Assalamualaikum wbt
Hati tertanya-tanya. Belum pun satu soalan berjaya dijawab, diasak lagi dengan soalan-soalan seterusnya. Terasa lemas, sukar sekali bernafas dalam arus soalan yang bertubi-tubi. Lantas, soalan yang seibarat aliran arus jeram itu menolak-nolak saya, hanyut bersama arus.
Ini badai. Hati mencuba jawab satu soalan. Badai cinta. Jawapan itu disokong. Badai itu apa? Ribut!! Ya, ribut sekali. Bermula dari suatu petang yang damai, tiada petanda apa-apa, angin itu mula bertiup. Berskala aman, sepoi-sepoi bahasa. Saya senyum sahaja dengan sapaan angin pertama. Tapi.....
Angin itu tidak menunggu lama untuk serangan badainya. Ribut serta-merta hanya beberapa minit sesudah sapaan angin pertama. Nyaman yang dinikmati barang seketika bertukar resah, gundah, lemas, lemah!!Sedari tujahan angin itu, tiada lagi sunyi! Terpaan dari pelbagai arah! Selama berjam-jam, berlarutan berhari-hari..hingga kini mencecah minggu! Oh...badai cinta?
Aduss...saya tidak seteguh karang. Walaupun saya cuba tampil seperti teguhnya karang. Badai itu melanda hati, dan hati itu tersimpan didalam. Yang tersimpan itu, tidak terlihat di alam nyata. Yang tidak terlihat itu tidak diambil kira oleh mereka. Bila tidak diambil kira......
Eh..bukankah bersoal tentang cinta..? Bukankah cinta itu manis? Biarpun badai, ia cinta, bukan? Lalu....? Nah..soalan-soalan..siapa mahu menjawab? Hati ini, sebelah yang menyoal, maka yang sebelah lagi dituntut menjawab..bilamana hati sama hati tidak mahu mengalah, otak dikerah turut serta...semua berakar dari badai cinta...tahu apa otak kata? "Dah..buat kerja lain..sikit je hal tu eh..jgn duk pikir!!!"
dirapek oleh saya...di suatu petang yang tenang tidak hujan...=)
No comments:
Post a Comment