Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts

Monday, 9 April 2012

Gigi anda sihat?

Assalamualaikum wbt...=)

Buat anda yang membaca, sihatkah hari ini? Gigi juga, sihatkah? Haa...kalau terasa sakit, apa puncanya?
Saya sekadar mahu kongsi pengalaman jumpa doktor gigi kali ini. Bukan dari pendapat pakar pun, hanya sebagai si pesakit yang menerima rawatan.hehehe...

Dah sudah ambil kad rawatan, tunggu giliran, sampai giliran, saya akhirnya melangkah masuk ke bilik rawatan. Saya tersenyum menyapa puan doktor yang mulutnya ditutup mask, namun matanya membalas senyum saya. Kad rawatan bertukar tangan, saya mengambil tempat di kerusi rawatan. Tenang dan gembira.

"Scaling," ringkas dari puan pembantu doktor. Tangkas tangannya mencapai tiub air untuk saya pegang kedalam mulut dan tisu untuk dikepil pada tudung, dibawah dagu. Arahan-arahan lain keluar satu-satu, lancar dan monoton. Puan doktor bercakap-cakap santai dengan saya, sekadar memastikan pernah atau tidak saya membuat rawatan scaling sebelum ini. Pernah doc, selalu juga..hehee

"Bismillah hirrahman nirrahim.." puan doktor berbisik sebelum mula memasukkan 'alat-alatnya' kedalam mulut saya....yang masih tenang gembira itu.

"Srettttt...." Bunyi yang ngilu. Sebahagian diri menahan ngilu, sebahagian lagi menahan gelak!
"Dik, bukak mulut luas-luas dik. Susah doc nak buat nanti. Tiub air tu adik pegang dalam-dalam. Tangan ni jangan angkat." puan pembantu bersuara, oktaf tinggi sedikit. Tangannya yang memakai sarung elastik itu kejap-kejap membetulkan tangan saya. Geli. Saya gelak..erk..tertelan sedikit. Cess..

"Sreettt..sreetttt..." puan doktor tenang sahaja. Saya? Kejang! haha...entah berapa kali sudah saya scaling, tetap begini juga. Jari-jari terkepal, kaki meregang, bahu keras kejung, semua anggota pun tegang! Dan....jiwa terasa mahu gelak. Tertahan-tahan untuk gelak. Mulut yang sepatutnya dinganga luas, semakin mengecil bukaannya.

"Tenang je sayang...awak baring relaks je k..macam tengah tengok TV kat rumah..cuma nganga mulut luas-luas ye..." lembut memujuk suara puan doktor. Sehingga saya seperti tidak terdengar puan pembantu membebel apa. hee... dan saya relaks...kendurkan badan.

"Sreeetttt...." Tenang.
"Sreeetttt...." Terasa masih tenang.
"Sreeetttt...." puan doktor berhenti sekejap.

"Sayang...betul ke pernah buat ni sebelum ni nih..." Erk...oh, a'ah. Badan kembali kejang dan keras rupanya.haha...Terluah bunyi gelak, tertelan sedikit air yang bercampur macam-macam itu. Huuu...nasib la puan doktor dah pesan tadi, kalau tertelan sikit-sikit tu takpe je...hee. Dan tangan puan pembantu doktor sudah siaga mengambil alih tugas memegang tiub air. Tangan saya tak boleh harap sangat, terpercik air ke muka doktor nanti..hehehe

Sesi rawatan itu hanya 10minit saya kira. Gigi saya cantik, kata puan doktor la. Cuma gigi yang belakang-belakang tu, kotor sedikit. Erm..tidak sampai semasa memberus la tu.. Jadi, berus gigi mesti guna yang sesuai. Sekarang saya sudah tukar berus gigi....SYSTEMA Fine..seronok berus gigi tu!

Beberapa pesanan puan doktor yang memanggil saya sayang itu:
1. Gosok gigi jangan kuat-kuat. Gusi dah terjatuh ke bawah. =)
2. Selalu jaga gigi bersih-bersih. =)
3. 6 bulan sekali datang periksa gigi. =)

Siap scaling, puan doktor polish pula gigi saya. Seronok gigi-gigi itu dibelai ye.. Selesai semuanya, saya bangun dari kerusi dan tersenyum simpul keluar dari bilik rawatan menuju kaunter bayaran. RM4.00 seperti biasa ye..Pusat Kesihatan UTM la katakan...hehe. Langkah terus diatur menuju Bujang, dengan senyum tertutup yang tak hilang-hilang dari bibir, menutup gigi-gigi yang masih gembira dibelai-belai..

Pesan saya buat gigi-gigi saya:

"Gigi-gigiku sayang, maafkan saya ye..
.mungkin selama ini, saya kurang beri perhatian kepada kamu. 
Pakai berus gigi asal ada, janji murah, sehingga kurang fungsinya untuk membersihkan kamu. 
Belum lagi jika saya diserang jin malas menggosok gigi sebelum tidur, 
walaupun maklum sangat kamu memerlukannya. 
Saya alpa, suka-suka makan makanan sejuk dan panas, tanpa endahkan kamu..
lalu kamu terasa terabai. 
Saya seperti tidak sedar kewujudan kamu...
Saya faham, kamu sakit kerana kamu mahu perhatian saya, kan..
ya, ya....saya ubah ye, 
saya sayang kamu...=)"



Selamat menjaga gigi-gigi kalian!! (^____^)v

Saturday, 31 December 2011

Larangan Yang Tak Diendahkan.

Babak 1

Jopek: Ish..berbulu mata aku tengok hari-hari deme duk mengulang buang sampah kat situ!!!
Joyah: Erk...deme? Kau pernah nampak ke deme buang tu weh?
Jopek: Huh..apa tak nya. Ini dah memang jalan kita setiap hari. Tempat aku cari rezeki aku kot. Tapi deme duk datang mencemarkan alam. Panas..panas.
Joyah: Oh..aku ingat aku je yang pernah nampak. Haa, kau tegurlah. Cakap jangan buang sampah kat sini. Tapi kan, deme buang sampah yang kecil-kecil je. Yang boleh dikitar semula. Bawa faedah untuk alam sekitar juga tu, kan...
Jopek: Oo..ko nampak jugak? Kecil tak kecil, kitar semula tak kitar semula, bukan disitu tempatnya. Banyak lagi tempat lain. Hmm..dah berbuih tegur. Bukan aku je, tu Joab pun ada tegur. Dah banyak kali jugak la. Ko pun, kalau nampak, tegur tau.
Joyah: Err...tapi...aku ni...pernah jugak tegur dia...tapi...
Jopek: Apa nya?
Joyah: Aku...aku ni...
Jopek: Apa...apa..?
(..dan berlarutan aku ni, apenya sampai 10 min!)
Jopek: Hoih! Apanya ko ni?
Joyah: Aku bukannya baik sangat! Mungkin ko tak pernah nampak, tapi aku pernah jugak buang sampah dekat sini dulu-dulu. Dah la sampah jenis yang tak mesra alam punya, kira lagi teruk aku daripada deme la..tak kan la aku nak tegur deme. Lagipun, salah sorang dari deme tu tau aku buang sisa-sisa kimia kt situ! Oooops...haa, kan.. Dah terbabas tu kan..huhu..Pek, aku mintak maaf kat ko..

Jopek: (terdiam seketika) Yah...salah yang lama, jangan diungkit. ko tak buat salah kat aku, tak perlu minta maaf pada aku. Lagipun deme sendiri, bukan tak pandai membaca. Larangan tu dah terang-terang terpacak kat situ. Sejak azali. Ko pun, dah tau salah, jangan buat dah lepas ni. Kalau nampak sesape buang sampah kat situ, tegur. Sama-sama cegah, ko cegah diri ko, ko tolong cegah orang lain jugak. Faham??
Joyah: Baik...

Babak 2:


Joyah: Eh..deme buang sampah kat situ la...alamak...ehem2..macam mana ni....
Deme B: (Tersenyum)
Joyah: Dari mana?
Deme B: Oh..kumpul barang-barang kitar semula tadi.
Joyah: Err..dengan Deme A...?
Deme B: (Senyum lagi) A'ah..
Joyah: Tak takut ke buang..erkk..letak..emm..kumpul barang-barang kitar semula tu kat situ? Kan ada larangan supaya jangan buang sampah kat situ.. Tak manis la, kan...
Deme B: Alaa..takde apa-apa pun. (Senyum)
Joyah:........

Babak 3:

Joyah: Lalalalala...
Deme A: Hoi! Ko sape hah, pandai-pandai nak tegur kami hah???
Joyah: Erk....ah, sudah (dalam hati)
Deme A: Ko cakap tak manis kami letak barang-barang kitar semula kami kat situ, yang ko pernah tuang sisa kimia kat situ tu, hape kes??? Ko kalau nak tegur, kenapa tak cakap pada aku je, hah? Yang pegi cakap kat dia tu nape? Hah?
Joyah: Baik. Tu la dulu, saya pernah kata tak layak tegur deme. Tapi..hmm...macam ni la, saya minta maaf kat dia. huhu..
Deme A: Ko, kalau nak cakap apa-apa, cakap kat aku. Jangan nak cakap kt dia!! Faham???!!
Joyah: Errr..huu...baik..

Babak 4:

Joyah: Huhuhuhuhu...sreettt..(selesema sebab mandi hujan)
Tiba-tiba alam maya diterangi warna-warni yang indah diiringi bunyi meriah

Joyah: Oh, tahun baru dah..hmm. Baik, pengajaran tahun lepas, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan ditebeng buat walau sekali pun!!! Azam tahun baru, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan ditebeng buat walau sekali pun!!!! Saya nak jadi budak baik! Yang mampu menghalang diri sendiri sebelum menghalang orang lain!

--Tamat--


p/s: Tuhan, bantu saya untuk saya jadi hambaMu yang lebih baik...bantu saya, Ya Allah...

Saturday, 17 December 2011

Post terhangat Zel Firdhaus Hadauan nk berakhir dah?!

  ingat lagi Zel? Post dia di fb? sana..sana...


Post tersebut dah menghampiri tarikh tamatnya. Abang Zel memang dah janji nk bagi hadiah tu..hehehe...adik-adik yang rajin tinggalkan komen ni (sampai 8k dh komen..), macam-macam ragam juga..lawak pun ada, ilmiah pun ada..mengarut-ngarut pun ada...dakwah dan peringatan yang baik-baik pun ade...sweet! dan lagi, dapat berkenal-kenalan melalui kenakal-nakalan kalian, kan...grrrr....



ya..itu dia..23:59 31-12-2011...nantikan liputan terakhir kisah ini!! ^_^
Mari kita lihat siapa yang kena!

Wednesday, 12 October 2011

Kali Pertama: Si Bujang pancit~

Assalamualaikum wbt..

Hahahaha.....gelak dulu. Kisah ini tragik, tapi lucu juga. Si Bujang, si BJG itu, pancit, itu dugaan juga pengalaman. Patah kaki bila si bujang seorang (?) itu tidak sihat segar. Nasib baik pancitnya sesudah Hazrin dan Wani saya angkut siap-siap untuk urusan mereka. Alhamdulillah. Jadi, usaha menyelamat?

Awalnya, tayar itu saya kira kempis, kurang angin. Diusahakan meminjam pam dari sahabat-sahabat. Sampaikan abang-abang (atau pak cik2) di Library FKE saya terjah demi mencari pam. Hasilnya, Farid yang demam itu bawakan saya pam. Dah Shah dan Lah masing-masing jawab tiada pamnya....huuuu

Petang, selepas waktu pejabat. Saya, Hazrin, Sara dan Siti sama-sama menjenguk si bujang yang semakin tenat. Dicuba pam, tayarnya naik sedikit. Harap sempat sampai ke bengkel Taman U, harapannya lah... Namun, dari P06 IVAT, ke simpang WCC....200meter. Pancit habis. Hahahahaha....baik. Ceritanya disana...=)...thanks Sara: bila-tayar-pancit.


Terima kasih Siti, Hazrin, Sara....you are wondergilrs! hehe..apa yang penting, kerjasama!!!

Saya, Sahabat Saya dan Lelaki itu.....



Kalau hanya melibatkan saya dan sahabat saya, mungkin kurang terluka. Kalau hanya melibatkan saya dan lelaki itu, mungkin kurang parah. Namun takdir membawa saya bertemu dengan lelaki itu, takdir juga menjalin hati saya dan sahabat. Ada hikmah, kalau tidak, tak mungkin kami dipertemukan. Cuma sebelum hikmah terbuka hijab, kami harus gagah berdepan dengan pahit dan getir yang melanda kini.
Berpunca daripada seorang lelaki itu, saya, tertipu perasaan. Sahabat saya, tertipu wang!! Aduh...luka dan parah. Malu dan resah. Saya di tengah-tengah, yang memulakan urusan sahabat dengan lelaki itu. Bermula daripada sembang-sembang saya bersama sahabat yang mahu beli kereta terpakai, disambung dengan bicara saya dengan lelaki itu, sekadar berbasa-basi tentang hasrat si sahabat...lalu si lelaki menawarkan khidmat. Saya jambatan urusan, tapi cuma setengah jalan. Bilamana nombor telefon sahabat sudah pada si lelaki, urursan mereka tidak lagi melalui saya....
Cemburu? Bukan itu isunya...cuma saya tidak tahu. Lelaki itu penipu. Sahabat saya tertipu. Saya lebih dulu tertipu. "Awak, walaupun kita macam ni sekarang, saya harap urusan kereta antara awak dengan sahabat saya berjalan lancar," kata saya, bila tahu antara kami tidak mungkin bersatu, waalupun waktu itu usia perkenalan belum sampai dua bulan. "Ya, saya tahu tu. Saya profesional bila kerja. Saya tak campur urusan peribadi," Profesional tipu. Kasihan sahabat saya. 

Salah siapa? Jangan cari salah siapa. Menuding jari sesama sendiri bukan penyelesaian. Wang sahabat bukan sedikit yang ditipu lelaki itu. Biar jari dituding, wang itu tidak senang-senang kembali. Ya Allah...bukan saya mengalaminya, sahabat saya. Tetapi tempiasnya saya rasa! Tempiaskah? Rasa bagai dijirus-jirus ni..bertimpa-timpa. Cuma, bidalan berkata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....sahabat saya.....Ya Allah, luaskan hati dan mindanya. Kasihan dia. Tertekan dia. Saya terasa tiada daya membantunya. Pendapatan belum juta-juta. Sekadar temankan sahabat ke balai polis, temankan sahabat melampias tangis...sekadar itu....bermakna apakah kalau dibanding kerugian sahabat? Ya Allah...bantu kami..

Saya buntu. Sungguh.



p/s: saya,lelaki YANG itu,sahabat....kisah cinta segi tiga bukan untuk dicerita disini....=)

Monday, 10 October 2011

Maaf, aku terlupa...


Bumi UTM dilimpahi hujan lagi pagi ini. Lebat. Dalam hati, aku risaukan Hondaku yang kini tidak lagi berdiam di bawah bumbung. 'Basah kuyup lagi Hondaku dimandikan hujan,' hati menggumam. 

Yong sedang bersiap, aku juga bersiap. Sebaik sahaja hujan reda, Yong minta aku hantarkan dia ke kedai buku UTM, kini di Cengal. Mahu mencari buku Engineering Ethics katanya. 

Sebagai pengamal petua warna seperti dianjurkan Dr Fadzliah Kamsah, aku sarung baju T labuh warna ungu kerana hari ini hari Selasa. Laman sosial Facebook aku jenguk seketika tatkala aku rasakan sudah siap berdandan ala kadar seperti selalunya. Sekadar mengisi masa sementara menunggu jurnal-jurnal untukku telaah nanti itu siap dicetak dari printerku.

Hujan reda jua. Aku jeling jam pada telefon bimbit, 9.30 pagi. "Jom." Cukup sekadar itu, Yong mudah mengerti. Aku atur langkah ke parkir. BJG kudatangi dengan kain kering dari bilik. 'Sian kamu ye...basah lagi..olololo,' sempat bermanja-manja dengan BJG sebelum Yong sampai disebelah, mengelek 'helmet' biru.

Kleleleleng...mesej masuk di telefon bimbit. "Ko kt mane?" awek aku.
"kt k9.." balas acuh tak acuh.
"Oo..bleh anta aq tak nti?" Erkk....alamak...macam mana boleh lupa ni....
"Erkk..kul bape eh? Aku nk g jalan-jalan ng Hazrin dulu ni"..macam ni boleh?
"Dalam 5 ke 10 min lagi"...ah, sudah....

Yong di sebelah aku pandang dengan tenang. "Kita g KTC, nk g ATM jap, pastu bru g Cengal. Aku rasa kedai U pindah kat situ aritu..." usul Yong sejak dari bilik tadi lagi. Baik..baik...heee

BJG ditunggangi. Banyak destinasi, diiringi dengan banyak mesej di telefon juga. Kemuncak, dia called. 
"Ko kat mane, aku dah lambat ni..bla bla bla.." haha..
"Hazrin, aku tinggal ko dekat Meranti sana, aku g amik Wani jap eh.." ..dan Yong kena tinggal di tepi jalan itu...

Aku sampai bila kakinya sudah diatur songsang. "Nak g mane ni?" wajah comel di depan mataku merah. Tiada senyum. Adess..."Nak balik bilik lah. Aku dah lambat ni. Dah la tak tau kelas kat mane..bla bla bla.." tadah telinga. "Tak nak gi tengok?" pujuk. Suara si comel bukan nada biasa dah tu. Mata berkaca-kaca. Kali pertama ni. Aih..."Yelah..jom la g tengok jap," terpujuk dalm terpaksa, sambil fail disorong masuk dalam raga BJG. Ok...

Aku bawa dia betul-betul depan N28, sampai ke atas bukit sana walaupun disitu kawasan larangan kenderaan pelajar. "Aku tunggu," ucapku apabila dia capai fail dan mahu bergerak, setelah kuingatkan supaya buka helmet. Heee...aku sekadar menghantar dia ke lif dengan sorotan mata, dengan senyum sumbing di bibir.. 'Ada ke bukunye si Hazrin ni..'gumam hati, bila teringatkan dia yang kutinggalkan di tepi jalan tadi..huu

Seketika selepas itu, dia menghampiriku. Waktu itu aku sedang mengayat dengan seorang kawan lama. Cik Farah Fathiah~ "Takpe lah ye, nanti kita jumpa lagi. Saya ada kelas sebenarnya ni," Fathiah minta diri dengan sopan. Baik, tumpuan kearahnya. Dia senyum. Ok....? Hape kes?

"Q, kelas pukul 11..bukan pukul 10.." sengal..eeii..haha..
"Haha..ok, pastu ko nk balik ke stay sini?"
"Aku stay sini je la.."..Selesai. Disangka lewat, terawal sejam...erkk..50 minit la...
Haha....kesian dah tadi, terasa bersalah dah tadi..kini aku tarik nafas lega. Dia tidak terlewat ke kelasnya! 

Yong Azrin? Aku dail nombor Yong. Berkali-kali tapi tiada jawapan. Mesej masuk, daripada kesayangan yang lagi seorang, ajak makan tengahari. Aku minta sedikit masa, lalu dia balas.."Orait, tapi jangan sampai terlupakan saya disini dah la.." Adess..kena lagi..semua gara-gara penyakit lupa semalam, yang hari ini belum sembuh..



p/s: macam sudah tiba masa untuk saya tukar Honda bertayar dua tu jadi bertayar empat agaknya kan...heee

Saturday, 20 August 2011

Terpisat-pisat



Terpisat-pisat. Kepala terasa memberat. Sengal di bahu kiri dan kanan melambatkan sedikit gerakanku untuk mengangkat kepala dari meja ini. "Oh, aku tertidur..,"getus hati kecil ini. Kepala berpusing ke kiri dan kanan, mengitari ruang kerjaku. Warna jingga terang dari kulit tesis-tesis yang bertingkat itu menusuk pandangan. Pijar. Di ruang "Siap!!" ada lima belas tesis bertingkat. Di ruang "Cepat Buat!!" masih ada tujuh belas tesis. Tujuh belas??? Huh.....


Aku masih menekur di meja. Kepala sudah ku angkat tinggi, tidak di meja lagi. Leher sudah ku regang-regang, begitu juga bahu dan pinggang. Seluruh tubuh dikerah berkerja demi menyiapkan tugasan sebelum raya ini. Entah kenapa tugasan kali ini lambat pula aku siapkan. Terasa merangkak bila membaca, terasa bertatih bila menaip semula ayat-ayat yang dibaca. "Macam mana awak semua buat ya..sama je tiga-tiga. Kalau saya buat ni, sekejap aje dah siap," Terngiang-ngiang suara Dr. H di kepala yang sudah beransur ringan ini. 'Dr tengok je, Dr dah tahu isi kandungan tesis tu. Yelah, semua projek Dr..saya ni, kena baca satu tesis, baru tau ape cerita. Baru tahu apa yang penting untuk saya ambil buat isi rumusan'...dan kata-kata itu kekal di dalam hati, tak mungkin terluah. Jangan nak merungut, sayang...itu kata-kata didalam hati juga. Demi memujuk diri yang terasa makin melemah longlai ini.


"Buat kerja la Yaya,"suara omelan roomate, bila melihat aku seperti termenung di meja kerja. 'Aku buatla..nak rehatkan otak je jap'..dalam hati lagi.
"Nak saya pacakkan bendera ke untuk awak, biar awak bersemangat buat kerja?:-)" sms di telefon bimbit I.
"Adik, bila balik kampung?"sms di telefon bimbit II.
"Off-kan henfon ko, dua-dua! Macam mana nak siap kerja kalau kiri kanan tangan taip sms??" Aaaa...roomate mengamuk...errr... Roomate? Ermmm..itu suara dia dua tiga hari lalu. Dia sekarang sudah di kampung halaman, bercuti sampai naik raya nanti. Dia yang terakhir meninggalkan aku disini. Rakan-rakan yang lain sudah lama berenak-enak di kampung halaman sejak minggu lepas lagi. Waa..seronoknya.


Aku masih mematung di meja kerja. Dunia sekeliling terasa sunyi, sepi sekali. Hening sungguh pagi ini. Pagi lagikah? Mata mencari jam di skrin laptop..09.05..pagi lagi. Aku mengeliat buat sekian kalinya. Tiba-tiba, aksi itu termati serta-merta dengan kedua-dua tangan masih tinggi keatas. Semasa melihat jam di skrin tadi, ada angka yang membuatkan aku tersentak. Bagai terkena renjatan elektrik! Aku kalih mata ke skrin semula. Cursor dibawa ke tepi kiri skrin, kalendar itu terzahir. Dan....1 September???? Hahhh? Apaa???


Hari ini 1 September? Aku masih disini?? Bergelumang dengan tesis-tesis jingga terang yang banyak bertingkat-tingkat ini?? Sunyi sepi suasana keliling adalah kerana semua warga disini sekarang sudah di kampung halaman, bercuti, beraya, bersama keluarga??? Aku..?? Akuuu??? Adrenalin laju! Aku bangun dari kerusi. menuju pintu, mencari kelibat insan lain yang mungkin ada di sini.


Ah, hampa. Tiada sesiapa. Di koridor ini, hanya bilik ini sahaja yang ada manusia. Ada aku! Mata yang terpisat-pisat tadi terasa panas kini. Cengeng itu penyakitku diluar sedar. Basah, mata itu basah. Aku kembali ke dalam bilik. Hilang tingkah. Mata mencari telefon, namun kedua-duanya tidak kutemui. Langkah semakin longlai, diri semakin goyah. Dari mata yang basah, kini hidung juga mula berair. Esak kecil bermula. Apa ini semua?? Apa ini semua??? Katakan ini mimpi!!! Katakan ini mimpi!!


"Oii...bangunlah!" Err....roomate? Itu suara roomate!
"Memang ko mimpi pun la. Bangun sahur." Err...terpisat-pisat.



-----------------------------------------------------------------------------------------------
Diolah dari kisah sebenar...dengan sangat banyak perisa tambahan. haha..=)
p/s: Saya mahu balik beraya esok..please...please..(diri sendiri merayu kepada diri sendiri!!)

Sunday, 24 July 2011

Cengeng

Di taman kayangan sebuah istana di Dunia Metafora itu, Saya duduk santai sambil memerhati puteri-puteri kayangan bermain di taman. Puteri Jingga dan Puteri Perang, ditemani kanda sulung mereka, Tun Utama. Sudah semestinya mata lebih terarah pada si Jingga....

Tiba-tiba, sekonyong-konyong Puteri Jingga terbang menonong dari padang permainan menuju kamar kecilnya. Berjurai-jurai di tubir mata bundarnya titis-titis jernih, mengalir merentas pipi.

Tun Utama kaget. Saya juga. Apa yang berlaku? Apa?? Kenapa wajah yang sentiasa manis dengan senyum bergula itu tiba-tiba disimbah suam airmata? Saya hampiri pintu kamar. Tiada terdengar suara Puteri dari dalam, sekadar suara Ibu Peri yang lembut memujuk. Tun Utama mendekat juga. Sang Puteri teresak sedikit, kesan suara pujuk Tun Utama. Ditenangkan lagi oleh Ibu Peri. Sekujur Tun Utama beredar, Saya kekal di situ dengan beban soal yang pelbagai.

Tidak lama, Puteri Jingga dipimpin Ibu Peri beransur keluar dari kamar. Namun bukan taman kayangan tempat yang mereka tujui. Oh, Ibu Peri bawa Puteri memetik bunga bagi merawat tangisnya. Sedang Puteri menikmati indahnya bunga-bunga, Saya dekati Ibu Peri.

“Ibu, kenapa dengan Puteri Jingga? Saya lihat dia seperti berduka cita. Atau mungkin juga dia tidak selesa di mana bahagian badannya? Erkk..tidak bermakna apa Ibu, Saya bertanya sekadar gusar...”Ibu Peri yang tenang lagi lemah lembut itu tersenyum.

“Hmm..tiada apa-apa yang besar anak muda. Puteri Jingga begitulah penyakitnya bila tiba bulan purnama. Cengeng...” luah Ibu Peri berulam senyum di bibirnya. 

"Cengeng kenapa pula Ibu?"
"Ah...itulah. Ayahanda Puteri melarang Puteri bermain sesuka hati tadi. Memanglah Puteri itu. Kalau tiada suara yang mampu diucapkan, terucap dengan airmatalah jadinya. Salah Puteri itu ada, tapi Ayahanda silap juga, bukan mahu berusul periksa sebelum bersuara..."

Saya matikan soal disitu. Mata terus memerhati si Puteri. Senyum kembali menghias bibirnya. Dihadiahkan satu yang paling manis untuk saya. Ibu Peri memimpin Puteri ke tengah taman semula. Puteri Perang dan Tun Utama berlapang dada semula. Mereka kembali bercanda ria, gilang-gemilang.

Cengeng...benarkah? Cukup sekadar kata-kata Ayahanda kah yang menjemput titis-titis jernih itu? Ada yang Ibu Peri sembunyikan daripada Saya. Saya pasti...kerana Saya sudah sekian lama memerhati Sang Puteri, si jantung hati...

Puteriku, betapa walang pun hatimu, Saya ada disini untuk kamu. Kembangkanlah sayapmu terus, capailah bahagiamu..di duniamu, didunia kita...

Sunday, 17 July 2011

Insan-insan Berhati Mulia di UTM

Orang yang baik ada dimana-mana sahaja! Percayalah. Bukan dongengan! Cuma kata orang, sukar mencari yang baik itu dalam masyarakat sekarang. Dalam kecoh teman-teman merungut staf-staf di pejabat RMC cerewet, pegawai-pegawai di HEP kerek, saya berjaya aje temukan dengan mereka yang berhati mulia! Hee...untungnya nasib. Alhamdulillah~

...dan siapakah mereka? Bagaimana Allah aturkan pertemuan saya dengan mereka? Ini cerita hari Jumaat yang indah itu...
Terkocoh-kocoh bersiap untuk pulang berhujung minggu di Pontian, saya lalai untuk minta tolong dari rakan awal-awal. Perlukan kenderaan ke Sri Putri! Aduh..dia ada urusan pula tatkala saya ajukan sms-notis singkat 10 minit untuk minta tolong hantarkan ke stesen bas itu. Jam dikerling, sudah lewat. Bakal tiba lewat juga nanti. Inisiatif segera diperlukan!! Apalagi, menapaklah..nikmat kaki ini untuk diraikan dengan cara berjalan..lalalala..*walaupun ada orang tu cakap, jgn bangga sgt dgn nikmat—gara-gara x mahu sy berjalan utk pergi mkn dgn dia..weee*
Niat asal—tunggu bas di stesen minyak berhampiran (hampir la jugak)dengan pintu keluar UTM untuk ke Sri Putri. Sampai di muka pintu pagar, incik Pak Gad yang gembira (sbb dia main tepuk2 tgn ms sy tgok tu) itu saya hadiahi dengan senyuman manis saya, sekadar mengamalkan budi bahasa budaya kita. Haruslah senyum itu dikembalikan, kan..sambil soalan diajunya, “Nak kemana dik?”...senyum kekal.
“Sri Putri incik...” Adeh..terlepas..bukan ke nk pegi Shell tu je ke..
“Eh, jalan?? Jauh tu..” Senyum aje. Angguk-angguk.
“Takkan awak nak jalan ni? Jauh juga tu..”
“Err...kalau incik tak nak saya jalan, incik tahan la mana-mana kereta yang mungkin boleh tumpangkan saya pegi sana?” Hambek ko..selamba aje patah-patah ayat itu meluncur dari bibir manis ini...alalalala.. Niatnya bergurau, tapi bila incik pak gad cakap, “Awak tunggu situ, nanti kalau ada driver perempuan, saya tanyakan.”
Arkk...harus bagaimana? Takut (takut la sangat kan..) dengan incik Pak Gad, saya pun akur..haha..menunggu sambil meninjau-ninjau longkang besar di  luar pagar itu.
Minit-minit pertama, pemandu lelaki yang ramai melalui pintu ini. Yang seorang itu perempuan, tapi arahnya tidak sehaluan pula dengan Sri Putri. Yang perempuan lain-lain lagi, penuh satu kereta..lalu apabila sebuah MPV itu menghampiri incik Pak Gad..saya berdebar-debar...
“Assalamualaikum, selamat petang Puan”...dialog lain saya taknak dengar. Main sorok-sorok pula belakang pintu sehingga incik Pak Gad panggil saya.
“Dik..haa, ni. Awak bleh tumpang puan ni.” Aaa...incik itu senyum, puan yang baik hati itu juga senyum. Saya?? Melompat gilang-gemilang dalam hati..sambil senyum kekal di bibir manis..*wallah!* Terima kasih incik (Pak Gad), sopan lafaz di mulut. Dalam hati dah sepelaung saya jerit untuk ucapan terima kasih itu...heeee
Maka, kaki disimpuh ayu di tempat duduk pemandu MPV itu, bukan menapak lagi. Berbual lah saya dengan Puan Sabrina (namanya puan yang cantik lagi baik hati ini). Staf di SPS UTM. Mukanya iras sepupu saya, Assila. Oh, terkilan!Incik Pak Gad yang sekali imbas macam muka Nabil Maharaja Lawak, dua kali imbas macam Pak Alang (bapa saudara sebelah ayah) itu, saya lupa tanya namanya! Aduh..
Selamat sampai ke Sri Putri dengan gilang gemilang!! Terima kasih banyak-banyak untuk mereka. Sehingga jumpa lagi, begitu ayat Puan Sabrina sebelum saya atur kaki keluar dari MPV-nya. Insya-Allah Puan..saya pun mahu berjumpa dengan puan lagi...ingat, senyum harus kekal... Mereka berhati mulia, saya yang merasa untungnya. Alhamdulillah, budi baik tuan-puan kalaupun tiada daya saya balas, Tuhan akan balas...=)
Seronok, dua ronok, tiga ronok..beronok-ronok!! (pinjam ayat sapix)..Jom, ke Pontian pula kita~


p/s: teringat 1 pasangan Arab yg cerewet yg slalu mengonar di cfeà..kata mereka la. Bila shj mereka datang, “Q, nu customer ko”..sy suka aje dan mereka sukakan saya juga. Bukti:saya dapat hadiah drp pasangan itu~