Wednesday 5 December 2012

17 Disember (Bah. 1)

* nah...istimewa musim ini (^_^). ini coba-cobaan...fuuh~


*************
BAHAGIAN 1



Kalendar diletakkan semula ke meja. Keluhan kecil terluah. Pandangan kosong ditala kearah kehijauan alam dari tingkap biliknya. Hari ini 8 Disember. Ada lagi seminggu sebelum 17 Disember. 

Teet. Bunyi SMS dari telefon bimbit mematikan lamunan Aishah. Seulas senyum paksa terluah. Perlahan-lahan SMS dibuka dan dibaca.

“Hai awak! Awak dah siap? Saya on the way! ;)” Lutfi bernada riang.
“Dah. ;)” ringkas jawapan Aishah.
Tudungnya dibetulkan. Apabila merasa diri yakin untuk melangkah, Aishah menutup pintu bilik di belakangnya. Lafaz basmallah meniti rendah dibibirnya sebelum kaki kanan mula bergerak menuju lif, mahu menunggu Lutfi tiba di tingkat bawah asramanya.


“Apa akan jadi pada kita selepas tarikh 17 Disember nanti?”
Hanya mereka berdua didalam kereta itu, Lutfi di tempat pemandu sedang dirinya di tempat duduk belakang, bertentangan. Lutfi berwajah tenang dan bersahaja. Memandu pun dengan kelajuan santai. Aishah masih tidak membuka bicara. Terasa lidahnya kelu untuk bersuara apabila melihat ketenangan Lutfi. Dia sekejap-sekejap memandang sisi  wajah Lutfi yang sedang memandu. Tiada tanda-tanda yang Lutfi mahu bercakap dengannya juga. Aishah resah namun akhirnya akur dan memilih untuk terus senyap, melayan perasaannya sendiri.

1 Disember
“Apa akan terjadi kepada kita selepas tarikh 17 Disember nanti?” Lutfi menyoal sambil menyua aiskrim ke mulut.
“Hmm..entahlah. Mungkin kembali seperti mula-mula kita berkenalan dulu. Mungkin dan harap-harap begitulah. Kenapa tanya?” Aishah juga menyua aiskrimnya ke mulut.
“Awak dulu, tak suka saya, kan?” Segaris senyum nakal menghias bibirnya.
“Ish..mana ada tak suka. Kurang selesa tu mungkinlah,” Aishah tersipu-sipu.
“Sekarang? Suka? Selesa?” Lutfi masih nakal dalam nadanya.
“Eh, awak ni. Dah tahu pun masih mahu tanyakah?” Geram. Lutfi tertawa kecil dan tawa itu terdengar harmoni di telinga Aishah.
“Ya..ya, saya tahu. Sekarang awak sangat-sangat suka, sangat-sangat selesa,” sambung Lutfi dengan tawa yang lebih galak daripada tadi. Aishah turut tersenyum sendiri mendengar gaya ketawa Lutfi yang sememangnya menghiburkan hatinya itu. 

Aishah bukan seorang yang mudah berkawan, apatah lagi berkawan rapat. Namun dengan Lutfi, tidak sampai sebulan perkenalan mereka, Aishah sudah berasa senang dan tenang disisinya. Mereka berjumpa kali pertama lewat Oktober lalu. Gara-gara tertinggal bas untuk pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur, Aishah terpaksa mempersetujui cadangan kawan sekelasnya, Aznie, untuk bersama-sama menumpang kereta jirannya. Jiran Aznie itulah seorang jejaka peramah bernama Lutfi! Dari saat itulah segalanya bermula. Sikap ramah Lutfi pada mulanya menimbulkan rasa rimas dan meluat dalam hati Aishah. Mungkin juga kerana Lutfi dirasakan terlebih ramah dengan dirinya. Namun lama-kelamaan, Aishah semakin senang dengan keramahan itu. 

Ditambah pula Lutfi seorang yang berfikiran jauh lebih matang daripada rakan-rakan sebayanya. Penglibatan dirinya dalam bisnes sebagai bukti dia bukan jenis yang membuang masa muda dengan bersuka-suka semata. Malah, yang lebih menambat hati Aishah ialah risikan melalui rakan-rakannya yang memberitahu bahawa Lutfi seorang yang menjaga solatnya, sering berjemaah di surau-surau mahupun masjid dan seorang yang berakhlak baik. Memang ramai orang yang menyenanginya dari kalangan kawan-kawan juga staf-staf kampus.

Pada awalnya, Aishah sekadar memendam perasaan. Namun, dia bukan jenis yang pandai menyimpan rasa. Semua disekelilingnya mampu menelah rasa sukanya pada Lutfi, termasuklah Lutfi sendiri. 17 November, Aishah mengakui rasa itu dihadapan Lutfi dan pada tarikh itulah sebulan ini bermula.

...bersambung....

1 comment:

  1. Hehehe...aishah dok tempat duduk belakang? Setylelah.. ^____^

    ReplyDelete