Assalamualaikum wbt..
Hahahaha.....gelak dulu. Kisah ini tragik, tapi lucu juga. Si Bujang, si BJG itu, pancit, itu dugaan juga pengalaman. Patah kaki bila si bujang seorang (?) itu tidak sihat segar. Nasib baik pancitnya sesudah Hazrin dan Wani saya angkut siap-siap untuk urusan mereka. Alhamdulillah. Jadi, usaha menyelamat?
Awalnya, tayar itu saya kira kempis, kurang angin. Diusahakan meminjam pam dari sahabat-sahabat. Sampaikan abang-abang (atau pak cik2) di Library FKE saya terjah demi mencari pam. Hasilnya, Farid yang demam itu bawakan saya pam. Dah Shah dan Lah masing-masing jawab tiada pamnya....huuuu
Petang, selepas waktu pejabat. Saya, Hazrin, Sara dan Siti sama-sama menjenguk si bujang yang semakin tenat. Dicuba pam, tayarnya naik sedikit. Harap sempat sampai ke bengkel Taman U, harapannya lah... Namun, dari P06 IVAT, ke simpang WCC....200meter. Pancit habis. Hahahahaha....baik. Ceritanya disana...=)...thanks Sara: bila-tayar-pancit.
Terima kasih Siti, Hazrin, Sara....you are wondergilrs! hehe..apa yang penting, kerjasama!!!
Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts
Wednesday, 12 October 2011
Saya, Sahabat Saya dan Lelaki itu.....
Kalau hanya melibatkan saya dan sahabat saya, mungkin kurang terluka. Kalau hanya melibatkan saya dan lelaki itu, mungkin kurang parah. Namun takdir membawa saya bertemu dengan lelaki itu, takdir juga menjalin hati saya dan sahabat. Ada hikmah, kalau tidak, tak mungkin kami dipertemukan. Cuma sebelum hikmah terbuka hijab, kami harus gagah berdepan dengan pahit dan getir yang melanda kini.
Berpunca daripada seorang lelaki itu, saya, tertipu perasaan. Sahabat saya, tertipu wang!! Aduh...luka dan parah. Malu dan resah. Saya di tengah-tengah, yang memulakan urusan sahabat dengan lelaki itu. Bermula daripada sembang-sembang saya bersama sahabat yang mahu beli kereta terpakai, disambung dengan bicara saya dengan lelaki itu, sekadar berbasa-basi tentang hasrat si sahabat...lalu si lelaki menawarkan khidmat. Saya jambatan urusan, tapi cuma setengah jalan. Bilamana nombor telefon sahabat sudah pada si lelaki, urursan mereka tidak lagi melalui saya....
Cemburu? Bukan itu isunya...cuma saya tidak tahu. Lelaki itu penipu. Sahabat saya tertipu. Saya lebih dulu tertipu. "Awak, walaupun kita macam ni sekarang, saya harap urusan kereta antara awak dengan sahabat saya berjalan lancar," kata saya, bila tahu antara kami tidak mungkin bersatu, waalupun waktu itu usia perkenalan belum sampai dua bulan. "Ya, saya tahu tu. Saya profesional bila kerja. Saya tak campur urusan peribadi," Profesional tipu. Kasihan sahabat saya.
Salah siapa? Jangan cari salah siapa. Menuding jari sesama sendiri bukan penyelesaian. Wang sahabat bukan sedikit yang ditipu lelaki itu. Biar jari dituding, wang itu tidak senang-senang kembali. Ya Allah...bukan saya mengalaminya, sahabat saya. Tetapi tempiasnya saya rasa! Tempiaskah? Rasa bagai dijirus-jirus ni..bertimpa-timpa. Cuma, bidalan berkata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....sahabat saya.....Ya Allah, luaskan hati dan mindanya. Kasihan dia. Tertekan dia. Saya terasa tiada daya membantunya. Pendapatan belum juta-juta. Sekadar temankan sahabat ke balai polis, temankan sahabat melampias tangis...sekadar itu....bermakna apakah kalau dibanding kerugian sahabat? Ya Allah...bantu kami..
Saya buntu. Sungguh.
p/s: saya,lelaki YANG itu,sahabat....kisah cinta segi tiga bukan untuk dicerita disini....=)
Monday, 10 October 2011
Maaf, aku terlupa...
Bumi UTM dilimpahi hujan lagi pagi ini. Lebat. Dalam hati, aku risaukan Hondaku yang kini tidak lagi berdiam di bawah bumbung. 'Basah kuyup lagi Hondaku dimandikan hujan,' hati menggumam.
Yong sedang bersiap, aku juga bersiap. Sebaik sahaja hujan reda, Yong minta aku hantarkan dia ke kedai buku UTM, kini di Cengal. Mahu mencari buku Engineering Ethics katanya.
Sebagai pengamal petua warna seperti dianjurkan Dr Fadzliah Kamsah, aku sarung baju T labuh warna ungu kerana hari ini hari Selasa. Laman sosial Facebook aku jenguk seketika tatkala aku rasakan sudah siap berdandan ala kadar seperti selalunya. Sekadar mengisi masa sementara menunggu jurnal-jurnal untukku telaah nanti itu siap dicetak dari printerku.
Hujan reda jua. Aku jeling jam pada telefon bimbit, 9.30 pagi. "Jom." Cukup sekadar itu, Yong mudah mengerti. Aku atur langkah ke parkir. BJG kudatangi dengan kain kering dari bilik. 'Sian kamu ye...basah lagi..olololo,' sempat bermanja-manja dengan BJG sebelum Yong sampai disebelah, mengelek 'helmet' biru.
Kleleleleng...mesej masuk di telefon bimbit. "Ko kt mane?" awek aku.
"kt k9.." balas acuh tak acuh.
"Oo..bleh anta aq tak nti?" Erkk....alamak...macam mana boleh lupa ni....
"Erkk..kul bape eh? Aku nk g jalan-jalan ng Hazrin dulu ni"..macam ni boleh?
"Dalam 5 ke 10 min lagi"...ah, sudah....
Yong di sebelah aku pandang dengan tenang. "Kita g KTC, nk g ATM jap, pastu bru g Cengal. Aku rasa kedai U pindah kat situ aritu..." usul Yong sejak dari bilik tadi lagi. Baik..baik...heee
BJG ditunggangi. Banyak destinasi, diiringi dengan banyak mesej di telefon juga. Kemuncak, dia called.
"Ko kat mane, aku dah lambat ni..bla bla bla.." haha..
"Hazrin, aku tinggal ko dekat Meranti sana, aku g amik Wani jap eh.." ..dan Yong kena tinggal di tepi jalan itu...
Aku sampai bila kakinya sudah diatur songsang. "Nak g mane ni?" wajah comel di depan mataku merah. Tiada senyum. Adess..."Nak balik bilik lah. Aku dah lambat ni. Dah la tak tau kelas kat mane..bla bla bla.." tadah telinga. "Tak nak gi tengok?" pujuk. Suara si comel bukan nada biasa dah tu. Mata berkaca-kaca. Kali pertama ni. Aih..."Yelah..jom la g tengok jap," terpujuk dalm terpaksa, sambil fail disorong masuk dalam raga BJG. Ok...
Aku bawa dia betul-betul depan N28, sampai ke atas bukit sana walaupun disitu kawasan larangan kenderaan pelajar. "Aku tunggu," ucapku apabila dia capai fail dan mahu bergerak, setelah kuingatkan supaya buka helmet. Heee...aku sekadar menghantar dia ke lif dengan sorotan mata, dengan senyum sumbing di bibir.. 'Ada ke bukunye si Hazrin ni..'gumam hati, bila teringatkan dia yang kutinggalkan di tepi jalan tadi..huu
Seketika selepas itu, dia menghampiriku. Waktu itu aku sedang mengayat dengan seorang kawan lama. Cik Farah Fathiah~ "Takpe lah ye, nanti kita jumpa lagi. Saya ada kelas sebenarnya ni," Fathiah minta diri dengan sopan. Baik, tumpuan kearahnya. Dia senyum. Ok....? Hape kes?
"Q, kelas pukul 11..bukan pukul 10.." sengal..eeii..haha..
"Haha..ok, pastu ko nk balik ke stay sini?"
"Aku stay sini je la.."..Selesai. Disangka lewat, terawal sejam...erkk..50 minit la...
Haha....kesian dah tadi, terasa bersalah dah tadi..kini aku tarik nafas lega. Dia tidak terlewat ke kelasnya!
Yong Azrin? Aku dail nombor Yong. Berkali-kali tapi tiada jawapan. Mesej masuk, daripada kesayangan yang lagi seorang, ajak makan tengahari. Aku minta sedikit masa, lalu dia balas.."Orait, tapi jangan sampai terlupakan saya disini dah la.." Adess..kena lagi..semua gara-gara penyakit lupa semalam, yang hari ini belum sembuh..
p/s: macam sudah tiba masa untuk saya tukar Honda bertayar dua tu jadi bertayar empat agaknya kan...heee
Thursday, 6 October 2011
Masalah dan Komunikasi
Senyap. Hampir sebulan. Kalaupun berbicara, sekadar sepatah dua kata. Tiada gurau senda seperti sebelumnya. Tiada usik manja seperti kebiasaanya. Hati syak, ini yang saya tidak mahu. Mujur penyakit bulan ini bukan jenis yang membuat saya emosi. hehe...Rasional dikumpul, lalu saya mulakan bicara. Alhamdulillah, ada kerjasama. Tak sampai 10 keping sms pun, masalah selesai! Ini yang saya mahu.
![]() |
| google..hehe |
Bila ada sesuatu menganggu antara dua pihak, diam bukan penyelesaian. Diam hanya memberi ruang kulat-kulat pra-sangka bercambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hati..kalau lapang, baguslah. Tidaklah tertutup terus dengan kulat-kulat pra-sangka yang buruk lagi busuk. Ada ruang untuk rasional menyelit. Cuba hati tidak lapang, hati sempit. Mulalah masalah yang kecil tersuntik agen penggemuk! Ah, sudah.....
Jadi, nasihat untuk diri sendiri, selebihnya untuk dikongsi di sini, berkomunikasilah tentang masalah anda! Selesaikan dengan hemah dan hikmah. Bagaimana hemah? Jaga tutur kata, jaga nada. Perkataan biar yang baik-baik. Yang kulat-kulat tadi, sembunyikan. Bagaimana hikmah? Beri ruang dia meluah rasa. Dengar dan setia. Empati, letak diri sendiri di tempatnya. Bersepakat dalam penyelesaian dan lapangkan hati, redha. Ayuh, jalani hari-hari mendatang dengan indah!~
p/s: Kau sahabat selamanya...sebagai manusia aku sayang padamu...=)
Sunday, 18 September 2011
Terima kasih kalian...
Hari-hari yang berlalu itu,
Terlayar di tabir minda pagi ini,
Membawa rasa terharu,
Membawa rasa rindu...dan sendu,
Betapa aku pernah jatuh dahulu,
Di saat akhir perjalanan,
Terkulai layu dek lemahnya jiwa,
Terbeban dengan pelbagai rasa,
Yang tak sanggup ku luah pada mereka yang ku panggil keluarga,
Namun aku ada mereka,
Yang sudi memapah dan memimpin tangan,
Membantu aku berdiri di atas kaki sendiri,
Meyakinkan aku bahawa kakiku teguh,
Tatkala aku hilang rasa,
Mereka adun untukku ramuan mujarab,
Ubat hati yang kecewa,
Betapa mereka ada usaha untukku,
Masakan aku tiada daya untuk diri sendiri?
Lalu, dalam hormat dan malu,
Aku berdiri kembali,
Bertatih dipimpin mereka yang tabah,
Berpaut kemas pada tangan yang dihulur,
Bersandar pada bahu yang kukuh,
Walau dengan langkah pincang tempang,
Aku melangkah perlahan,
Menuju hari ini..
Dan hari ini..
Susah dan payah pada hari-hari yang berlalu itu,
Hampir berbalas tidak berapa lama lagi,
Hadiah untuk aku yang berani berdiri kembali,
Sungguh hadiah ini cukup bererti,
Hadiah yang ingin ku kongsi bersama mereka,
Kerana mungkin tanpa tangan dan bahu mereka,
Aku belum tiba disini hari ini..
Ya Allah,
Demi mereka yang sayangi aku,
Kau kurniakanlah mereka kesejahteraan dunia akhirat,
Atas jasa dan budi baik mereka,
Keprihatinan dan kasih sayang,
Kesabaran dan ketabahan,
Yang mereka pinjamkan kepadaku,
Yang membolehkan aku melalui hari-hari yang berlalu itu,
Kau ilhamkan kepada mereka,
Bagaimana menebas semak berduri yang menghalang laluanku,
Bagaimana mengharung jeram yang deras berbatu-batu,
Bagaimana menjinakkan liarnya hasutan-hasutan dalam minda,
Lalu kepada-Mu jua,
Ku panjatkan syukur..ya Allah..
Hari-hari yang berlalu itu,
Hari yang sukar namun akan berbalas indah,
Terima kasih buat kalian...=)
Dedikasi buat: Wani, Siti, Ana, Aimie, Naza, Tajuddin, Aizat dan sahabat SEP sekalian. Saya akan grad bersama-sama kalian! Huuu~
Subscribe to:
Posts (Atom)

