Tuesday 26 July 2011

Kuala Lumpur-Johor Bahru.....?

Saya ke sana, atau kamu ke sini?
Saya ke sana, atau kamu ke sini??

Saya mahu ke sana....cuma, saya lebih mahu kamu ke sini..

Entri 'xdok kijean'..haha

---buat cik rumet yg akan sampai ke Malaysia pg esok, welcome home my dear! Maaf, saya xdok sokmo time awok nk g ke, time awok balik ke..kan..kan..huuu---

Sunday 24 July 2011

Jar of Heart—Maddi Jane

I know I can´t take one more step towards you
Cause all that´s waiting is regret
And don´t you know I´m not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live half alive
And now you want me one more time

And who do you think you are
Running ´round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You´re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don´t come back for me
Who do you think you are

I hear you´re asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I learned to live half alive
And now you want me one more time

And who do you think you are
Running ´round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You´re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don´t come back for me
Who do you think you are

And it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises
And now you´re back
You don´t get to get me back

And who do you think you are
Running ´round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You´re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don´t come back for me
Don´t come back at all

And who do you think you are
Running ´round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You´re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don´t come back for me
Don´t come back at all

Who do you think you are?


p/s: Lagu ini utk kamu...--->Eeeii, saif ali khan, Sun, dll...

p/s: Tenkiu Atika....=)

Cengeng

Di taman kayangan sebuah istana di Dunia Metafora itu, Saya duduk santai sambil memerhati puteri-puteri kayangan bermain di taman. Puteri Jingga dan Puteri Perang, ditemani kanda sulung mereka, Tun Utama. Sudah semestinya mata lebih terarah pada si Jingga....

Tiba-tiba, sekonyong-konyong Puteri Jingga terbang menonong dari padang permainan menuju kamar kecilnya. Berjurai-jurai di tubir mata bundarnya titis-titis jernih, mengalir merentas pipi.

Tun Utama kaget. Saya juga. Apa yang berlaku? Apa?? Kenapa wajah yang sentiasa manis dengan senyum bergula itu tiba-tiba disimbah suam airmata? Saya hampiri pintu kamar. Tiada terdengar suara Puteri dari dalam, sekadar suara Ibu Peri yang lembut memujuk. Tun Utama mendekat juga. Sang Puteri teresak sedikit, kesan suara pujuk Tun Utama. Ditenangkan lagi oleh Ibu Peri. Sekujur Tun Utama beredar, Saya kekal di situ dengan beban soal yang pelbagai.

Tidak lama, Puteri Jingga dipimpin Ibu Peri beransur keluar dari kamar. Namun bukan taman kayangan tempat yang mereka tujui. Oh, Ibu Peri bawa Puteri memetik bunga bagi merawat tangisnya. Sedang Puteri menikmati indahnya bunga-bunga, Saya dekati Ibu Peri.

“Ibu, kenapa dengan Puteri Jingga? Saya lihat dia seperti berduka cita. Atau mungkin juga dia tidak selesa di mana bahagian badannya? Erkk..tidak bermakna apa Ibu, Saya bertanya sekadar gusar...”Ibu Peri yang tenang lagi lemah lembut itu tersenyum.

“Hmm..tiada apa-apa yang besar anak muda. Puteri Jingga begitulah penyakitnya bila tiba bulan purnama. Cengeng...” luah Ibu Peri berulam senyum di bibirnya. 

"Cengeng kenapa pula Ibu?"
"Ah...itulah. Ayahanda Puteri melarang Puteri bermain sesuka hati tadi. Memanglah Puteri itu. Kalau tiada suara yang mampu diucapkan, terucap dengan airmatalah jadinya. Salah Puteri itu ada, tapi Ayahanda silap juga, bukan mahu berusul periksa sebelum bersuara..."

Saya matikan soal disitu. Mata terus memerhati si Puteri. Senyum kembali menghias bibirnya. Dihadiahkan satu yang paling manis untuk saya. Ibu Peri memimpin Puteri ke tengah taman semula. Puteri Perang dan Tun Utama berlapang dada semula. Mereka kembali bercanda ria, gilang-gemilang.

Cengeng...benarkah? Cukup sekadar kata-kata Ayahanda kah yang menjemput titis-titis jernih itu? Ada yang Ibu Peri sembunyikan daripada Saya. Saya pasti...kerana Saya sudah sekian lama memerhati Sang Puteri, si jantung hati...

Puteriku, betapa walang pun hatimu, Saya ada disini untuk kamu. Kembangkanlah sayapmu terus, capailah bahagiamu..di duniamu, didunia kita...

Thursday 21 July 2011

Zel Firdhaus Hadauan punya kerja....

"sape paling last comment kat post ni akan dpt hadiah dari aku"
Bermula dari 9 Jun sampai ke saat saya menulis entri ini, komen kat post ni dah mencecah angka 2332!  Ooops...main jumping-jumping je kan..apa cerita?
Haaa...ini post paling hot di wall facebook Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Sentiasa di tangga teratas! Angkara encik Zel itulah..senior yang saya pun tak pasti saya kenal ke tidak. Entah sampai bila kesah komen-mengomen itu akan berhenti, sungguhla di luar tilikan saya, hatta tukang-tukang tilik saya. Tapi yang pasti, saya terhibur dengan komen-komen mereka (saya pun menyumbang juga utk angka 2332 itu!). Macam gini pun tiba-tiba boleh berkenalan? Heee..indah....bila agaknya boleh jumpa dgn Mazlin Bidin, pemberi komen paling tegar dan comel itu...=D
Daripada 'sembang-sembang' itu, saya tahu encik Zel ni pengubah lagu. Lupa lagu apa, tapi dia ada sebut Faizal Tahir..heh? No kompromi, mesti mau berkenalan dengan lebih lanjut lagi ni..haha..hmm...kenapa boleh terbuat entri pasal ni kan...? =)
No reason..haha...eerkk..ke sebab asal online je jenguk fb.asal fb jek mesti ada notification dr cni..=)
Wassalam~
p/s:mereka (dan saya) berlomba-lomba utk komen...sape la nanti yang menang...=P
 
 

Wednesday 20 July 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER


Assalamualaikum.

Bila berjalan-jalan di blog-blog mereka hari ini, terasa diri dipanggil-panggil untuk join segmen ni..ya ya, saya blogger baru!!..Excitedddd...errr....blurr...heee...

Kali pertama hari ini: Join segmen Ben Ashaari! (selama ni duk tengok orang je join, kan....)






Sesi berkenalan? Hai.. Assalamualaikum semua (lambai-lambai, salam-salam...senyum juga~)

Masih sangat baru ada blog. Itu yang mamai dan gelabah tu.heee...blog ini umum. Nak diperihalkan macam-macam mana tu, saya serahkan kepada anda sendiri. Jadi, sila tengok-tengok. (^_^)v....errk....masih banyak yang kurang, mohon tunjuk ajar ya....


Sekian...terima kasih~

p/s: Segan plak kalo ada blogger2 tegar/glamer/hebat dtg singgah ni...xde 'hidangan' istimewa sangat lagi ni...=)

Tuesday 19 July 2011

Disebalik permulaan ini...

Assalamualaikum wbt.

"Sapa dorong untuk tulis blog?" "Terdorong melalui blog aku?"sms di tengah larut malam semalam.

Berfikir sejenak. Lama. Lalu satu keluhan terluah juga dari ulas bibir ini. Sekian lamanya, sentiasa ada yang usulkan saya menulis blog. "Ayat ko selalu puitis" "Tulis la blog Q, mesti best" "Bila nak ada blog sendiri, nanti bleh aku plak g jalan-jalan blog ko"...dan seumpamanya. Namun baru kini ulah mereka saya sahut. Berblog... Siapa, kenapa? Jawapannya, dia...itulah yang mengeluh tadi tu...haih~

Satu minggu itu, saya patah hati sungguh-sungguh. Remuk redam. Lalu dengan hati yang basah berdarah, pen dan kertas saya capai. Sejak azali, menulis itu hobi. Maka berkajang-kajang saya tulis. Lagak seperti sedang berbicara dengannya. Surat itu, saya namakan surat 'cerai'. Pelbagai tuntutan perceraian saya senaraikan. Pelbagai hak saya tuntut. Saya ingat hanya 3 muka surat, rupa-rupanya 3 helai=6 muka surat penuh! saya kemaskan dalam sampul surat, sungguh mahu poskan surat cerai ini untuk dia.....

Cuma, Allah tak menyusun begitu. Sekembalinya saya ke minggu berkerja, surat itu kekal kemas dalam simpanan. Saya lupa terus. Namun bila teringat, saya selongkar kembali, mencari dan menemui. Saya ulang baca apa yang tertulis....saya senyum. Gelak kecil juga. Aduh....kelakar. Hmmm..surat cerai? Sedangkan berkahwin pun belum, sudah mahu bercerai? Adoyai!!

Dari situ, fikiran menerawang, berbelah-bahagi. Saya mahu dia tahu, tapi saya tidak mahu 'bertemu' dengannya. Tidak mahu 'berbicara' depan-depan dengannya. Lalu, harus bagaimana? ....dan itulah niat asal mahu berblog....
Tetapi, niat itu pencetusnya sahaja. Sejak menulis, saya melupai dia hari demi hari. Bukan lupa semuanya, cukupkan dos untuk memaafkan sahaja. Saya temui sesuatu yang lebih indah dalam hati saya, yang menjadi pendorong untuk saya terus menulis... Saya mahu menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup saya. Saya mahu menghargai setiap kegembiraan yang Allah sediakan untuk saya. Saya mahu abadikan saat-saat indah yang ternyata lebih panjang daripada saat duka lara itu.. di sini..

 "Sapa dorong untuk tulis blog?"
Lalu soalan itu, saya jawab, mereka yang menyayangi saya, mereka yang saya sayangi...merekalah pendorong untuk saya menulis blog...Aimie, Siti..Atika...saya terharu menjadi seperti kamu-kamu...Welcome to d Club eh...hee...very warm welcoming la saya dapat...*sweeeet~*

Saya akan terus menulis, kerana saya akan terus gembira..=)


Ratu di Kopitiam Chamek...;-p

Assalamualaikum wbt.

Kali pertama hari ini, menulis bukan pada waktu berkerja..heeee
Kali pertama juga hari ini, saya papar blog saya lebih umum di facebook. XD

Kenapa tekad bersengkang mata menulis juga walau badan letih dek tujahan kerja-kerja di kopitiam tadi? Haa...kan sudah saya katakan sebelum ini, saya sayangkan awak. (hehe..mengedik). Entri ringkas itu, saya tulis kerana janji. Apa-apa pun mahu menulis tentang awak, tetapi masa kurang mengizinkan. Jadi, entri ini untuk awak lagi...sedih ye baca yang ringkas sangat ye..jadi, yang panjang ini, bacalah...

Awak...Ratu di kopitiam chamek itu, saya..heee...tapi awak Puterinya.
Saya beruniform jingga, awak coklat tua. dan bila ada orang persoalkan kenapa, kita setuju bersama untuk jawab, saya senior!...awak junior...(kerana saya bermula 30min lagi awal drp awak, kan)

Awak, mula-mula saya nak kerja sorang-sorang sahaja. Sebab saya mahu bawa hati..tapi bila awak beria-ia mahu menyertai saya, (dan permintaan tinggi di kopitiam itu), saya usulkan juga supaya awak bersama-sama saya. Dan, sekarang...saya mahu awak sentiasa ada bersama. Sehinggakan dapat sate lilit yang secoit tu pun mahu ada awak makan bersama. Tapi fries tu, saya dah makan semua..haha

Awak, skirt saya itu..terima kasih sebab belikan kainnya, jahitkan jelujurnya. Biarlah buruk awak jahit *hahahahaha*, mudahkan jugak kerja saya mengindahkan kemasan akhirnya. Skirt awak, nanti saya jahitkan..bila awak dah rasa nak pakai skirt macam saya jugak. Dan...janganlah nak mengharap uniform jingga lagi ye...tak dapat dah nyer...=p

Awak, episod kita di kopitiam Chamek baru sahaja bermula. Masih banyak akan kita tempuhi bersama. Bos yang marah dan guraunya sukar kita telah, ab Adam yang macam-macam, Akies, Uda, ab Nuar, baby awak...masing-masing dengan kerenah yang pelbagai. Saya pasti akan ada kisah tentang mereka juga di teratak saya ini. Awak kata, tak stress kerja kat sini sebab adanya mereka, kan...? Saya setuju!! errkk...bos tak termasuk kan..hehe

Awak, maafkan saya kerana tinggalkan awak sendirian hujung minggu itu. sms-sms awak saya baca dengan hati berbelah bahagi. Bercampur risau dan bimbang juga. Bagaimana kalau pak cik customer yang geng dengan bos tu datang? Kalau saya ada, mesti awak minta saya sahaja melayan kerenah mereka yang macam-macam tu, kan..tapi itulah awak...nama bos pun boleh tak tahu ke...ekekekeke..=p...haaa, pak cik mak cik arab macam mane? Ab Adam kata mereka tu customer panadol, sebab suka wat sakit kepala orang...hehehe

Awak, masa saya tulis entri ni, sekejap-sekejap saya bercakap dengan awak..hehe...ye ye aje saya konon-konon melayan awak menyumbang ayat untuk entri ini..hehe..tapi ada juga yang saya masukkan, kan...
Awak, esok kita nak bawa duit ke, ke sana? Macam sedih je sampai kena mintak gaji advance semata-mata nak beli kek aiskrim yang indah-indah dalam peti ais tu...kan? kan? Tapi, sebab awak kita dapat diskaun!! suka! suka! Good job! Heee...

Awak, esok kita cipta episod baru lagi di Kopitiam Chamek itu..bersama-sama mereka...ya? =)

p/s: Terima kasih kawan-kawan yang minta entri lagi..ye2, saya akan menulis lagi-lagi-lagi! =)




Monday 18 July 2011

Entri Ini Khas Untuk Awak...

Awak...
Bila saya cakap je kat awak saya dah mula menulis blog, cepat aje awak request untuk saya buat entri pasal awak. Ermmm...sebab saya sayangkan awak, saya turutkan sungguh-sungguh. 

Jadi, entri ini untuk awak. Haa..jangan tak baca plak ye cik akak Siti Nor Zawani binti Ahmmad!!

dah, tu je! Sekian terima kasih~;p

p/s:nk cerita pasal kopitiam chamek, tapi hari ini kurang lapang utk tulis panjang-panjang..next time! (^_^)v

Saya ke Pontian hujung minggu itu!!

“Achik, maghi dok?” Ringkas soalan Ayah Su di hujung talian.
“Maghi, maghi” bersepah-sepah gelabah. Petang itu mahu pulang, petang itu jugalah baru nak dikemaskan beg. Aih...

Ayah Su ada kem di Kaizen hujung minggu ini. Saya diminta datang untuk temankan Cik Su dan baby Faris. Hehee..diminta? Yelah, kebiasaannya saban hujung minggu di teratak merekalah tempat saya menumpang kasih.*ececeh* Namun sejak mula berkerja separuh masa di sebelah malam di Scholar’s Inn Cafe, saya tidak ke sana lagi. Itulah sampai diminta tu. Bukan gila mencari duit lebih, cuma hujung minggu lepas macam kesian pada staf cfe. Tiada orang mahu berkerja. Hmmm...faham, hujung minggu kan...

Jumaat malam, hanya kami bertiga bergolek-golek di depan TV. Sabar aje Cik Su mendengar saya bercerita. Darihal saya berkerja sebagai RA, kerja separuh masa di cfe, kisah nak ke Sri Puteri petang tadi, dan macam-macam lagi. Bila ayh su tiada dalam kelompok ini, maka selamatlah kami berborak dalam keadaan...errr....tak mandi? Haha..buruk kan perangai..hehe..=p

Ouh, kem ayah su tidak panjang. Petang esoknya dia sudah pulang. Sampai sahaja di rumah, terus main tinju-tinju dengan saya!! Adeh...sape ada pak sedara macam ni, cuba cakap???!!  Nasib baik dia mengantuk. Terus merebahkan diri selepas itu sambil sempat lagi membebel-bebel kawannya yang kuat berdengkur di kem. Alahai, kesian ayh su saya? haha..kesian tak ikhlas! Kejap lagi kamu dah tidur, ada la yang dajal-dajal ni nak keluar..hahaha..(gelak jahat!)

Hari Ahad: kami ke Gelang Patah. Cik Su mahu shoping baju baby dari tempat istimewa...yang tutup pada masa kami tiba di depan tempat itu. Heee...gelak-gelak! Sebenarnya, tempat itu rumah taukeh. Haruslah dibuka setiap hari. Cuma sejak Rabu lepas Aunty ini ke Melaka. Alang-alang sudah jauh juga dari Pontian, kami jauhkan lagi perjalanan. Tesco Bukit Indah jadi destinasi gantian. Tesco? Rindu menerpa pada Fairuz, Atika, Hazrin....dan dia.. aaa..bencinta..shuuh shuuuh..saya tidak mahu ingat kamu!!

Shoping time? Ok, kerja saya babysits Faris. Biar ibu shoping dengan tenang, kan Faris kan.. Selalu ayah su puji saya bila shoping. “Baguh anok sdare ayh su ni. Kalu shoping sokmo xboh mende-mende. Tawor la mende pon, xboh je blake..” ..dan dia sengih jahat! Untungla dia, saya bukan kaki shoping macam Angah saya ;p. Ok, nak saya ambil sesuatu ya? Baik, saya nak kek itu!! Niat—nak beri pada Puan Sabrina, boleh? Kan dah tahu tempat kerjanya, mesti boleh dijejak nanti, kan...

Usai beli-belah, kami makan tengahari dan bergerak pulang. Entah tabiat sejak bila, asal sahaja naik kereta (ditambah pula dengan kekenyangan) kelopak mata terasa berat amat!! Huh..poin untuk ayh su mendajal. Aaaaa...saya di tempat duduk sebelah pemandu, senang sahaja tangan beliau menepis, mencuit, mengusik sesuka hati. Huh! Yelah! Akur! Saya tidak tidur, setelah kami berhenti beli rambutan di tepi jalan itu..haha.. Haa..dah ada rambutan, mulala dia paksa-paksa saya tidur (Cik Su pun tak terkecuali!). Tapi, maaf, cubaan gagal. Kamu memandu diam-diam lagi berhemah, kami mahu makan rambutan. Heee...

Keluarga saya. Sungguh, kerana mereka saya bahagia. Dimana sahaja saya berada, dengan kehadiran satu bahagian daripada mereka, cukup buat saya rasa disayangi..rasa dicintai. Mungkin dia yang seorang itu main-main sahaja sayangkan saya, namun saya ada berjuta-juta lemon lagi yang lain, yang ikhlas menyayangi saya. Rindukan mereka, sangat-sangat..=)

Sunday 17 July 2011

Insan-insan Berhati Mulia di UTM

Orang yang baik ada dimana-mana sahaja! Percayalah. Bukan dongengan! Cuma kata orang, sukar mencari yang baik itu dalam masyarakat sekarang. Dalam kecoh teman-teman merungut staf-staf di pejabat RMC cerewet, pegawai-pegawai di HEP kerek, saya berjaya aje temukan dengan mereka yang berhati mulia! Hee...untungnya nasib. Alhamdulillah~

...dan siapakah mereka? Bagaimana Allah aturkan pertemuan saya dengan mereka? Ini cerita hari Jumaat yang indah itu...
Terkocoh-kocoh bersiap untuk pulang berhujung minggu di Pontian, saya lalai untuk minta tolong dari rakan awal-awal. Perlukan kenderaan ke Sri Putri! Aduh..dia ada urusan pula tatkala saya ajukan sms-notis singkat 10 minit untuk minta tolong hantarkan ke stesen bas itu. Jam dikerling, sudah lewat. Bakal tiba lewat juga nanti. Inisiatif segera diperlukan!! Apalagi, menapaklah..nikmat kaki ini untuk diraikan dengan cara berjalan..lalalala..*walaupun ada orang tu cakap, jgn bangga sgt dgn nikmat—gara-gara x mahu sy berjalan utk pergi mkn dgn dia..weee*
Niat asal—tunggu bas di stesen minyak berhampiran (hampir la jugak)dengan pintu keluar UTM untuk ke Sri Putri. Sampai di muka pintu pagar, incik Pak Gad yang gembira (sbb dia main tepuk2 tgn ms sy tgok tu) itu saya hadiahi dengan senyuman manis saya, sekadar mengamalkan budi bahasa budaya kita. Haruslah senyum itu dikembalikan, kan..sambil soalan diajunya, “Nak kemana dik?”...senyum kekal.
“Sri Putri incik...” Adeh..terlepas..bukan ke nk pegi Shell tu je ke..
“Eh, jalan?? Jauh tu..” Senyum aje. Angguk-angguk.
“Takkan awak nak jalan ni? Jauh juga tu..”
“Err...kalau incik tak nak saya jalan, incik tahan la mana-mana kereta yang mungkin boleh tumpangkan saya pegi sana?” Hambek ko..selamba aje patah-patah ayat itu meluncur dari bibir manis ini...alalalala.. Niatnya bergurau, tapi bila incik pak gad cakap, “Awak tunggu situ, nanti kalau ada driver perempuan, saya tanyakan.”
Arkk...harus bagaimana? Takut (takut la sangat kan..) dengan incik Pak Gad, saya pun akur..haha..menunggu sambil meninjau-ninjau longkang besar di  luar pagar itu.
Minit-minit pertama, pemandu lelaki yang ramai melalui pintu ini. Yang seorang itu perempuan, tapi arahnya tidak sehaluan pula dengan Sri Putri. Yang perempuan lain-lain lagi, penuh satu kereta..lalu apabila sebuah MPV itu menghampiri incik Pak Gad..saya berdebar-debar...
“Assalamualaikum, selamat petang Puan”...dialog lain saya taknak dengar. Main sorok-sorok pula belakang pintu sehingga incik Pak Gad panggil saya.
“Dik..haa, ni. Awak bleh tumpang puan ni.” Aaa...incik itu senyum, puan yang baik hati itu juga senyum. Saya?? Melompat gilang-gemilang dalam hati..sambil senyum kekal di bibir manis..*wallah!* Terima kasih incik (Pak Gad), sopan lafaz di mulut. Dalam hati dah sepelaung saya jerit untuk ucapan terima kasih itu...heeee
Maka, kaki disimpuh ayu di tempat duduk pemandu MPV itu, bukan menapak lagi. Berbual lah saya dengan Puan Sabrina (namanya puan yang cantik lagi baik hati ini). Staf di SPS UTM. Mukanya iras sepupu saya, Assila. Oh, terkilan!Incik Pak Gad yang sekali imbas macam muka Nabil Maharaja Lawak, dua kali imbas macam Pak Alang (bapa saudara sebelah ayah) itu, saya lupa tanya namanya! Aduh..
Selamat sampai ke Sri Putri dengan gilang gemilang!! Terima kasih banyak-banyak untuk mereka. Sehingga jumpa lagi, begitu ayat Puan Sabrina sebelum saya atur kaki keluar dari MPV-nya. Insya-Allah Puan..saya pun mahu berjumpa dengan puan lagi...ingat, senyum harus kekal... Mereka berhati mulia, saya yang merasa untungnya. Alhamdulillah, budi baik tuan-puan kalaupun tiada daya saya balas, Tuhan akan balas...=)
Seronok, dua ronok, tiga ronok..beronok-ronok!! (pinjam ayat sapix)..Jom, ke Pontian pula kita~


p/s: teringat 1 pasangan Arab yg cerewet yg slalu mengonar di cfeà..kata mereka la. Bila shj mereka datang, “Q, nu customer ko”..sy suka aje dan mereka sukakan saya juga. Bukti:saya dapat hadiah drp pasangan itu~

Terima kasih sudi jenguk~

Teratak ini,
Baru sahaja berdiri,
Tiangnya tegak hanya sekadar memberi rangka,
Dinding walaupun tiada sawang,
Masih kosong tanpa hiasan,
Lantainya belum marmar,
Juga kosong tanpa alas apatah lagi meja kerusinya,
Niat dihati menghidangkan juadah istimewa buat jemputan,
Namun apa yang ada mungkin secangkir teh bersama biskut kering,
Tamu-tamuku tersayang,
Teruskanlah bertandang,
Teratak ini,
Walau sebuah apa pun ia,
Sentiasa sudi menerima kunjungan,
Jika hari ini hanya juadah picisan,
Kali lainnya biar ku hidang juadah istimewa,
Kerana disini Ratu beraja,
Terataknya, juadahnya harus persis istana..


Assalamualaikum wbt

Ehem ehem ehem...ucapan diatas khas untuk mereka yang saya jemput utk menjenguk laman saya ini. Err...gelabah seketika bila terfikir, saya menjemput tetamu tapi takde pula tinggalkan apa-apa yang istimewa utk mereka (yang istimewa juga ini). Maaf kalau kunjungan kalian tak disambut, ye...saya lupa saya akan pulang ke Pontian hujung minggu ini...lupa saya takkan berintenet di sana..heee
Harap sudi menjenguk lagi, lalu terimalah ucapan saya ini: TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK! \(^_^)/

..itu utk mereka yang saya jemput....bagi yang tiada dalam jemputan, tapi masih sudi singgah: TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK-BANYAK...hahaha..(^_^)v
::Terima Kasih. Sila Datang Lagi::

Friday 15 July 2011

Bencinta!!!

"sakitnya aku, membenci kamu..
sakit lagi mencintaimu....."


Lalu saya memilih apa? Membenci atau mencintai?? Aduh..sungguhlah sakit bila menghadapi keadaan yang satu ini. Sakit yang kadang-kadang menimbulkan sebak di dada, kadang-kadang mengundang titisan air jernih di tubir mata. Sungguh saya tidak mampu membencinya, tapi untuk terus mencintainya, saya bagai menghiris hati sendiri.

Lantas dalam langkah mencari ubat luka buat hati ini, saya temukan 4 tips dibawah. Tips jadi BAHAGIA!!.*Entah macam mana majalah Remaja tahun entah bila tu boleh ada kt situ..heee*

1. Terima hakikat. --dah sememangnya dia bukan untuk saya. Dia pun dah terang lagi bersuluh sudah berpunya. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Mesti ada seseorang untuk kita, kan...?(^_^)v

2. Cintai diri sendiri. --ermmm..Penting!!!! Berkorban tu biar berpada-pada. Kalau sendiri kurang sayang pada diri, macam mana mahu tarik kesayangan dari orang lain..jadi, benci sakit, cinta sakit, maka...jangan dua-dua!! Sebaliknya.,..maafkan dia..semoga jiwa tenang!

3. Tetap pendirian. --nak benci atau nk cinta, pilihan di tangan kita. Pilih yang terbaik dan tetaplah padanya. Ada hikmah setiap apa yang berlaku ni...percayalah~

4. Bahagi hidup untuk perkara-perkara lain. --Ya..yg ni pun sama pentingnya macam sayang diri sendiri tu. Nikmat tersedia penuh variasi di sekeliling kita. Bukan dia semata...Isi 24/7 dengan pelbagai aktiviti. Macam saya sekarang, kerja part-time di waktu malam supaya tak ada masa untuk tunggu sms daripada dia.*..dan mula berblog juga, supaya ada tempat untuk berbicara, yang bukan dengan dia!..(^_^)v

Ayuh kecapi bahagia!! 

p/s: Apa-apa pun, lagu Faizal Tahir memang kecintaan saya~lalala 

Wednesday 13 July 2011

Panaskan Enjin..

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Assalamualaikum wbt.
heee...rutin dah menjadi sedikit lain bila "yg pertama" itu perlu disusuli dengan angka-angka lain. Saya punya kegemaran utk berjalan-jalan di blog2 mereka, itu rutin saban waktu sejak dahulu. kini, selesai berjalan perlu duduk pula...utk menyapa!..dan bercerita~


Masih akan sentiasa mengunjungi blog2 mereka..kerana daripada mereka saya belajar...cuma yang kurang sopannye, belum "jumpa" mereka utk salam perkenalan rasmi..macam mana nk buat tu ye..?


(^_^)v..cukup dulu utk panaskan enjin!!

Kali Pertama Hari Ini...

Assalamualaikum wbt.

Kali pertama, hari ini....saya memulakan blog ini.

Nantikan kali pertama yang seterusnya untuk hari-hari mendatang!