Wednesday 1 February 2012

Petua Segala Petua

Mengcungkil rahsia kejayaan mereka membawa saya kepada Petua Segala Petua!

"Hidup Ini Perjuangan"
- dari buku PetuaPandaiWang-

Begitu ungkapan petua tersebut. Berjuang dalam apa sahaja perkara yang kita ceburi. Kerana apa sahaja itulah hidup kita. Siapa pun kita, hidup ini perjuangan. Perlu kepada usaha.

Kita seorang anak? Medan perjuangan adalah memenangi barakah dan kesenangan hati ibu bapa.
Kita seorang pelajar, mahasiswa? Medan perjuangan adalah lembah-lembah ilmu, lembar-lembar kertas peperiksaan.
Kita seorang peniaga, jurujual, usahawan? Medan perjuangan adalah rencah perniagaan itu sendiri.

Apabila sudah namanya berjuang, apa yang perlu kita lakukan? Tentukan motif. Sediakan perisai. Tajamkan senjata. Cekalkan hati. Atur strategi...dan lain-lain lagi. Sesudah segala usaha, tawakal kepada Allah.....

Itu contohnya. Itu sedikit caranya. 

Bagi anda (saya juga), cerakinkan komitmen-komitmen anda di dunia ini,  tentu dan pastikan medan-medan perjuangan yang telah anda pilih..dan berjuanglah dengan semangat juang yang tinggi. Dan selalulah berpesan kepada diri, perjuangan-perjuangan mengejar duniawi itu sebenarnya adalah demi perjuangan yang paling utama....BERJUANG MENUJU KEREDHAAN ALLAH...dunia akhirat.

Wallahu a'lam..=)

p/s: ni petua segala petua. jadi sila cari petua yang lain-lain ye...=)

1 comment: