Friday 22 February 2013

Kau kata kami binatang?????

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

semalam tertengok teaser Buletin Utama. hmmm....-TG Nik Aziz samakan penerima BR1M seperti haiwan?speechless. tak terkata apa. cuma otak je suka sangat berimaginasi..heee...al-kisah dari imaginasi itu.....(jeng jejeng)

Safi'e Salih pemain bola sepak yang handal. Dia seperti AYAM tambatan dalam pasukan bolanya
"Apa??? KAU SAMAKAN AKU DENGAN BINATANG???" =_='


Adami sangat merindui Nur Kasihan laksana PUNGGUK rindukan bulan.
"Apa?? KAU SAMAKAN AKU DENGAN BINATANG????" =_='


Kertas kerja yang dihasilkan oleh Nuura Danisha itu sangat memberangsangkan. Pada hari perbentangan, bos Nuura Danisha telah mendapat banyak pujian daripada rakan-rakan kongsi bosnya itu. inilah yang dikatakan, LEMBU punya minyak, SAPI dapat nama.
"Apa?? KAU SAMAKAN KAMI DENGAN BINATANG????" =_='  =_='

Aaronan dan Azizah tidak pernah boleh berjumpa dengan damai. Mesti ada-ada sahaja yang akan mereka gaduhkan. Mereka tak ubah seperti ANJING dengan KUCING.
"Apa??? KAU SAMAKAN KAMI DENGAN BINATANG?????" =_=' =_=" =_='

Pasukan Merah telah tersingkir didalam pemilihan rumah sukan terbaik tahun ini kerana keputusan memBABI-buta pihak pengurusan mereka yang menyogok guru-guru panel dengan aiskrim dalam kejohanan sukan Sekolah Kebangsaan Aku yang lalu.
"Apa??? KAU SAMAKAN KAMI DENGAN B***????!!" *pitam teruss

Nampak tak? Nampak tak? Betapa saya ni seorang yg sangat suka buat latihan bhasa melayu. rindu latihan buat ayat zaman sekolah dulu kala, maka luar la entri macam ni kan....=_='

...dan...nampak tak? nampak tak? nampak tak?? #amek ko,sebesar gitu kalo tak nmpk jgk..=_='

jadi....kecoh-kecoh kenapa.....aish~

"Q, ko terima baucer buku"
"Terima dengan ek-sai-ted-nya"
"Ko undi sape pilihanraya?"
"Undi adalah rahsia (^_^)v"

#dah abis berimaginasi, dh pergi beraktiviti, dah tidur...bangun pagi baru buat entri..heee...ketinggalan zamn dah jadinya~

1 comment: