Thursday 24 November 2011

Sesungguhnya......

 
 
“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”-Hassan Al Basri
 
 

Wednesday 23 November 2011

The heart is that egg?

"If an eggs has been broken, means, all the things inside will be burst out right, after that, the shell will be empty....suddenly,somebody wants to refill the shell back, but it's only hurts himself since the broken shell area kind of sharp; the more he tried, the more broken the shell will be, the more wounds will be on his finger right?"

kata-kata Ika yang saya like sangat-sangat..heee..tapi, kalau saya la, maybe a glass jar is better than egg...kot la kan...takde palk nk bg tafsiran apa-apa..ermm..mane ntah dia dapat ilham ayat ni nih..heee..(^_^)

Kepada sesiapa yang sudi mendengar (baca, I mean): Mai sini, saya nak berkisah...




Minggu 1: Nani (bukan nme sebenar) dalam masalah besar dalam fasa cintanya dengan Rizz. Suasana tegang. Kenangan cinta yang dirakam hampir setahun itu terasa dusta, tidak membantu apa-apa. Nani-Rizz tiba di persimpangan, mereka tak lagi sehaluan (bayangkan lagu Alyah-tak mungkin kerana sayang melatari bacaan anda kt sini ye..) Lalu hari terakhir dari minggu itu, Rizz menuturkan lafaz putus...yang tidak berbunyi apa-apa. Hanya diam yang panjang. Walau puas Nani menjejak, Rizz kekal diam. Lalu, the egg is broken....in other words, patah la hati Nani.. Terhamburlah tangisan mengongoi-ngongoi... Terbejat la segala tugas dek terasa patah segalanya, hati, kaki, tangannya....hmmm...all the thing inside will be burst out...


Minggu 2: Mata Nani bengkak-bengkak. Wajah kusam, kusut masai. Bahana patah hati. Namun, masa itu telah tamat, masa 3 hari yang diluluskan untuk patah hati (dari nasihat seorang sahabat baiknya). Nani sedar dia harus bangkit. Esak tangisnya satu pembaziran. Ah, sudahlah! Aku boleh aje hidup tanpa kaulah!! Kata-kata yang dipalsukan, demi menagih tenaga untuk bangkit semula. Lalu, Nani kembali ke dunia nyata...tapi....the shell is empty....buat kerja...buat "kerja"...buat kerja...buat "kerja".....the heart is empty....


Minggu 3: Sedang ralit dengan "kerja"nya, (stalking si Rizz di fb...huu), ada orang tegur kat chat. Hmm...Nani layankan aje.. Katalah Amri namanya. Amri ni, tanya macam-macam. Buat ape tu? =), dh makan ke..=D, sihat hari ni ^_^, bla bla bla....Dalam hati Nani, indahnya kalau Rizz yang tanya ni. Mesti aku jawab sungguh-sungguh. Ada =),=P,^_^, macam lagi lagi sumer....hmmm... Oh, itu fantasi..yang realiti ni, Nani balas juga, kawan-kawan kan..tak balas nati sombong pula dikatanya. Tapi Amri ni tanya, kenapalah soalan-soalan camtu je semua..ala ala prihatin...? ..somebody wants to refill the shell back....


Minggu 4: Rizz...Rizz..rintih hati Nani dalam diam. Nak dizahirkan tak boleh, kawan tengok nanti kena ceramah. Dari fb Rizz, tau la Rizz sihat..Rizz happy...Huu...toin...Amri tegur lagi kat fb...huhu..semua soalan macam yang Rizz selalu tanya dulu..huhu.Sekali, Nani mesra lagi...dua kali, Nani dah senyum kambing...tiga kali, Nani senyum sumbing..dah lebih 5 kali...eeiii...menyampah la... Ah! Sibuklah dia ni..aku tunggu mesej orang lain, mesej kau pulak menderu-deru.. Ah!! Malas nak layan...the broken shell is sharp..hurting that somebody...


Minggu 5:....................the more he tried, the more broken the shell will be, the more wounds will be on his finger right?....


Hee...sekian kisah hari ini....^_^


p/s: Fairuz, boleh macam ni?

Saturday 19 November 2011

Asing

Aku lihat kau senyum,
Aku nampak kau ceria,
Aku rasa kau bahagia.
Walaupun hanya dari jauh.

Mahu sekali aku turut senyum,
Mahu sekali aku turut serta bertelagah,
Mahu sekali aku turut tertawa tanpa gundah,
Seperti waktu-waktu terdahulu.

Namun kini,
Segalanya asing.



:: Buat sahabat yang makin jauh::











"Cinta.....tak memutuskan hubungan..
tapi cukup untuk merenggangkan persahabatan..."