Sunday 8 July 2012

Nak berdakwah? Erkk..aku orang biasa-biasa je la

"Alhamdulillah, kenyang.." tutur Shah spontan sebaik sahaja suara sendawa buaya melewati rengkungnya. Suhaimi, teman serumahnya yang masih menikmati sisa-sisa terakhir makanan di pinggannya hanya mampu mengeleng-ngelengkan kepala dek melihat ketidaksenonohan rakannya itu.

Shah bangun dari silanya, menuju ke sinki di dapur untuk membasuh tangan. 
"Oi! Oi! Pinggan ni, angkat sekali, basuh. Ko ingat aku bini ko ke nak tolong basuhkan? Takde..takde..simpang malaikat 44.." sergah Suhaimi keras.

"Alaa..Mi..aku tak boleh basuh pinggan ni. Tangan aku kotor ni," selamba Shah menjawab.

(bersambung....)

Assalamualaikum wbt~
Haa..anekdot kan bermula post hari ni...sudahlah macam menyimpang dari tajuk. Eh, kejap. Iya ke menyimpang? (^_^)'7

Kawan-kawan, sahabat yang membaca sekalian (rasa lain macam je nada hari ini..haha)
Ini blog aa, ceritanya metafora. Itu analogi kisah dakwah. Biasa tak kita menggunakan alasan-alasan demi mengelak berdakwah (apa itu dakwah?) seperti yang tersenarai dibawah?:

1. "Siapalah aku ini, tuk menegur begitu begini, sedangkan aku..hanyalah insan...bisa-biasa saja" (sila baca macam nyanyi chorus lagu 'mengintai dari tirai kamar-exist')

2. "Erk...takkan la aku nak pegi tegur diorang kot. Aku pun takdelah baik sangat..pernah jugak macam diorang..huhu"

3. "Sungguh tak layak diri ini nak menegur yang mungkar itu..huuu"

Haa..dan lain-lain yang setara dengannya. Versi diatas semuanya adalah dari mulut ini sendiri..(T_T)

Maka, Allah yang Maha Baik lagi Maha Tahu membawa saya kepada satu pencerahan yang indah dari Ustaz Syed Norhisyam sempena K-Fiqh 7-8 Julai lalu di UTM, Skudai. Jom sambung kisah Shah dan Suhaimi jap...(^_^)

"Haaa? What did you say just now??? Tangan kotor tak boleh basuh pinggan???" Suhaimi merah padam wajahnya, bengang dengan jawapan Shah yang selamba, ditambah pula raut mukanya yang juga selamba. 

"Oi..tangan ko yang kotor tu, kalo ko tak basuh pun, terus ko pegi basuh pinggan ni, dua-dua sekali jadi bersih tau. Hotak hang bagi alasan lagu tu..saja cari gaduh ngan aku la tu," sambung Suhaimi yang kini sudah selesai mengunyah suapan terakhirnya seraya bersedia untuk memamah Shah lumat-lumat.

"Haha..iye, iye. Aku basuh..heee" Shah berlalu dalam senyum bersama tangan dan pinggan kotornya ke sinki, untuk dibasuh. 
-Tamat-

Begitulah dakwah kawan-kawan.
Berdakwah, mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran itu tuntutan atas setiap manusia. Saya ada dosa saya sendiri, kawan-kawan juga. Hanya Rasulullah SAW yang maksum, bebas dari dosa.

Analogi Ustaz Syed lah yang saya nukilkan menjadi cerita Shah-Suhaimi ini.
Tutur Ustaz dengan lembut dan hikmah tengahari itu, membuka minda saya (dan hati saya). Mengajak orang berbuat baik, walaupun keadaan diri bukanlah tahap baik, alim bak ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, alim ulama, sebenarnya akan menyucikan diri kita sendiri. Langkah nak menjadi baik itu boleh seiring dengan mengajak orang menjadi baik.

Kawan-kawan, saya mahu menjadi baik. Bantu saya. Doakan saya. Ustaz ada sebut, saya perlukan kawan-kawan yang baik supaya saya boleh istiqamah dengan niat menjadi baik itu.

"Duk sorang ni bahaya. Syaitan plok memang kije dia la nk hasut ni. Berkawanlah, cari kawan'-kawan', adik-adik junior, jangan' ego metang-metang awok master dokleh nk dengo adik2 bagi nasihat..neh..hok peting tu, kawan', nk jadi baik ke, jahak ke, kawan' mmg penting.." pesan Ustaz. Angguk-angguk je depan ustaz masa tu..huuu

Baik, itulah. Dakwah jom? (^___^)