Tuesday, 2 August 2011

Kali Pertama: Tukar Tayar Kereta Pancit

Sejak diri ada lesen kereta, terasa mahu tahu-menahu tentang kereta,terus-terusan.....biarpun berdikit-dikit..=)

Kesan dari artikel dari surat khabar lama yang buat lapik makan suatu masa itu, saya tanam niat dalam hati utk jadi pemandu perempuan yang tahu fasal apa yang dipandu saya. Artikel itu, kisahnya mengitari bengkel asas pengenalan dan penjagaan kereta khas untuk pemandu-pemandu cantik manis..heee. Menarik dan berguna! Ada praktikal tukar tayar pancit lagi...

Tukar tayar pancit...??? Hee....ini kisah kali pertama. Utk saya dan si abang ipar. Episod 30 Julai 2011: Arkkk!! Tayar pancit!

Separuh perjalanan pulang ke rumah, saya tidur-tidur ayam di tempat duduk belakang Gen2 itu. Dalam kapasiti deria yang turut serta tidur ayam, saya kesan bau hangit seperti getah terbakar, tapi saya adun jadi mimpi masak kek ke langit.... Namun, sedang saya asyik menikmati kek yang hangit didalam mimpi saya, kereta diberhentikan. Aiyoo...mata otomatik terbukak...aaaaaa...

Abang ipar dah keluar dari kereta, angah terjenguk-jenguk ke belakang dari seat sebelah driver. Saya? Mamai...."Bakpe keh?"

Tayar pancit...rim rapat ke tar..aaaa...aaa??!! Oh, yes! Peluang! Mamai bertukar menjadi teruja. Saya bingkas bangun membetulkan duduk, lalu keluar dari kereta. Tayar pancit kini didepan mata. Ayuh!! Hahahaha~

Saya bantu Ab.Ngah punggah barang-barang yang mereka shopping tadi ke kaki lima. Ab.Ngah keluarkan tayar simpanan dari but belakang itu, juga 'perkakas'. Hehehe...macam mana seterusnya? Sebijik-sebijik seperti di sini!....erkkk...bezanya, kami dahulukan langkah 2, baru 1...dan part yang amik gambar dengan kereta tu, kami buat sepanjang masa! haha..aaa...cuma gambar tu pada Angah..alaa..lupa amik..huhu..

Terima kasih Ab.Ngah sebab bagi ruang utk saya mencemarkan tangan sendiri walaupun mulanya macam teragak-agak je nak bagi saya 'bermain'..hee. Haa..sekarang Ab.Ngah kena percaya yang tangan saya kuat (haha)..sebab saya boleh longgarkan nat tayar tuh, saya boleh pusing besi untuk naikkan jack tuh..kan2..heee...dan saya boleh angkat 2 beg beras sekali angkut...erkk..haha 

Kesimpulan: Saya belajar tukar tayar kereta hari itu! Oh, yes!!! Gumbira~ Gumbira~ (^_^)v



p/s:masuk kereta, sambung tidur...zzzz..kuikuikui


No comments:

Post a Comment