Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Wednesday, 1 February 2012

Petua Segala Petua

Mengcungkil rahsia kejayaan mereka membawa saya kepada Petua Segala Petua!

"Hidup Ini Perjuangan"
- dari buku PetuaPandaiWang-

Begitu ungkapan petua tersebut. Berjuang dalam apa sahaja perkara yang kita ceburi. Kerana apa sahaja itulah hidup kita. Siapa pun kita, hidup ini perjuangan. Perlu kepada usaha.

Kita seorang anak? Medan perjuangan adalah memenangi barakah dan kesenangan hati ibu bapa.
Kita seorang pelajar, mahasiswa? Medan perjuangan adalah lembah-lembah ilmu, lembar-lembar kertas peperiksaan.
Kita seorang peniaga, jurujual, usahawan? Medan perjuangan adalah rencah perniagaan itu sendiri.

Apabila sudah namanya berjuang, apa yang perlu kita lakukan? Tentukan motif. Sediakan perisai. Tajamkan senjata. Cekalkan hati. Atur strategi...dan lain-lain lagi. Sesudah segala usaha, tawakal kepada Allah.....

Itu contohnya. Itu sedikit caranya. 

Bagi anda (saya juga), cerakinkan komitmen-komitmen anda di dunia ini,  tentu dan pastikan medan-medan perjuangan yang telah anda pilih..dan berjuanglah dengan semangat juang yang tinggi. Dan selalulah berpesan kepada diri, perjuangan-perjuangan mengejar duniawi itu sebenarnya adalah demi perjuangan yang paling utama....BERJUANG MENUJU KEREDHAAN ALLAH...dunia akhirat.

Wallahu a'lam..=)

p/s: ni petua segala petua. jadi sila cari petua yang lain-lain ye...=)

Thursday, 15 December 2011

Menyuruh yang Baik, Melarang yang Buruk....

Assalamualaikum  wbt.

Amal ma'ruf, nahi mungkar....sering sangat dah telinga ni mendengar. Cuma tindakan yang kurang. Separuh-separuh. Tang menyuruh yang baik tu, terasa ada senangnya berbanding melarang yang buruk..errr....

Alkisah..bila Allah bagi peluang, Allah bagi ujian..haa, kamu Naqiah, selalu sangat duk angguk-angguk masa orang-orang menyebut amal ma'ruf nahi mungkar tu....macam faham je tu (walaupun angguk sebab mata berat yang nk terjatuh ke lantai..huhu), nah..ini situasinya, kamu hadapinya...

Melihat sepasang adik ulang kaji pelajaran dalam keadaan yang mencurigakan, mudah sangat disalah faham..yelah, dalam bilik pintunya bertutup rapat, lampu satu sahaja yang pasang, duduk berjarak sesiku antara keduanya...huh...tak syarak nih...antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, ketiganya ialah syaitan..terngiang-ngiang...huuu...selemah-lemah iman, benci dengan hati...terngiang-ngiang juga...tapi..nak ke jadi lemah....? kata ekstrem..(azizi ali la ni, suh jd ekstrem--melalui bukunya 'Jutawan ekstrem!')

Huh..kali pertama, saya angkat kaki. Kali kedua pun sama...tapi setiap kali balik daripada 'ujian' ini, mengongoi-ngongoi bercerita pada rumet..lalu kali ke-3, semasa mengongoi pada rumet..rumet mengeluarkan hujah. Ala-ala beduk terketuklah saya dengan hujah beliau. Maka dengan pantas pula saya menaip bait-bait kata untuk si 'abang' (sebab ada no fon abang je.-_-)..sampai dua muka nasihat saya taip..ekstrem!!..hmmm...tiada balasan..takpe..dia dah terima jugak akhirnya kan...rumet pun kata "dia paham dah tu...."..hmmm....

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”-Hassan Al Basri
 
 
Semoga kamu mendapat kebaikan daripada teguran kakakmu ini, adik-adikku..sesungguhnya, kerana manusia, aku sayang padamu....

p/s: Entri dedikasi untuk Hazrin Hasim, cik rumet~

Thursday, 6 October 2011

Masalah dan Komunikasi



Senyap. Hampir sebulan. Kalaupun berbicara, sekadar sepatah dua kata. Tiada gurau senda seperti sebelumnya. Tiada usik manja seperti kebiasaanya. Hati syak, ini yang saya tidak mahu. Mujur penyakit bulan ini bukan jenis yang membuat saya emosi. hehe...Rasional dikumpul, lalu saya mulakan bicara. Alhamdulillah, ada kerjasama. Tak sampai 10 keping sms pun, masalah selesai! Ini yang saya mahu.

google..hehe


Bila ada sesuatu menganggu antara dua pihak, diam bukan penyelesaian. Diam hanya memberi ruang kulat-kulat pra-sangka bercambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hati..kalau lapang, baguslah. Tidaklah tertutup terus dengan kulat-kulat pra-sangka yang buruk lagi busuk. Ada ruang untuk rasional menyelit. Cuba hati tidak lapang, hati sempit. Mulalah masalah yang kecil tersuntik agen penggemuk! Ah, sudah.....
google juge....=)


Jadi, nasihat untuk diri sendiri, selebihnya untuk dikongsi di sini, berkomunikasilah tentang masalah anda! Selesaikan dengan hemah dan hikmah. Bagaimana hemah? Jaga tutur kata, jaga nada. Perkataan biar yang baik-baik. Yang kulat-kulat tadi, sembunyikan. Bagaimana hikmah? Beri ruang dia meluah rasa. Dengar dan setia. Empati, letak diri sendiri di tempatnya. Bersepakat dalam penyelesaian dan lapangkan hati, redha. Ayuh, jalani hari-hari mendatang dengan indah!~



p/s: Kau sahabat selamanya...sebagai manusia aku sayang padamu...=)