Sunday 25 March 2012

Tiada Tajuk

Assalamualaikum wbt.

Awak...
Pernah ke awak rasa apa yang saya sekarang?
Didoakan dengan perkataan yang baik, tetapi menerima aura yang kurang baik...?

Dia doakan saya semoga saya berjaya mengejar cita-cita saya mendapat Dr...
tetapi saya rasa seperti saya disumpah dengan yang sebaliknya daripada doa itu...
Seolah-olah cita-cita saya itu bakal menghancurkan saya...

Bukankah sepatutnya saya berasa semakin bersemangat untuk melangkah...?
Namun kenapa saya berasa semakin hilang keyakinan..?
Perlukah saya begitu terkesan dengan ayat-ayatnya?
Kenapa dia sentiasa berjaya menggoyahkan hati saya?
Atau sayakah yang memang terlalu mudah goyah?

Ya Allah...
Tolong hamba ya Allah...
Hati hamba sakit, bukan?
Rasa-rasa ini wujud kerana hati hamba ini lemah, bukan?
Tolong hamba ya Allah...

Monday 19 March 2012

Macam Chipsmore!!

heee...

Assalamualaikum wbt.
Sekian sekian sekiaaaaaaaaan lamanya saya biarkan teratak ini tak berjenguk.
Usahkan nak orang lain bersinggah, saya sendiri pun susah menjengah..keke

Saya ada. Tak hilang ke mana..cuma...oops, ok..dh..
Itu sahaja. =)


"Kalau ada jarum yang patah, 
jangan disimpan di dalam peti, 
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan dalam hati...
kalau ada jarum berkarat, 
jangan di beri pada si nyonya..
kalau ada isi hati yang berat, 
biarkan Allah sahaja yang mengetahuinya..."


=')