Monday 24 October 2011

Ku Tinggalkan Istana.....

Tekad. Nekad. Persalinan jingga kini bertukar tangan. Ku atur langkah lambat-lambat melewati gerbang masuk istana. Ayahanda tiada daya menghalang. Kanda Adam tidak menghalang? Kanda sulung itulah yang terlebih dahulu meninggalkan istana. Kerana itu istana ini lebih-lebih terasa hambar.

Tabir minda melayar kembali saat-saat indah : saat bermain, saat berperang, saat menang, saat kalah. Terhimpun tiada juzuk malah tajuk. Masih terasa segar, perang di bulan Ramadhan itu, kami menangani 40 kuasa-kuasa besar. Tuan Tanah dan ahli-ahlinya, tuan tempat istana Ayahanda bertapak. Ya, istana Ayahanda istana muda. Tapaknya belum kukuh utuh. Lantas perang ini demi memenangi mereka. Dan, kami menang. Errr...mungkin mereka juga menang. Win-Win situasion~

Puteri Perang mahu mengikut jejak. Sedang asalnya, dia juga yang mulakan tindak meninggalkan istana. Puteri Perang kini makin matang, mahu membuka empayar sendiri. Dengan sopan mengundur diri dari istana Ayahanda walaupun ditahan-tahan oleh Tuan Bendahara. Yang kecil molek itu jangan dipandang sebelah mata, kerana jiwa sikecil itu berganda-ganda besarnya dari saiz fizikalnya....

Kesudahannya, kami tinggalkan istana...cuma sesekali dipanggil, kami datang juga..menziarah~

hehe...

Pelamin Anganku Musnah (?)



Kikikiki....

Tajuk ekstrim!!! Err..sekalian pembaca, Assalamualaikum wbt (^_^)v

Datang juga saya ke sini lagi..heee....
Dan, datang-datang je tajuk ekstrim, hape kes?? Wee...


Dapat kad undangan kahwin dr bekas kekasih...haha...saya tenang saja, get over him years ago already...tapi yang lawaknya bila kawan-kawan (?) bagi sms konon nak pujuk saya...ampess..dalam sms-nya, "Chik, **** nk nikoh dh 20 aibulan 11 ni...hahaha...jgn nangis deh..=P"....gila terpujukla saya dengan sms tu agaknya....? heee....nakal kamu...cet podah..piat telinga mau?? haha...

Apa-apa pun, buat abg askar Mohd Firdaus Mustafa dan pasangan Leen (cik adik askar juge) : Selamat pengantin baru (in advance), semoga rumah tangga kalian diberkati hingga ke syurga...i am happy for both of you...=)


p/s: kalaupun ikatan hati terputus, ikatan keluarga itu tetap utuh....

Wednesday 12 October 2011

Kali Pertama: Si Bujang pancit~

Assalamualaikum wbt..

Hahahaha.....gelak dulu. Kisah ini tragik, tapi lucu juga. Si Bujang, si BJG itu, pancit, itu dugaan juga pengalaman. Patah kaki bila si bujang seorang (?) itu tidak sihat segar. Nasib baik pancitnya sesudah Hazrin dan Wani saya angkut siap-siap untuk urusan mereka. Alhamdulillah. Jadi, usaha menyelamat?

Awalnya, tayar itu saya kira kempis, kurang angin. Diusahakan meminjam pam dari sahabat-sahabat. Sampaikan abang-abang (atau pak cik2) di Library FKE saya terjah demi mencari pam. Hasilnya, Farid yang demam itu bawakan saya pam. Dah Shah dan Lah masing-masing jawab tiada pamnya....huuuu

Petang, selepas waktu pejabat. Saya, Hazrin, Sara dan Siti sama-sama menjenguk si bujang yang semakin tenat. Dicuba pam, tayarnya naik sedikit. Harap sempat sampai ke bengkel Taman U, harapannya lah... Namun, dari P06 IVAT, ke simpang WCC....200meter. Pancit habis. Hahahahaha....baik. Ceritanya disana...=)...thanks Sara: bila-tayar-pancit.


Terima kasih Siti, Hazrin, Sara....you are wondergilrs! hehe..apa yang penting, kerjasama!!!

Saya, Sahabat Saya dan Lelaki itu.....



Kalau hanya melibatkan saya dan sahabat saya, mungkin kurang terluka. Kalau hanya melibatkan saya dan lelaki itu, mungkin kurang parah. Namun takdir membawa saya bertemu dengan lelaki itu, takdir juga menjalin hati saya dan sahabat. Ada hikmah, kalau tidak, tak mungkin kami dipertemukan. Cuma sebelum hikmah terbuka hijab, kami harus gagah berdepan dengan pahit dan getir yang melanda kini.
Berpunca daripada seorang lelaki itu, saya, tertipu perasaan. Sahabat saya, tertipu wang!! Aduh...luka dan parah. Malu dan resah. Saya di tengah-tengah, yang memulakan urusan sahabat dengan lelaki itu. Bermula daripada sembang-sembang saya bersama sahabat yang mahu beli kereta terpakai, disambung dengan bicara saya dengan lelaki itu, sekadar berbasa-basi tentang hasrat si sahabat...lalu si lelaki menawarkan khidmat. Saya jambatan urusan, tapi cuma setengah jalan. Bilamana nombor telefon sahabat sudah pada si lelaki, urursan mereka tidak lagi melalui saya....
Cemburu? Bukan itu isunya...cuma saya tidak tahu. Lelaki itu penipu. Sahabat saya tertipu. Saya lebih dulu tertipu. "Awak, walaupun kita macam ni sekarang, saya harap urusan kereta antara awak dengan sahabat saya berjalan lancar," kata saya, bila tahu antara kami tidak mungkin bersatu, waalupun waktu itu usia perkenalan belum sampai dua bulan. "Ya, saya tahu tu. Saya profesional bila kerja. Saya tak campur urusan peribadi," Profesional tipu. Kasihan sahabat saya. 

Salah siapa? Jangan cari salah siapa. Menuding jari sesama sendiri bukan penyelesaian. Wang sahabat bukan sedikit yang ditipu lelaki itu. Biar jari dituding, wang itu tidak senang-senang kembali. Ya Allah...bukan saya mengalaminya, sahabat saya. Tetapi tempiasnya saya rasa! Tempiaskah? Rasa bagai dijirus-jirus ni..bertimpa-timpa. Cuma, bidalan berkata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....sahabat saya.....Ya Allah, luaskan hati dan mindanya. Kasihan dia. Tertekan dia. Saya terasa tiada daya membantunya. Pendapatan belum juta-juta. Sekadar temankan sahabat ke balai polis, temankan sahabat melampias tangis...sekadar itu....bermakna apakah kalau dibanding kerugian sahabat? Ya Allah...bantu kami..

Saya buntu. Sungguh.



p/s: saya,lelaki YANG itu,sahabat....kisah cinta segi tiga bukan untuk dicerita disini....=)

Monday 10 October 2011

Maaf, aku terlupa...


Bumi UTM dilimpahi hujan lagi pagi ini. Lebat. Dalam hati, aku risaukan Hondaku yang kini tidak lagi berdiam di bawah bumbung. 'Basah kuyup lagi Hondaku dimandikan hujan,' hati menggumam. 

Yong sedang bersiap, aku juga bersiap. Sebaik sahaja hujan reda, Yong minta aku hantarkan dia ke kedai buku UTM, kini di Cengal. Mahu mencari buku Engineering Ethics katanya. 

Sebagai pengamal petua warna seperti dianjurkan Dr Fadzliah Kamsah, aku sarung baju T labuh warna ungu kerana hari ini hari Selasa. Laman sosial Facebook aku jenguk seketika tatkala aku rasakan sudah siap berdandan ala kadar seperti selalunya. Sekadar mengisi masa sementara menunggu jurnal-jurnal untukku telaah nanti itu siap dicetak dari printerku.

Hujan reda jua. Aku jeling jam pada telefon bimbit, 9.30 pagi. "Jom." Cukup sekadar itu, Yong mudah mengerti. Aku atur langkah ke parkir. BJG kudatangi dengan kain kering dari bilik. 'Sian kamu ye...basah lagi..olololo,' sempat bermanja-manja dengan BJG sebelum Yong sampai disebelah, mengelek 'helmet' biru.

Kleleleleng...mesej masuk di telefon bimbit. "Ko kt mane?" awek aku.
"kt k9.." balas acuh tak acuh.
"Oo..bleh anta aq tak nti?" Erkk....alamak...macam mana boleh lupa ni....
"Erkk..kul bape eh? Aku nk g jalan-jalan ng Hazrin dulu ni"..macam ni boleh?
"Dalam 5 ke 10 min lagi"...ah, sudah....

Yong di sebelah aku pandang dengan tenang. "Kita g KTC, nk g ATM jap, pastu bru g Cengal. Aku rasa kedai U pindah kat situ aritu..." usul Yong sejak dari bilik tadi lagi. Baik..baik...heee

BJG ditunggangi. Banyak destinasi, diiringi dengan banyak mesej di telefon juga. Kemuncak, dia called. 
"Ko kat mane, aku dah lambat ni..bla bla bla.." haha..
"Hazrin, aku tinggal ko dekat Meranti sana, aku g amik Wani jap eh.." ..dan Yong kena tinggal di tepi jalan itu...

Aku sampai bila kakinya sudah diatur songsang. "Nak g mane ni?" wajah comel di depan mataku merah. Tiada senyum. Adess..."Nak balik bilik lah. Aku dah lambat ni. Dah la tak tau kelas kat mane..bla bla bla.." tadah telinga. "Tak nak gi tengok?" pujuk. Suara si comel bukan nada biasa dah tu. Mata berkaca-kaca. Kali pertama ni. Aih..."Yelah..jom la g tengok jap," terpujuk dalm terpaksa, sambil fail disorong masuk dalam raga BJG. Ok...

Aku bawa dia betul-betul depan N28, sampai ke atas bukit sana walaupun disitu kawasan larangan kenderaan pelajar. "Aku tunggu," ucapku apabila dia capai fail dan mahu bergerak, setelah kuingatkan supaya buka helmet. Heee...aku sekadar menghantar dia ke lif dengan sorotan mata, dengan senyum sumbing di bibir.. 'Ada ke bukunye si Hazrin ni..'gumam hati, bila teringatkan dia yang kutinggalkan di tepi jalan tadi..huu

Seketika selepas itu, dia menghampiriku. Waktu itu aku sedang mengayat dengan seorang kawan lama. Cik Farah Fathiah~ "Takpe lah ye, nanti kita jumpa lagi. Saya ada kelas sebenarnya ni," Fathiah minta diri dengan sopan. Baik, tumpuan kearahnya. Dia senyum. Ok....? Hape kes?

"Q, kelas pukul 11..bukan pukul 10.." sengal..eeii..haha..
"Haha..ok, pastu ko nk balik ke stay sini?"
"Aku stay sini je la.."..Selesai. Disangka lewat, terawal sejam...erkk..50 minit la...
Haha....kesian dah tadi, terasa bersalah dah tadi..kini aku tarik nafas lega. Dia tidak terlewat ke kelasnya! 

Yong Azrin? Aku dail nombor Yong. Berkali-kali tapi tiada jawapan. Mesej masuk, daripada kesayangan yang lagi seorang, ajak makan tengahari. Aku minta sedikit masa, lalu dia balas.."Orait, tapi jangan sampai terlupakan saya disini dah la.." Adess..kena lagi..semua gara-gara penyakit lupa semalam, yang hari ini belum sembuh..



p/s: macam sudah tiba masa untuk saya tukar Honda bertayar dua tu jadi bertayar empat agaknya kan...heee

Sunday 9 October 2011

Selamat Hari Lahir Kalian~

10 Oktober! Tarikh lahir Along dan kembarnya Abja...hmm...selang masa kelahiran antara kembar ni ada la dalam 6 tahun gitu kot...erkk..?? =P

Baik, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada kedua-dua mereka, cik kakak dan encik adik saya, dengan doa (seperti dlm SMS tengah malam td): Semoga diberkati usia yang berlalu, semoga dirahmati usia yang mendatang !! Heeee....







p/s: juga buat ayh seorang sahabat..hehe...slmt hr lahir pak cik wan~

Thursday 6 October 2011

Masalah dan Komunikasi



Senyap. Hampir sebulan. Kalaupun berbicara, sekadar sepatah dua kata. Tiada gurau senda seperti sebelumnya. Tiada usik manja seperti kebiasaanya. Hati syak, ini yang saya tidak mahu. Mujur penyakit bulan ini bukan jenis yang membuat saya emosi. hehe...Rasional dikumpul, lalu saya mulakan bicara. Alhamdulillah, ada kerjasama. Tak sampai 10 keping sms pun, masalah selesai! Ini yang saya mahu.

google..hehe


Bila ada sesuatu menganggu antara dua pihak, diam bukan penyelesaian. Diam hanya memberi ruang kulat-kulat pra-sangka bercambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hati..kalau lapang, baguslah. Tidaklah tertutup terus dengan kulat-kulat pra-sangka yang buruk lagi busuk. Ada ruang untuk rasional menyelit. Cuba hati tidak lapang, hati sempit. Mulalah masalah yang kecil tersuntik agen penggemuk! Ah, sudah.....
google juge....=)


Jadi, nasihat untuk diri sendiri, selebihnya untuk dikongsi di sini, berkomunikasilah tentang masalah anda! Selesaikan dengan hemah dan hikmah. Bagaimana hemah? Jaga tutur kata, jaga nada. Perkataan biar yang baik-baik. Yang kulat-kulat tadi, sembunyikan. Bagaimana hikmah? Beri ruang dia meluah rasa. Dengar dan setia. Empati, letak diri sendiri di tempatnya. Bersepakat dalam penyelesaian dan lapangkan hati, redha. Ayuh, jalani hari-hari mendatang dengan indah!~



p/s: Kau sahabat selamanya...sebagai manusia aku sayang padamu...=)

Wednesday 5 October 2011

Hari Konvokesyen : Sebelum-Semasa-Selepas~

Assalamualaikum!

Ini kisah lapuk! Berzaman dah! Boleh masuk arkib pun..haha..kisah 23-24-25 September 2011,sekitar sebelum-semasa-selepas majlis konvokesyen saya~

Hari Jumaat, keluarga dari Bukit Besi bertolak sebelah pagi, terus menuju Pontian..umah pakcik. Konvoi 3 bijik kete..aaa...haha...Keluarga dari Kuala Lumpur bertolak 8.30 malam, mai UTM dulu...hehe...Along yang dr KL tu, ditemani 'kembar'nya...adik lelaki kedua saya..Ab.Ja!! Tetiba je makhluk dr UiTM Jengka tu bleh melepak ngan Along sejak dari hari Selasa sebelum tu lagi..heee...ada hikmah, ada hikmah! Apa? Bleh jadi tukang masak Along, tukang baiki ampaian Along, tukang berbual-bergaduh-teman makan Along, dan yang paling penting....driver Along~

Ab.Ja drive dr KL, Along jadi GPS...yang kalut...haha.. Orang keliling dah cakap dah, senang jek nak datang UTM dr KL tu...haha..ini perjalanan rahsia, lebih-lebih lagi dari keluarga yang baru berkumpul kt Pontian sana. Kenapa? Heee...sebab Along datang dengan kereta barunya, yang masa tu baru berumur 1 hari setengah! Nak bagi supppprissssee gitu kt deme-deme...tapi...di tengah-tengah perjalanan:

"Elo, ade mane? Mai nge kete ke?" suara Ayah..call ab.ja...hee...ok, xleh tipu..dah la berjalan jauh ni..hmm...
"Hmmm..ho, nge kete..tengoh jalan dh.." lebih-lebih kurang la jawapan daripada mereka...

Sampai UTM pepagi buta, pak gad tahan..."Budak sekolah mana datang sini bwk kete ni...ntah ada lesen ke idak ni...." Mungkin macam ni kot monolog dalaman pak gad yang tengok dua budak kurus keding dalam Myvi kelabu tu tak..? haha...=P. I come for the rescue..rempit dari kolej, pegi pak gad, selamatkan kanak-kanak riang itu.."Ini kakak saya, ini adik saya. Saya nak parking motor kt sini ni encik, kami nak gerak ke Pontian ni, boleh?" manis-manis gitu muka ini..walaupun hakikatnya baru bangun tido..huaaaa
"ye ye, boleh. tapi esok datang pukul berapa ni?" Pak gad buat suara skema.
"saya konvo esok, sesi petang, dalam kul 10 gtu saya datang la" ...dan pak gad senyum rasmi...wallah!   Orait! Stereng Myvi baru itu saya yang punya!! (Staff only kan~)

Pagi esoknya.....berat mata ni..termenangis jugak ni semalam (terkilan ng budak tu sorang..huhu). Tapi stat je azan Subuh, tak dak can tido ngan aman damai dah....haaa...sepuak g jenguk kete Along, sepuak g kosek saya tido...sepuak duk memborak-borak dalam bahasa pasar yang diberi perisa Terengganu...sepuak lagi lepakss~ Aaaa..pagi lagi ni..huhu...tapi saya senyum..ini keluarga saya...buah hati pengarang jantung, dulu kini dan selamanya...apalagi..join!!

10 pagi..siap nk ke UTM. Saya, Ma dan Ayah sahaja....yang lain-lain rombongan kedua..11 gtu sampai UTM, melencong ke JJ, beli kasut! haha...punya tak dak jiwa nk konvo tu..kasut pun nak Ma push dulu, baru nak beli..kalo tak baham pinjam Cik Su punye je..hee..setel~

Masuk UTM 11.30, (amik moto kt pak gad) terus kalut. Masa sumer cam berlari-lari la plak. Haha...and I AM DELIGHTED!!! Dua sahabat saya datang dari KL untuk meraikan saya konvo!! Aaaa....gilerrr..terharu..tp mana mau cakap maa...=P..jumpa mereka kat Dataran Agora, terus heret dyorg gi masjid, solat n siapkan saya. Masa tu kawan-kawan sekelas yang konvo sesama saya pandang acuh tak acuh je dah..haha...

Ting tong ting tong...masuk dewan...lepak..terasing...mesej-mesej ngan Ma (Ma duk seat atas dlm dewan..hehe) mesej ngan budak tu jugak sket2...boring-boring...tepuk-tepuk...orang kiri kanan depan belakang bukan kawan-kawan sembang lebat-lebat....hmmm..tu la..time blaja dulu main banyak sangat..kan terasing tu....dalam duduk ni, terasa macam, malunya famili datang rai meriah-meriah..tapi saya cuma..cuma...heee...dah dah, kuar dewan dah! Menghingar beberapa saat dengan ahli kelas, chow...family first~ ...dan waktu itu, dua sahabat karib-sengal-baikbudi-sporting-indah-sayangsaya itulah yang bersama-sama keluarga saya yang ramai itu..haha...Thank you awoks!!..sampai je dalam crowd family, "Achik, muker bulat geter masuk dalam tv!" cesss...=_=

"Chik..tahniah" Angah hulur jambangan bunga dengan teddy..pehh..terharu.
"Nah!" Sarah plak...teddy jugak...huuu....time tu, muka kena control..hee..macho-macho...=P
"Doh, mende lagi nye..gambo-gambo.." Ayh Su menghingar...huu...selamat...cool cool...join-join!! Posing time~

Separuh hati gilang gemilang, separuh hati terkilan...hehe..neutral~ Malam itu melenguhkan kaki ahli rombongan (tanpa kwn berdua dr KL tu, sbb balik dah pas Isyak tadi..huhu). Destinasi bukan pilihan, tapi dah tak tau nk dibawa kemana...Giant Pulai? gasak la..Kembar 3 Adik Ikah-Angah Irah-Along Ain enjoy je main gajah-kuda-tah hape tu..Ayh Ngah, saya, Ma, Ayah yang tolong sorak..sambil Adik Yuni..putih mata..nak main, tapi malu..haha...Angah n Ab.ngah dalam mode anniversary, santai je jalan macam jalan tepi pantai, berkepit sambil minum cool blog...Alisha pun Ab.Ja ngan Along yang kendong...Ayh Su sekejap-sekejap mesej-call...suh cari Cik Su ng Faris..dia duk dlm keter, teman Mok yang dh lenguh kaki..hehe...padahal Cik Su dah seronok-seronok ngan birasnya M.Ngah, membelek-belek baju budak-budak dan bapak budak..heee..

Ahad--->Sepatutnya masing-masing balik ke destinasi masing-masing, Bukit Besi, Kuantan, Jengka, KL...tapi...."Gi KL plok kite, nok?" usul Ayh.Ngah tanpa nada...selamba leng je...dah la pakai baju angry bird hijau laaa'' yang dia rembat kat Giant semalm..haha..cool la pok sdare saya sorg ni..weee....yang tak tahan, dapat sokongan penuh! Abg Ngah bleh plak call boss, mitak cuti lagi shari...Plan asal, 11 pagi gerak..hambek..delay giler-gilerrr-gilerrrrr...sebab melencong ke Rengit, gedung kerepek...Azhar Food~ penuh boot kete masing-masing ngan macam-macam juadah..haha

Saat perpisahan..hmm...sekali lagi..muka masing-masing kena main tampal-tampal..macho masing-masing harus dijaga..saya, Ay.Su, Cik Su, Faris tak ikut ke KL..kami warga Johor..huu....perkarangan masjid tempat kami lepaks solat dan lunch itu jadi saksi...hampir 5 petang waktu itu...salam-salam..peluk-peluk..cuit-cuit...cubit-cubit..aihhh....lemah ni..hehe..."Gambo! Gambo!!" suara penyelamat..hehe..posing lagi!! Kali ni dengan kereta..ada la dlm 5 bijik...wira putih 2 bijik, wira SE sebijik, Gen2 sebijik, Myvi baru sebijik...hmmm...jalan baik-baik semua..saya sayang kamu...sungguh....sangat-sangat..=)





p/s: Happening. Lupa sekejap nak emo....haha...walaupun mata selalu menjeling hp, kot la ada 'jemputan'...walaupun akan menolak....tp xde eh nk menolak..xde jemputan pun..okeh?~