Saturday, 20 August 2011

Terpisat-pisat



Terpisat-pisat. Kepala terasa memberat. Sengal di bahu kiri dan kanan melambatkan sedikit gerakanku untuk mengangkat kepala dari meja ini. "Oh, aku tertidur..,"getus hati kecil ini. Kepala berpusing ke kiri dan kanan, mengitari ruang kerjaku. Warna jingga terang dari kulit tesis-tesis yang bertingkat itu menusuk pandangan. Pijar. Di ruang "Siap!!" ada lima belas tesis bertingkat. Di ruang "Cepat Buat!!" masih ada tujuh belas tesis. Tujuh belas??? Huh.....


Aku masih menekur di meja. Kepala sudah ku angkat tinggi, tidak di meja lagi. Leher sudah ku regang-regang, begitu juga bahu dan pinggang. Seluruh tubuh dikerah berkerja demi menyiapkan tugasan sebelum raya ini. Entah kenapa tugasan kali ini lambat pula aku siapkan. Terasa merangkak bila membaca, terasa bertatih bila menaip semula ayat-ayat yang dibaca. "Macam mana awak semua buat ya..sama je tiga-tiga. Kalau saya buat ni, sekejap aje dah siap," Terngiang-ngiang suara Dr. H di kepala yang sudah beransur ringan ini. 'Dr tengok je, Dr dah tahu isi kandungan tesis tu. Yelah, semua projek Dr..saya ni, kena baca satu tesis, baru tau ape cerita. Baru tahu apa yang penting untuk saya ambil buat isi rumusan'...dan kata-kata itu kekal di dalam hati, tak mungkin terluah. Jangan nak merungut, sayang...itu kata-kata didalam hati juga. Demi memujuk diri yang terasa makin melemah longlai ini.


"Buat kerja la Yaya,"suara omelan roomate, bila melihat aku seperti termenung di meja kerja. 'Aku buatla..nak rehatkan otak je jap'..dalam hati lagi.
"Nak saya pacakkan bendera ke untuk awak, biar awak bersemangat buat kerja?:-)" sms di telefon bimbit I.
"Adik, bila balik kampung?"sms di telefon bimbit II.
"Off-kan henfon ko, dua-dua! Macam mana nak siap kerja kalau kiri kanan tangan taip sms??" Aaaa...roomate mengamuk...errr... Roomate? Ermmm..itu suara dia dua tiga hari lalu. Dia sekarang sudah di kampung halaman, bercuti sampai naik raya nanti. Dia yang terakhir meninggalkan aku disini. Rakan-rakan yang lain sudah lama berenak-enak di kampung halaman sejak minggu lepas lagi. Waa..seronoknya.


Aku masih mematung di meja kerja. Dunia sekeliling terasa sunyi, sepi sekali. Hening sungguh pagi ini. Pagi lagikah? Mata mencari jam di skrin laptop..09.05..pagi lagi. Aku mengeliat buat sekian kalinya. Tiba-tiba, aksi itu termati serta-merta dengan kedua-dua tangan masih tinggi keatas. Semasa melihat jam di skrin tadi, ada angka yang membuatkan aku tersentak. Bagai terkena renjatan elektrik! Aku kalih mata ke skrin semula. Cursor dibawa ke tepi kiri skrin, kalendar itu terzahir. Dan....1 September???? Hahhh? Apaa???


Hari ini 1 September? Aku masih disini?? Bergelumang dengan tesis-tesis jingga terang yang banyak bertingkat-tingkat ini?? Sunyi sepi suasana keliling adalah kerana semua warga disini sekarang sudah di kampung halaman, bercuti, beraya, bersama keluarga??? Aku..?? Akuuu??? Adrenalin laju! Aku bangun dari kerusi. menuju pintu, mencari kelibat insan lain yang mungkin ada di sini.


Ah, hampa. Tiada sesiapa. Di koridor ini, hanya bilik ini sahaja yang ada manusia. Ada aku! Mata yang terpisat-pisat tadi terasa panas kini. Cengeng itu penyakitku diluar sedar. Basah, mata itu basah. Aku kembali ke dalam bilik. Hilang tingkah. Mata mencari telefon, namun kedua-duanya tidak kutemui. Langkah semakin longlai, diri semakin goyah. Dari mata yang basah, kini hidung juga mula berair. Esak kecil bermula. Apa ini semua?? Apa ini semua??? Katakan ini mimpi!!! Katakan ini mimpi!!


"Oii...bangunlah!" Err....roomate? Itu suara roomate!
"Memang ko mimpi pun la. Bangun sahur." Err...terpisat-pisat.



-----------------------------------------------------------------------------------------------
Diolah dari kisah sebenar...dengan sangat banyak perisa tambahan. haha..=)
p/s: Saya mahu balik beraya esok..please...please..(diri sendiri merayu kepada diri sendiri!!)

2 comments:

  1. roomate?wani eyh?
    hahahahaa
    kiyu2..suke berckp dgn diri sendiri
    hehehe...
    ha..buat keje molek2..
    nnti nak balik raye
    weeee

    ReplyDelete
  2. haha...roomate realiti, wani..roomate dlm cite ni, aku dh tmbh serbuk kari..hee..roomate maya~

    ReplyDelete