Monday, 8 August 2011

Lapang Sebelum Sempit

Haiih...

Oops...'ter'mengeluh pula..Assalamualaikum wbt.

Tahu lagu ni? Ingat? Jom nyanyi sama-sama~

"Ingat 5 perkara, 
sebelum 5 perkara..
sihat sebelum sakit,
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit...
hidup....sebelum mati..."

Alhamdulillah, saya sihat. Baru sembuh dari selsema dan sakit mata sebenarnya.
Alhamdulillah, saya muda. Tapi umur meningkat setiap saat.
Alhamdulillah, saya kaya. Errr....dalam erti kata tidak merempat demi sesuap nasi.
Alhamdulillah, saya lapang. Percaya masih ada mereka yang lebih sibuk daripada saya.
Alhamdulillah, saya hidup. Masih diberi peluang mengumpul amal, walaupun terkadang masih terkumpul dosa...

Tapi, lapang sebelum sempit? Oh, demi entri ini! Saya lapangkan sedikit masa yang menyempit. Baru bercuti, kemudian bercuti lagi. Aaaa...kenapa bercuti? Hujung minggu lalu saya ke Pontian (lagi), meraikan Jumaat pertama di bulan Ramadhan bersama kesayangan di sana, disertai Ab.Yem dari Terengganu..dan Along dari Kuala Lumpur. =)..tiada sumber internet di sana, tapi ada pelbagai cerita saya, Ayah Su, Ab.Yem, Along dan hidup..Oh, cerita bahagia.

Kembali semula ke teratak singgah (yang memungkinkan saya berinternet) petang Ahad itu. Oh, kisah berbuka puasa kali pertama di Masjid Sultan Ismail, UTM! Kisah menjamu kawan-kawan dengan durian Pontian. Dan Sara yang beroleh tempoyak yang sekian lama diidamnya (haha)...

Rutin diteruskan, kerja di fakulti, kerja di Chamek. Suasana di Chamek beda kini. Ermm...jiwa merindui keriuhan waktu awal-awal dulu namun harus akur pada aturan. Ada kisahnya, jangan minta sekarang. Sesungguhnya saya sedang sempit (sedikit)...ada lambakan kerja yang datang tiba-tiba daripada puan supervisor..heee...

Oh, ya! Saya ada kerja! Lapang ini sebentar sahaja! Jumpa lagi! Assalamualaikum!


p/s: Mengesan sahabat2 maya yang pertama kali meninggalkan jejak...Terima kasih atas kunjungan kalian. (^_^)

2 comments:

  1. Hahaha...

    Weh, sedih buka pose semalam.. Dapat nasi dengan daging blackpepper je.. sayur habis..(T___T).. Kicap pun tak beli baru.. mujur ada tempoyak.. laju jugaklah makan..hahahaha

    Note: Sila buang word verification ni.. malaihnya lah nak tengok mende apa nak verify tu..huhuhu

    ReplyDelete
  2. ayooooo..tempoyaaakkk!
    kiyuu..
    rindu tempoyakk kamuu
    >____<<

    ReplyDelete