Saturday 20 August 2011

Terpisat-pisat



Terpisat-pisat. Kepala terasa memberat. Sengal di bahu kiri dan kanan melambatkan sedikit gerakanku untuk mengangkat kepala dari meja ini. "Oh, aku tertidur..,"getus hati kecil ini. Kepala berpusing ke kiri dan kanan, mengitari ruang kerjaku. Warna jingga terang dari kulit tesis-tesis yang bertingkat itu menusuk pandangan. Pijar. Di ruang "Siap!!" ada lima belas tesis bertingkat. Di ruang "Cepat Buat!!" masih ada tujuh belas tesis. Tujuh belas??? Huh.....


Aku masih menekur di meja. Kepala sudah ku angkat tinggi, tidak di meja lagi. Leher sudah ku regang-regang, begitu juga bahu dan pinggang. Seluruh tubuh dikerah berkerja demi menyiapkan tugasan sebelum raya ini. Entah kenapa tugasan kali ini lambat pula aku siapkan. Terasa merangkak bila membaca, terasa bertatih bila menaip semula ayat-ayat yang dibaca. "Macam mana awak semua buat ya..sama je tiga-tiga. Kalau saya buat ni, sekejap aje dah siap," Terngiang-ngiang suara Dr. H di kepala yang sudah beransur ringan ini. 'Dr tengok je, Dr dah tahu isi kandungan tesis tu. Yelah, semua projek Dr..saya ni, kena baca satu tesis, baru tau ape cerita. Baru tahu apa yang penting untuk saya ambil buat isi rumusan'...dan kata-kata itu kekal di dalam hati, tak mungkin terluah. Jangan nak merungut, sayang...itu kata-kata didalam hati juga. Demi memujuk diri yang terasa makin melemah longlai ini.


"Buat kerja la Yaya,"suara omelan roomate, bila melihat aku seperti termenung di meja kerja. 'Aku buatla..nak rehatkan otak je jap'..dalam hati lagi.
"Nak saya pacakkan bendera ke untuk awak, biar awak bersemangat buat kerja?:-)" sms di telefon bimbit I.
"Adik, bila balik kampung?"sms di telefon bimbit II.
"Off-kan henfon ko, dua-dua! Macam mana nak siap kerja kalau kiri kanan tangan taip sms??" Aaaa...roomate mengamuk...errr... Roomate? Ermmm..itu suara dia dua tiga hari lalu. Dia sekarang sudah di kampung halaman, bercuti sampai naik raya nanti. Dia yang terakhir meninggalkan aku disini. Rakan-rakan yang lain sudah lama berenak-enak di kampung halaman sejak minggu lepas lagi. Waa..seronoknya.


Aku masih mematung di meja kerja. Dunia sekeliling terasa sunyi, sepi sekali. Hening sungguh pagi ini. Pagi lagikah? Mata mencari jam di skrin laptop..09.05..pagi lagi. Aku mengeliat buat sekian kalinya. Tiba-tiba, aksi itu termati serta-merta dengan kedua-dua tangan masih tinggi keatas. Semasa melihat jam di skrin tadi, ada angka yang membuatkan aku tersentak. Bagai terkena renjatan elektrik! Aku kalih mata ke skrin semula. Cursor dibawa ke tepi kiri skrin, kalendar itu terzahir. Dan....1 September???? Hahhh? Apaa???


Hari ini 1 September? Aku masih disini?? Bergelumang dengan tesis-tesis jingga terang yang banyak bertingkat-tingkat ini?? Sunyi sepi suasana keliling adalah kerana semua warga disini sekarang sudah di kampung halaman, bercuti, beraya, bersama keluarga??? Aku..?? Akuuu??? Adrenalin laju! Aku bangun dari kerusi. menuju pintu, mencari kelibat insan lain yang mungkin ada di sini.


Ah, hampa. Tiada sesiapa. Di koridor ini, hanya bilik ini sahaja yang ada manusia. Ada aku! Mata yang terpisat-pisat tadi terasa panas kini. Cengeng itu penyakitku diluar sedar. Basah, mata itu basah. Aku kembali ke dalam bilik. Hilang tingkah. Mata mencari telefon, namun kedua-duanya tidak kutemui. Langkah semakin longlai, diri semakin goyah. Dari mata yang basah, kini hidung juga mula berair. Esak kecil bermula. Apa ini semua?? Apa ini semua??? Katakan ini mimpi!!! Katakan ini mimpi!!


"Oii...bangunlah!" Err....roomate? Itu suara roomate!
"Memang ko mimpi pun la. Bangun sahur." Err...terpisat-pisat.



-----------------------------------------------------------------------------------------------
Diolah dari kisah sebenar...dengan sangat banyak perisa tambahan. haha..=)
p/s: Saya mahu balik beraya esok..please...please..(diri sendiri merayu kepada diri sendiri!!)

Monday 8 August 2011

Lapang Sebelum Sempit

Haiih...

Oops...'ter'mengeluh pula..Assalamualaikum wbt.

Tahu lagu ni? Ingat? Jom nyanyi sama-sama~

"Ingat 5 perkara, 
sebelum 5 perkara..
sihat sebelum sakit,
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit...
hidup....sebelum mati..."

Alhamdulillah, saya sihat. Baru sembuh dari selsema dan sakit mata sebenarnya.
Alhamdulillah, saya muda. Tapi umur meningkat setiap saat.
Alhamdulillah, saya kaya. Errr....dalam erti kata tidak merempat demi sesuap nasi.
Alhamdulillah, saya lapang. Percaya masih ada mereka yang lebih sibuk daripada saya.
Alhamdulillah, saya hidup. Masih diberi peluang mengumpul amal, walaupun terkadang masih terkumpul dosa...

Tapi, lapang sebelum sempit? Oh, demi entri ini! Saya lapangkan sedikit masa yang menyempit. Baru bercuti, kemudian bercuti lagi. Aaaa...kenapa bercuti? Hujung minggu lalu saya ke Pontian (lagi), meraikan Jumaat pertama di bulan Ramadhan bersama kesayangan di sana, disertai Ab.Yem dari Terengganu..dan Along dari Kuala Lumpur. =)..tiada sumber internet di sana, tapi ada pelbagai cerita saya, Ayah Su, Ab.Yem, Along dan hidup..Oh, cerita bahagia.

Kembali semula ke teratak singgah (yang memungkinkan saya berinternet) petang Ahad itu. Oh, kisah berbuka puasa kali pertama di Masjid Sultan Ismail, UTM! Kisah menjamu kawan-kawan dengan durian Pontian. Dan Sara yang beroleh tempoyak yang sekian lama diidamnya (haha)...

Rutin diteruskan, kerja di fakulti, kerja di Chamek. Suasana di Chamek beda kini. Ermm...jiwa merindui keriuhan waktu awal-awal dulu namun harus akur pada aturan. Ada kisahnya, jangan minta sekarang. Sesungguhnya saya sedang sempit (sedikit)...ada lambakan kerja yang datang tiba-tiba daripada puan supervisor..heee...

Oh, ya! Saya ada kerja! Lapang ini sebentar sahaja! Jumpa lagi! Assalamualaikum!


p/s: Mengesan sahabat2 maya yang pertama kali meninggalkan jejak...Terima kasih atas kunjungan kalian. (^_^)

Thursday 4 August 2011

Singgah Sahur Pucukandubi

khas di bulan Ramadhan jek....segmen inilah....

klik! klik! klik!!

untuk Ame yang (akan) menyinggah, sila la golek-golek laman sekangkang kera saya ni yer..nk shout tuh, bior sampai saya boleh terjaga dr tidur..bleh join kamu sahur~

Selamat bersahur...<----ucapan ini in-advance k..Belum valid sehingga jam pagi sa-sa sok..heeee....


p/s:aimie..ikut kamu lah ni..dah jadi macam hari ini hari untuk bersegmen...gedakgedakgedak

Wednesday 3 August 2011

MARI MENAMBAH FOLLOWER BERSAMA HANNAH TOTS

......kerana menambah follower itu adalah menambah kenalan. Kan dituntut untuk kita saling mengenali sesama insan, kan....Salam kenal buat semua...(^_^)/







p/s: hari ni dapat cuti separuh hari plak dr puan sv...lalalala...kan seronok tu bila kerja disiapkan awal-awal...Yes! hehe...

Kejamnya Angah Saya....;(


Hahaha...tajuk entri ini hiperbola! Angah yang baik hati, lemah lembut, penyayang, dan lain-lain itu tidak pernah kejam. Tidak mungkin kejam. Tapi saya sengaja nak kata dia kejam...hehehe..Angah sayang, jangan marah aa..nanti saya jual Alisha..lalalala..haha

Rentetan kisah 2 jam menunggu bas di Sri Putri...saya rupa-rupanya perlu menunggu 2 jam lagi kerana Angah saya...dan konco-konconya. Termasuklah si kecik lagi comel Alisha...=). Perjalanan menaiki bas ke Dungun terasa seperti biasa walaupun sebenarnya lebih lama daripada biasa. Semasa tiba di Hentian Chendor, waktu itu Subuh. Kami berhenti solat, dan apabila bas mula bergerak, saya sms Angah. Maklumkan tentang itu dan ingatkan dia untuk jemput saya di Stesen Bas Dungun nanti...dan dia balas, "Nk galok nge Alisha dulu eh..." Aaaa..apakah..tapi tak kisahlah, janji nanti kamu datang jemput saya!

Sampai di Petronas Paka, rutinnya adalah menghubungi mereka yang menjemput sekali lagi. Beginilah kami adik-beradik yang merantau. Di dua tempat ini, jangan tidur! Biasanya elok-elok sahaja ayah bersiap dari rumah untuk turun ke Bandar Dungun kalau kami kejutkan ayah semasa kami di tempat api-api in..heee..tapi angah yang saya hubungi buat dekk je...aaaa....

Sekitar jam 8, saya tiba di Dungun. Turun dari bas dan meninjau kehadiran mereka yang menjemput. Hmmm...parkir lengang, lebih lengang daripada biasa. Kelibat kereta dari rumah tak kelihatan. Saya sms Angah lagi. Ada jawapan, tapi aaaa...."Kami x turun pun lagi"...??..aaaaa....nak sampai Dungun dr Bukit Besi tu ada la dalam sejam (kalau ab.yem saya yang bawak kereta..hee)..abisnye, kena tunggu berapa lama ni...?

Mengantuk~ Tersengguk saya di bangku stesen bas itu..huhu.. Tidak boleh dibiarkan! Saya melangkah ke kedai makan berdekatan. Nasi lemak, kopi...cara...Habis makan, saya menekur di meja sambil pejam mata. Niat asal sekadar meringankan kepala yang makin terasa berat. tapi rupanya saya tertidur..pulas...Nasib baik tak tergolek..aiyaaa....

Saya terjaga bila dengar suara mak cik kedai menyeru lembut keras, "Mek...mek" Aaaa..mocik nak ambat saye ke.....otak mamai saya terfikir. Bukaan mata yang membesar membawa imej Angah di depan mata saya. Angah!! Aaaa!! kijam kamu..huhu...sampai tertido saya disini..huhu..Angah senyum..aaaaa...ok...saya senyum juga pada Angah..bayar duit nasi lemak dan kopi, masuk kereta. Gomol alisha 2 minit, dumm...tido...

Kejam Angah..huhu...=P (hehehe...)

p/s:tak balik umah terus. kena join mereka shoping...aaa...nantok..nasib baik Angah bwk tuala, saya mandi dulu kt masjid ye!

p/s:odw balik ke rumah, ini plak jadi....heee

Bila Saya Rindu....



Kepala sesak...dada sebak...segala macam perkara dipandang negatif. Sensitif.

Begitulah bila saya rindu. Oh, jangan berterusan dibiar begitu. Nanti saya bertukar rupa..Nanti jadi seperti si comel perang yang takut melihat saya...aaaa... Antidot! Diperlukan dengan kadar segera. Bilamana peluang terbuka didepan mata, saya atur langkah ke kaunter......tiket.  

"Kak, tiket ke Terengganu, 1. Jumaat ni..ada?" Itu langkah pertama ke arah mendapat antidot... Itu dialog di kaunter tiket Transnasional Sri Putri Rabu minggu lepas.Dan akak yang cantik beri saya berita gembira sambil senyum manis..tapi takkan lebih manis daripada senyum saya yang teruja melihat tiket 10 malam bertarikh 29 Julai itu.

Dan bila Jumaat yang tersebut itu muncul, saya jadi aktif. Oh, itu pacuan rindu....siang itu saya cuti daripada kerja di fakulti, lalu saya isi ruang masa di Chamek. Sengaja di uar-uarkan kepada sekelian yang ada bahawa saya akan pulang ke kampung malam ini...sampai kepada ayahanda juga...oh, agresif!

Dan, detik yang dinanti-nanti itu tiba jua. 10 malam!! Saya tiba 10 minit lewat. Selamba. Bas, jarang yang tepat waktunya. Lainlah kalau naik dari Terminal Larkin..10.30! Oh, teruja! Teruja! Teruja....? Jarum jam mengengsot...bas belum kunjung tiba. 'Engsotan' jarum jam tampak mengerikan bila bayang bas tak kelihatan. Silih berganti bas yang singgah di bawah jambatan itu, tiada satu pun yang destinasinya Terengganu...aaaa....parah....tertinggal baskah? Lalu akak cantik yang berdiri di sebelah, saya cuit bahunya.

"Ermm..nak g mane?" 
"Terengganu" 
"Oh, lama dah ye tunggu?"
"Dari sebelum pukul 10 td jugak la.."

Baik, saya ada teman. Dicuit lagi akak-akak yang berkeliaran. Ya, destinasi kami sama! Huh, harapan. Bertahan, bertahan...dan jarum jam setia mengengsot. 12.00! Oh...terdera~ Hati ini rindu, kini bercampur gundah. Telefon di capai, suara mereka di Chamek mahu saya dengar, buat pengeras. Nombor Akies saya dail, berbual seketika...dan saya minta Akies serah telefon untuk si comel perang...aaaa...mengadu, mengadu... Mereka risaukan saya, 2 jam menunggu bas! Tapi saya yakinkan mereka, bas itu pasti muncul..dengan dalam hati saya berdoa agar kata-kata saya itu agar makbul...

...dan, makbul! Alhamdulillah. 12.30....huh..cabaran. Akak-akak yang cantik, abang-abang juga, semua warga yang setia menunggu tadi kini berwajah lega. Semestinya saya juga. Rupanya hampir separuh bas yang menunggu bersama-sama saya tadi. Oh! Perihal bas yang lewat 2 jam, saya abaikan. Maafkan sahaja kerana akhirnya dia datang juga, kan...oh, rindu...saya jadi pemaaf~ Dan bas itu meluncur lalu...laju atau perlahan, saya berserah. Tidak perlu terburu-buru. Oh, rindu!

Mereka di Chamek saya hubungi lagi, untuk kongsi yang kata-kata saya sudah makbul. Baik, masa untuk tidur..zzzz...dan siapa tahu, episod menunggu ini akan berulang lagi esok? huhuhu..kejamnya angah saya...


p/s:awak, terima kasih hantarkan saya dan temankan saya selama 2 jam setengah kt bwh jambatan batu tu...=)

Tuesday 2 August 2011

Kali Pertama: Tukar Tayar Kereta Pancit

Sejak diri ada lesen kereta, terasa mahu tahu-menahu tentang kereta,terus-terusan.....biarpun berdikit-dikit..=)

Kesan dari artikel dari surat khabar lama yang buat lapik makan suatu masa itu, saya tanam niat dalam hati utk jadi pemandu perempuan yang tahu fasal apa yang dipandu saya. Artikel itu, kisahnya mengitari bengkel asas pengenalan dan penjagaan kereta khas untuk pemandu-pemandu cantik manis..heee. Menarik dan berguna! Ada praktikal tukar tayar pancit lagi...

Tukar tayar pancit...??? Hee....ini kisah kali pertama. Utk saya dan si abang ipar. Episod 30 Julai 2011: Arkkk!! Tayar pancit!

Separuh perjalanan pulang ke rumah, saya tidur-tidur ayam di tempat duduk belakang Gen2 itu. Dalam kapasiti deria yang turut serta tidur ayam, saya kesan bau hangit seperti getah terbakar, tapi saya adun jadi mimpi masak kek ke langit.... Namun, sedang saya asyik menikmati kek yang hangit didalam mimpi saya, kereta diberhentikan. Aiyoo...mata otomatik terbukak...aaaaaa...

Abang ipar dah keluar dari kereta, angah terjenguk-jenguk ke belakang dari seat sebelah driver. Saya? Mamai...."Bakpe keh?"

Tayar pancit...rim rapat ke tar..aaaa...aaa??!! Oh, yes! Peluang! Mamai bertukar menjadi teruja. Saya bingkas bangun membetulkan duduk, lalu keluar dari kereta. Tayar pancit kini didepan mata. Ayuh!! Hahahaha~

Saya bantu Ab.Ngah punggah barang-barang yang mereka shopping tadi ke kaki lima. Ab.Ngah keluarkan tayar simpanan dari but belakang itu, juga 'perkakas'. Hehehe...macam mana seterusnya? Sebijik-sebijik seperti di sini!....erkkk...bezanya, kami dahulukan langkah 2, baru 1...dan part yang amik gambar dengan kereta tu, kami buat sepanjang masa! haha..aaa...cuma gambar tu pada Angah..alaa..lupa amik..huhu..

Terima kasih Ab.Ngah sebab bagi ruang utk saya mencemarkan tangan sendiri walaupun mulanya macam teragak-agak je nak bagi saya 'bermain'..hee. Haa..sekarang Ab.Ngah kena percaya yang tangan saya kuat (haha)..sebab saya boleh longgarkan nat tayar tuh, saya boleh pusing besi untuk naikkan jack tuh..kan2..heee...dan saya boleh angkat 2 beg beras sekali angkut...erkk..haha 

Kesimpulan: Saya belajar tukar tayar kereta hari itu! Oh, yes!!! Gumbira~ Gumbira~ (^_^)v



p/s:masuk kereta, sambung tidur...zzzz..kuikuikui


Selepas Bercuti!

Assalamualaikum wbt.

Masih belum terlambat kan...utk saya ucap selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua..? Hee...jadi, salam Ramadhan utk awak~ Haa...awak la..jangan nk pikir org lain..saya ucap tu khas utk awak...awak la..iye..awak!...ermm..awak yang membaca ni la..(^_^)

Seminggu usia blog, pastu bercuti menulis seminggu..? (lebih2 kurg..=P) haha...maaf, kesibukan menghambat. Niat membalas kunjungan sahabat-sahabat dr segmen BACBBJ belum pun tertunai...kepada tuan-tuan rumah yang tertunggu-tunggu kunjungan saya demi beramah mesra, terima kasih sudi tunggu...saya datang nanti ye, insya Allah.

Selama 'bercuti', tulisan-tulisan saya beku di minda. Mungkin tercatat sedikit di wall fb...ada juga yang terakam di sound recorder henfon biasa-biasa aje saya tu....kisah di cfe chamek semestinya, kisah kali-kali pertama saya, kisah mereka yang menyayangi saya dan disayangi saya...dan mula terfikir untuk menggali contengan-contengan zaman paleolitikus untuk dikongsi bersama disini...ermmmm..hehe

Hari ini saya sudah pulang dari cuti saya utk menulis...(kerana mendapat cuti daripada puan supervisor~lalalala)....dan hari ini, saya masih terkesan dengan kisah cuti saya...kerana senyum itu..=)

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga Ramadhan kali ini lebih baik drp sebelumnya.

p/s: nk rehat jap sebelum nk wat entri marathon..haha