hati Aishah. Mungkin juga kerana Lutfi dirasakan terlebih ramah dengan dirinya. Namun lama-kelamaan, Aishah semakin senang dengan keramahan itu.
Ditambah pula Lutfi seorang yang
berfikiran jauh lebih matang daripada rakan-rakan sebayanya. Penglibatan
dirinya dalam bisnes sebagai bukti dia bukan jenis yang membuang masa muda
dengan bersuka-suka semata. Malah, yang lebih menambat hati Aishah ialah risikan
melalui rakan-rakannya yang memberitahu bahawa Lutfi seorang yang menjaga
solatnya, sering berjemaah di surau-surau mahupun masjid dan seorang yang
berakhlak baik. Memang ramai orang yang menyenanginya dari kalangan kawan-kawan
juga staf-staf kampus.
Pada awalnya, Aishah sekadar
memendam perasaan. Namun, dia bukan jenis yang pandai menyimpan rasa. Semua
disekelilingnya mampu menelah rasa sukanya pada Lutfi, termasuklah Lutfi
sendiri. 17 November, Aishah mengakui rasa itu dihadapan Lutfi dan pada tarikh
itulah sebulan ini bermula.
...bersambung....
Hehehe...aishah dok tempat duduk belakang? Setylelah.. ^____^
ReplyDelete