Kepala sesak...dada sebak...segala macam perkara dipandang negatif. Sensitif.
Begitulah bila saya rindu. Oh, jangan berterusan dibiar begitu. Nanti saya bertukar rupa..Nanti jadi seperti si comel perang yang takut melihat saya...aaaa... Antidot! Diperlukan dengan kadar segera. Bilamana peluang terbuka didepan mata, saya atur langkah ke kaunter......tiket.
"Kak, tiket ke Terengganu, 1. Jumaat ni..ada?" Itu langkah pertama ke arah mendapat antidot... Itu dialog di kaunter tiket Transnasional Sri Putri Rabu minggu lepas.Dan akak yang cantik beri saya berita gembira sambil senyum manis..tapi takkan lebih manis daripada senyum saya yang teruja melihat tiket 10 malam bertarikh 29 Julai itu.
Dan bila Jumaat yang tersebut itu muncul, saya jadi aktif. Oh, itu pacuan rindu....siang itu saya cuti daripada kerja di fakulti, lalu saya isi ruang masa di Chamek. Sengaja di uar-uarkan kepada sekelian yang ada bahawa saya akan pulang ke kampung malam ini...sampai kepada ayahanda juga...oh, agresif!
Dan, detik yang dinanti-nanti itu tiba jua. 10 malam!! Saya tiba 10 minit lewat. Selamba. Bas, jarang yang tepat waktunya. Lainlah kalau naik dari Terminal Larkin..10.30! Oh, teruja! Teruja! Teruja....? Jarum jam mengengsot...bas belum kunjung tiba. 'Engsotan' jarum jam tampak mengerikan bila bayang bas tak kelihatan. Silih berganti bas yang singgah di bawah jambatan itu, tiada satu pun yang destinasinya Terengganu...aaaa....parah....tertinggal baskah? Lalu akak cantik yang berdiri di sebelah, saya cuit bahunya.
"Ermm..nak g mane?"
"Terengganu"
"Oh, lama dah ye tunggu?"
"Dari sebelum pukul 10 td jugak la.."
Baik, saya ada teman. Dicuit lagi akak-akak yang berkeliaran. Ya, destinasi kami sama! Huh, harapan. Bertahan, bertahan...dan jarum jam setia mengengsot. 12.00! Oh...terdera~ Hati ini rindu, kini bercampur gundah. Telefon di capai, suara mereka di Chamek mahu saya dengar, buat pengeras. Nombor Akies saya dail, berbual seketika...dan saya minta Akies serah telefon untuk si comel perang...aaaa...mengadu, mengadu... Mereka risaukan saya, 2 jam menunggu bas! Tapi saya yakinkan mereka, bas itu pasti muncul..dengan dalam hati saya berdoa agar kata-kata saya itu agar makbul...
...dan, makbul! Alhamdulillah. 12.30....huh..cabaran. Akak-akak yang cantik, abang-abang juga, semua warga yang setia menunggu tadi kini berwajah lega. Semestinya saya juga. Rupanya hampir separuh bas yang menunggu bersama-sama saya tadi. Oh! Perihal bas yang lewat 2 jam, saya abaikan. Maafkan sahaja kerana akhirnya dia datang juga, kan...oh, rindu...saya jadi pemaaf~ Dan bas itu meluncur lalu...laju atau perlahan, saya berserah. Tidak perlu terburu-buru. Oh, rindu!
Mereka di Chamek saya hubungi lagi, untuk kongsi yang kata-kata saya sudah makbul. Baik, masa untuk tidur..zzzz...dan siapa tahu, episod menunggu ini akan berulang lagi esok? huhuhu..kejamnya angah saya...
p/s:awak, terima kasih hantarkan saya dan temankan saya selama 2 jam setengah kt bwh jambatan batu tu...=)
No comments:
Post a Comment