roda hidup kekal berputar,
tidak pernah berhenti,
walaupun kau terasa lelah dan mahu berehat.
jika kau sedar masa yang ada ini sebentar cuma,
kau tidak akan merasa kosong,
kau tidak akan merasa lemah,
setiap hari adalah peluang,
bagi setiap yang berjuang.
ayuh kembali akur,
kita ada tugas,
ada misi dan visi,
buka mata dan telinga,
mulakan langkah dari sekarang
dan tiada terlambat bagi kita
selagi nyawa dikandung badan
aku ingin berubah,
barulah boleh mengubah,
kau bagaimana?
No comments:
Post a Comment