Monday 4 February 2013

Sabar dan Yakin

pada suatu pagi yang suam-suam kuku, 

nur sabariah : meh tingkat 2 bangunan baru FKE, ada bengkel strategi research and publication
muhd yakin : start pukul berapa? dah lama ke?
nur sabariah : sesi yang ke-2 ni baru 5 minit
muhd yakin : sape ada lagi? segan plak lambat masuk.
nur sabariah : mamey, ida, jimie...datang la.aku pun datang tengah-tengah sesi jugak tadi
muhd yakin : ramai orang tak?
nur sabariah : nak datang tak? kalo ko datang, bertambah la sorang lagi
muhd yakin : oo..dengar je kan?
nur sabariah : a'ah, lepas tu makan.
muhd yakin : parking mana yang boleh?
nur sabariah : mana-mana aje.yang dekat bangunan baru tu, depan ni yang dekat SUB tu 
muhd yakin : ajak Sunny tak? aku dari blok ni, aku segan nak masuk sorang-sorang ni. nanti ganggu talk tak kau rasa?
nur sabariah : tak ganggu. Sunny takleh datang, dia tengah buat eksperimen
muhd yakin : habis pukul berapa? nanti aku datang, tiba-tiba je dah nak habis..
nur sabariah : tak yah datang lah kalo susah sangat

errrr....cerita sabar dengan yakin. Sabariah tak cukup sabar untuk mengajak orang ke majlis yang dia rasakan bermanfaat. Yakin pula tak cukup yakin untuk datang menyertai majlis yang boleh dimanfaatkan. ini situasi lost-lost!

cubalah kalau Sabariah sabar dan Yakin pula yakin, mungkin akan jadi seperti ini?

muhd yakin : habis pukul berapa? nanti aku datang, tiba-tiba je dah nak habis...
nur sabariah : habis tak pasti. ini pun dah start lambat dari jangkaan. datang je la, kalau habis pun, dapat makan tengah hari percuma jugak
muhd yakin : ok, aku datang sekarang!

haaaa... Sabariah berjaya mengajak kawannya kepada satu kebaikan, Yakin pula berjaya menghadiri satu majlis yang baik, dapat bonus makan percuma lagi. Win-win situasion!!


Pengajaran daripada kisah : Mengajak kepada kebaikan itu perlu disertai sabar. Ini teknik komunikasi, networking..ohohoho. Dan, kalau mahu katakan mahu, jangan buat ku tertunggu-tunggu..hehe.. Last, berfikir yang rumit pada tempatnya, kerana pada keadaan-keadaan lain, hanya perlu fikir mudah sahaja. =)


#kepada awak, saya minta maaf... 

1 comment: