Wednesday 8 January 2014

JIKA AKU TIADA DI SYURGA...

Masyaallah...terasa rindu dan gemar dihati untuk mengulang-ulangi peringatan di dalam Hadith ini...


Diriwayatkan, bahawa : 
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat-sahabat mukmin mu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami nanti di Syurga-Mu"

SAUDARA & SAUDARI Ku..
Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkan mu Tentang Allah...

Agar aku dapat beserta mu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ

Ya Allah

Hamba memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah PERSAUDARAAN kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

Oleh itu...

Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jalan ke Syurga & jalan-jalan kebaikan.

WAHAI SAUDARA & SAUDARIKU SEKELIAN

JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI...BERSAMA MU.


p/s-i:copy-paste dr FB (utk kesahihan, boleh rujuk kitab seperti tertera diatas)
p/s-ii: letak sini bg senang diri sdiri nk tgok semula nanti di masa depan,klo pjg umur =D. semoga bermanfaat