Tuesday, 25 September 2012

Cerpen: Cintakah?

"Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta" -H. A

ini cerpen aaa, cubaan semata maa..=)
kalau ada unsur-unsur yg tak boleh ditoleransi, saya mintak maaf..hehe

Bacalah (^_^)v

**************************

Beberapa helai rambutmu jatuh menutup sebahagian dahi. Kau, seperti biasa, membiarkan sahaja dahimu terhias begitu, tanpa sedikit rasa rimas. Aku mula tidak senang duduk melihat rambut itu terbuai-buai didahimu itu. Rimas? Tidak, bukan rimas. Cuma ada rasa. Rasa itu mula bercambah dalam hati dan dengan tidak semena-mena terus membuak-buak. Aku bangun menujumu, dengan fokus pada rambut yang berjuntai didahi itu. Seinci lagi aku jarakku denganmu, kau lantas berpaling kearahku dengan senyum yang meleret dibibirmu. “Haa..nak main rambut orang la tu,” dan kau ketawa sedang aku tersipu-sipu malu.

*******************************

“Aku cinta padamu!!!!” jeritku teruja, namun sekadar terdengar dalam jiwa. Pagi yang indah ini terasa berjuta-juta kali lebih nyaman daripada biasa. Sejak seminggu ini, aku senyum terlebih gula. Aku gembira berganda-ganda. Aku ceria seceria-cerianya. Sebaik sahaja kubuka mata, menyapa dingin pagi, wajahmu yang utama ku cari-cari. Pagi ini, kau sudah di meja makan untuk sarapan. Aku menyimpan sedikit senyum, agar tidak begitu terlihat. Biarpun senyum yang terzahir ini seakan-akan mampu merobek pinggir bibir. Kau kuhampiri. Aku menyapa dengan tenang dan manja, tentunya. 

“Qiqi!” kau memanggil nama manjaku mesra. Hatiku berbunga, senang sekali dengan nama itu. Dengan hanya mendengar bibirmu menyebut nama itu sudah mampu buat aku keriangan. Aku mendongak seketika memandang wajahmu, mencari anak matamu. Namun tidak lama, aku malu! Kau membawa aku keribamu. Senyum terhias dibibirmu yang indah. Kau dekatkan bibir indah itu ke dahiku. Aku terasa diri bagai dididih. Panas! Bergelora! Tetapi nyaman sekali. Bahagia sekali.

“Qiqi dah makan? Meh sarapan sekali meh,” kau bertanya ramah sambil cuba-cuba menyuap sarapan berupa nasi lemak itu ke mulutku. Sungguh aku malu diperlaku begitu. Dihadapan ibumu pula, yang sama-sama bersarapan dimeja itu. Aku mahu sahaja membuka mulutku biarpun aku kurang senang bersarapan nasi lemak, namun fitrah maluku membuat aku diam sahaja dengan tindakanmu menyuapku itu.

“Farhan, kesian dia. Jangan suaplah. Bukan dia makan nasi lemak tu. Mama dah sediakan sarapan dia kat belakang nu,” ibumu Puan Suria bersuara. Aku kekal tunduk. Malu! Kau lepaskan aku perlahan-lahan, akur pada pandangan mata ibumu yang seperti kurang senang itu. Itulah, salah tempat mahu bermanja! Aku berlari anak ke belakang. Sampai dimuka pintu yang memisahkan ruang makan dan ruang belakang itu, aku menoleh mencari wajahmu sambil kuhadiahkan senyuman dan jelingan manja, khas buatmu. Kau tersenyum, membalas.

***************************

“Sayang....”
Aku diam. Sengaja. Terdengar kau ketawa kecil.
Tanganmu membelai-belai tubuhku. Sesekali, terasa dagumu menyentuh ubun-ubunku, kau gesel dengan lembut. Aku diam sahaja dalam pelukanmu. Menikmati sungguh-sungguh saat bermanja begini denganmu. Kau capai tanganku, memerhati kuku-kukuku. Sejuk tapak tanganku terasa berhaba bila bersentuh dengan telapak tanganmu yang hangat. Gelora memuncak didalam dada. Aku sedar kau merasai gelora itu. Masakan tidak! Dadaku yang berombak itu letaknya diatas dadamu sahaja. Namun kau nyata tenang. Mata kau tala terus pada skrin televisyen biarpun tanganmu tidak duduk diam membelai terus tubuhku. Aku terbuai hingga terus terlena.  Bahagia. 

*******************************

Pagi yang cerah tidak menjamin cuaca indah hingga ke petang. Awan-awan tipis dilangit perlahan-lahan diganti dengan awan hitam nan tebal.

Resah. Engkau tiada dimana-mana. Ruang televisyen, ruang makan, bilik tidur, sudut bacaan, hatta seluruh ruang rumah sudah puas kugeledahi. Hati sebak dan sebal. Hujan mula turun, airmataku jua begitu, cuma tidak terzahir di tubir mata. Sekadar terbuku didada. Mana kau? Mana? Kau hilang lagikah? Ya, seperti kau pernah hilang setahun yang lalu? Jua tanpa segamit kata kali ini? Sekali dahulu kau tegar meninggalkan aku sekian lama dalam pilu dan rindu. Kau tegar kembali bersayang-mesra denganku tanpa terungkit kisah lama itu. Kini, kau tegar meninggalkan aku sekali lagi? Tegarkah kau?

Dan ternyata kau tegar. Panggilan telefon daripadamu sampai kerumah lewat malam itu. Aku yang seharian bersendu dalam keliru tersentak mendengar cerianya suaramu di corong telefon itu. Kau khabarkan kepada ibumu kau selamat sampai ke kampus pengajianmu di ibu kota. Kau bergelak ketawa, kau bergurau senda. Tanpa sedar, langkah ku atur perlahan-lahan menghampiri Puan Suria yang sedang ceria berlawan cakap denganmu di gagang telefon itu. 

“Eh, Qiqi.. “ Puan Suria menegurku yang bergesel dikakinya.
“Ha, Farhan, ni..kesian Qiqi kau ni. Rindukan kau agaknya ni. Dari petang tadi lagi mengiau-ngiau depan bilik kau tu..haha..tidur pun kat situ tadi ni..haha.. ,” Puan Suria mengangkat aku ke ribanya. Puan Suria mengosok lembut kepalaku. 

“Ye ke, mama? Haha..lawaklah mama ni. Pandai pulak kucing nak rindu-rindu ni.. haha..” kau ketawa. Aku terasa hiba tiba-tiba. Terasa perkhabaran aku rindu itu hanya mainan semata buatmu sedang aku disini sememangnya benar-benar rindu pada kau. Puan Suria masih membelaiku sambil terus berbual-bual denganmu. Aku tidak lagi memasang telinga pada bual bicaramu. Aku sebak. Aku beredar dari ribaan Puan Suria. Berlari-lari anak ke bawah tangga, tempat tidurku yang biasa. 

Rindu ini, salahkah kucurahkan buatmu? Hanya kau yang aku sayang di dunia ini. Aku bukan mengharap apa-apa. Hanya perhatian dan belaianmu. Setahun lalu, tika kali pertama kau tinggalkan rumah untuk menginap di asrama, kau pergi tanpa pamitan. Tergamak kau pulang ke asramamu tanpa pamitan sedikitpun kepadaku sekali lagi? Kau persoalkan adakah aku faham akan bicaramu, namun pernahkah kau cuba memberitahuku?


Ya, aku sedar aku seekor kucing. Apa salahkah kucing beremosi?? Meowww!

Thursday, 20 September 2012

Tamparan Realiti



tangis telah terhenti,
biar mata masih berkaca..

dada yang sebak,
kini mula tenang,
tak beriak..

sakit ditampar realiti,
bahawa iman masih kurang dalam diri,
bahawa sedikit cuma usaha,
bahawa masih di takuk lama,
bahawa belum berinjak kemana-mana..

sakit ini,
terluah dengan air mata cuma,
luka tiada dikesan,
lebam tiada terlihat,
patah hanya di dalam,
parah,
semoga tidak membarah..

di hening pagi sayyidul ayyam,
tika ditampar realiti ini,
memilih pasrah apa yang terjadi,
inilah panggilan muhasabah diri..

Ya Allah,
ampunkanlah hamba,
kasihanilah hamba,
bantulah hamba,
sungguh Kau Maha Penyayang Maha Mengasihani,
Kau jua yang Maha Mendengar..






Wednesday, 19 September 2012

Adik-adik Langit Ilahi

Terasa kecil. Kerdil. Masih dalam minggu dan bulan kelahiran. Umur menginjak ke angka 24, namun bila dikalih sepintas lalu, mengenang 24 tahun tu, sepi... . Angin kosong saja yang bertiup. Tiada langsungkah bekal yang dah dikumpul...

Mengenang mereka, tambah-tambahlah saya berasa kecil dan kerdil. Mereka 'adik-adik', tapi cukup jelas memberi sumbangan. Saya terkesan amat dengan tulisan-tulisan dalam "Matahari"...bacaan di hari kelahiran 4 hari lalu, lantas sebaik tiba dari negeri dibawah bayu itu, saya cepat mengorak langkah mencari mereka....

dan disini mereka..dan medan mereka...yang membuat saya malu dengan diri..huuu

'Adik-adik' yang nyata lebih dewasa daripada saya! Saya kagumi usaha mereka. Semoga mereka dicucuri rahmat dan lindungan Allah. Semoga usaha mereka, jalan mereka dibantu Allah. Dan semoga saya akan menjadi seperti mereka juga suatu hari nanti. Insya Allah...




p/s: seminggu sem bukak, sehari pun tak nampak...tapi sejak semalam, dh 2 kali terserempak..huu..awas wahai hati!!

Tuesday, 28 August 2012

Mujahadah dan Istiqamah!



Kehidupan dalam hari-hari pasca Ramadhan,
membawa getar dan bimbang dalam hati,
hari dugaan kembali..
hari-hari untuk membuktikan saya menang,
sekurang-kurangnya terkesan dari kursus Ramadhan..

Aidilfitri itu, hati terusik memandang adik dengan hijrahnya,
terdetik bahagia melihat dia begitu,
terkutik rasa bila pula saya mahu turuti langkahnya,
sedang hati dulu suka mencongak-congak waktu,
nanti-nanti la, nanti-nanti la,
namun dimana kesudahan...?

dalam mencari kata semangat,
dua perkataan keramat itu saya temui,
MUJAHADAH!
ISTIQAMAH!
saya perlu yakin pada diri,
perlu beri diri sendiri peluang ini..

tulisan ini hari ini,
akan saya tatap semula hari-hari yang akan datang,
semoga pada waktu itu,
saya ada jawapan kepada perkara yang saya bimbangkan,
oh..masa itu menghampiri,
sungguh saya takut andai saya jatuh lagi.

"Ya Allah, bantu aku untuk mujahadah dan istiqamah.."

p/s:ujian bermula in two weeks! moga Allah beri aku kekuatan!




Monday, 13 August 2012

Ramadhan bakal meninggalkan kita...

 
 
"Ya Allah,
bantulah aku dalam mengingatiMu,
bersyukur padaMu,
dan perelokkan ibadahku,
aku tidak mahu jadi hamba Ramadan,
tapi jadi hambaMu Tuhan,
aku tidak mahu bertuhankan Ramadan,
tapi bertuhankan Engkau Ya Rahman,
ikhlaskan aku,
agar madrasah Ramadan sebulan ini,
mendidik aku menjadi hambaMu yang muttaqin,
bukan saja di bulan ini,
bahkan ke penghujung hayatku nanti."~amiinn~
 
dari status fb seorang sahabat =')
 

Sunday, 8 July 2012

Nak berdakwah? Erkk..aku orang biasa-biasa je la

"Alhamdulillah, kenyang.." tutur Shah spontan sebaik sahaja suara sendawa buaya melewati rengkungnya. Suhaimi, teman serumahnya yang masih menikmati sisa-sisa terakhir makanan di pinggannya hanya mampu mengeleng-ngelengkan kepala dek melihat ketidaksenonohan rakannya itu.

Shah bangun dari silanya, menuju ke sinki di dapur untuk membasuh tangan. 
"Oi! Oi! Pinggan ni, angkat sekali, basuh. Ko ingat aku bini ko ke nak tolong basuhkan? Takde..takde..simpang malaikat 44.." sergah Suhaimi keras.

"Alaa..Mi..aku tak boleh basuh pinggan ni. Tangan aku kotor ni," selamba Shah menjawab.

(bersambung....)

Assalamualaikum wbt~
Haa..anekdot kan bermula post hari ni...sudahlah macam menyimpang dari tajuk. Eh, kejap. Iya ke menyimpang? (^_^)'7

Kawan-kawan, sahabat yang membaca sekalian (rasa lain macam je nada hari ini..haha)
Ini blog aa, ceritanya metafora. Itu analogi kisah dakwah. Biasa tak kita menggunakan alasan-alasan demi mengelak berdakwah (apa itu dakwah?) seperti yang tersenarai dibawah?:

1. "Siapalah aku ini, tuk menegur begitu begini, sedangkan aku..hanyalah insan...bisa-biasa saja" (sila baca macam nyanyi chorus lagu 'mengintai dari tirai kamar-exist')

2. "Erk...takkan la aku nak pegi tegur diorang kot. Aku pun takdelah baik sangat..pernah jugak macam diorang..huhu"

3. "Sungguh tak layak diri ini nak menegur yang mungkar itu..huuu"

Haa..dan lain-lain yang setara dengannya. Versi diatas semuanya adalah dari mulut ini sendiri..(T_T)

Maka, Allah yang Maha Baik lagi Maha Tahu membawa saya kepada satu pencerahan yang indah dari Ustaz Syed Norhisyam sempena K-Fiqh 7-8 Julai lalu di UTM, Skudai. Jom sambung kisah Shah dan Suhaimi jap...(^_^)

"Haaa? What did you say just now??? Tangan kotor tak boleh basuh pinggan???" Suhaimi merah padam wajahnya, bengang dengan jawapan Shah yang selamba, ditambah pula raut mukanya yang juga selamba. 

"Oi..tangan ko yang kotor tu, kalo ko tak basuh pun, terus ko pegi basuh pinggan ni, dua-dua sekali jadi bersih tau. Hotak hang bagi alasan lagu tu..saja cari gaduh ngan aku la tu," sambung Suhaimi yang kini sudah selesai mengunyah suapan terakhirnya seraya bersedia untuk memamah Shah lumat-lumat.

"Haha..iye, iye. Aku basuh..heee" Shah berlalu dalam senyum bersama tangan dan pinggan kotornya ke sinki, untuk dibasuh. 
-Tamat-

Begitulah dakwah kawan-kawan.
Berdakwah, mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran itu tuntutan atas setiap manusia. Saya ada dosa saya sendiri, kawan-kawan juga. Hanya Rasulullah SAW yang maksum, bebas dari dosa.

Analogi Ustaz Syed lah yang saya nukilkan menjadi cerita Shah-Suhaimi ini.
Tutur Ustaz dengan lembut dan hikmah tengahari itu, membuka minda saya (dan hati saya). Mengajak orang berbuat baik, walaupun keadaan diri bukanlah tahap baik, alim bak ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, alim ulama, sebenarnya akan menyucikan diri kita sendiri. Langkah nak menjadi baik itu boleh seiring dengan mengajak orang menjadi baik.

Kawan-kawan, saya mahu menjadi baik. Bantu saya. Doakan saya. Ustaz ada sebut, saya perlukan kawan-kawan yang baik supaya saya boleh istiqamah dengan niat menjadi baik itu.

"Duk sorang ni bahaya. Syaitan plok memang kije dia la nk hasut ni. Berkawanlah, cari kawan'-kawan', adik-adik junior, jangan' ego metang-metang awok master dokleh nk dengo adik2 bagi nasihat..neh..hok peting tu, kawan', nk jadi baik ke, jahak ke, kawan' mmg penting.." pesan Ustaz. Angguk-angguk je depan ustaz masa tu..huuu

Baik, itulah. Dakwah jom? (^___^)

Wednesday, 27 June 2012

How to use presenter view for microsoft office powerpoint

Assalamualaikum wbt. =)

Hai semua. Hai 'future Q'...
Hee..kali ini saya kembali seketika untuk kongsi ilmu baru yang saya dapat. Walaupun sepatutnya dah sekian lama tahu..=_=

Baik, semoga bermanfaat!

Cara-cara menggunakan 'presenter view' Microsoft Office Power Point:
1. pastikan laptop dah disambung ke monitor utk presentation tu.





2. klik kanan di desktop, pilih Graphic Option->Output To->Extended Desktop-> Notebook + Monitor


 cha chang~ ini hasilnya!
perasan tak perbezaan view pada laptop dan layar? BINGO!






3. Next, buka file powerpoint utk dibentangkan tu. Tenang je, audien tak boleh nmpak apa di skrin notebook kita. =)



pilih tab ‘Slide Show’, klik presenter view. Tarra~ eh, blom..





4. klik slide show ikon. Tarra~^_^

mudah je. selamat mencuba. semoga membantu~






Baik, nak balik bertapa! Taa~
Wassalam.