Sunday 22 June 2014

Mari Menulis Thesis!

sharing is loving!

saya teruja nak bercerita satu teknik yang baru-baru ini saya cuba dan berjaya. ini kisah saya menulis tesis. haha. kelakar pun ada. yelah, ini kisah orang manja menulis thesis. mungkin tidaklah begitu sesuai dengan anda, tapi saya mahu kongsi juga. 

kenapa manja? tak tahan nak mengadap laptop berlama-lama-sakit mata, sakit kepala (kes membaca dan menulis je, sbb tengok movie boleh.huu)...manja lagi, tak tahan dengan banyaknya gangguan dari segi fizikal-sejuk,panas, emosi-rindu,marah (eh!), sosial-fb, org ajk g jalan2 (haha) dan spiritual-errr...

bagaimana? haa...ini tekniknya!
1. keluar dari zon selesa. saya cipta ruang tidak selesa supaya saya terpaksa ke lab setiap hari. saya pindah keluar dari sebuah bilik besar lengkap kemudahan ke sebuah ruang kecil yang sebaliknya. terima kasih sudi juga kawan nan seorang itu bantu saya untuk ruang kecil ini.

2. saya mencatat masa saya. buat apa sahaja, saya kunci alarm. nak mandi jam sekian-sekian, makan jam sekian-sekian. dan, bila jam bunyi lalu tetiba rengekan-rengekan manja kedengaran dari sudut hati, saya smash la.."ko taknak grad ke?" haaa..terdiam! bingkas bangun dan berkerja!

3. saya peruntukkan masa untuk menulis. sampai sahaja di lab, saya set masa sejam untuk totally menulis. haa..manja kan..sejam je..huhu..eh, ini sudah peringkat kedua, tahu? awal-awal bermula dengan 10min, 15min, 30min..hee. dalam tempoh masa ini, saya tegas sambil pujuk-pujuk si manja didalam jiwa supaya tahan daripada segala macam gangguan. fokus untuk menulis. sabar ye sayang...gteww..

4. saya rangka apa yang nk ditulis di luar masa menulis. ini supaya bila masa sejam di'set'kan, tidaklah termangu-mangu tak tahu nak tulis apa. bagaimana merangka? mulakan dengan table of content. tiru kawan-kawan. lepas tu, berangan macam nak tulis novel tu.eh eh.

5. gunakan mendeley. sangat membantu. kumpul segala jenis rujukan di sini. search kata kunci bila mahu cari topik yang ingin ditulis. applikasi ilmu Dr OT, CPR...3Cs, dll...nak banyak-banyak, tanya Dr OT. =)

Time's up! saya sambung tulis thesis! doakan saya~

Wednesday 8 January 2014

JIKA AKU TIADA DI SYURGA...

Masyaallah...terasa rindu dan gemar dihati untuk mengulang-ulangi peringatan di dalam Hadith ini...


Diriwayatkan, bahawa : 
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat-sahabat mukmin mu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami nanti di Syurga-Mu"

SAUDARA & SAUDARI Ku..
Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkan mu Tentang Allah...

Agar aku dapat beserta mu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ

Ya Allah

Hamba memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah PERSAUDARAAN kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

Oleh itu...

Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jalan ke Syurga & jalan-jalan kebaikan.

WAHAI SAUDARA & SAUDARIKU SEKELIAN

JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI...BERSAMA MU.


p/s-i:copy-paste dr FB (utk kesahihan, boleh rujuk kitab seperti tertera diatas)
p/s-ii: letak sini bg senang diri sdiri nk tgok semula nanti di masa depan,klo pjg umur =D. semoga bermanfaat