Tekad. Nekad. Persalinan jingga kini bertukar tangan. Ku atur langkah lambat-lambat melewati gerbang masuk istana. Ayahanda tiada daya menghalang. Kanda Adam tidak menghalang? Kanda sulung itulah yang terlebih dahulu meninggalkan istana. Kerana itu istana ini lebih-lebih terasa hambar.
Tabir minda melayar kembali saat-saat indah : saat bermain, saat berperang, saat menang, saat kalah. Terhimpun tiada juzuk malah tajuk. Masih terasa segar, perang di bulan Ramadhan itu, kami menangani 40 kuasa-kuasa besar. Tuan Tanah dan ahli-ahlinya, tuan tempat istana Ayahanda bertapak. Ya, istana Ayahanda istana muda. Tapaknya belum kukuh utuh. Lantas perang ini demi memenangi mereka. Dan, kami menang. Errr...mungkin mereka juga menang. Win-Win situasion~
Puteri Perang mahu mengikut jejak. Sedang asalnya, dia juga yang mulakan tindak meninggalkan istana. Puteri Perang kini makin matang, mahu membuka empayar sendiri. Dengan sopan mengundur diri dari istana Ayahanda walaupun ditahan-tahan oleh Tuan Bendahara. Yang kecil molek itu jangan dipandang sebelah mata, kerana jiwa sikecil itu berganda-ganda besarnya dari saiz fizikalnya....
Kesudahannya, kami tinggalkan istana...cuma sesekali dipanggil, kami datang juga..menziarah~
hehe...
hehehehe
ReplyDeletekiyuuu
cito muu ni
buat aku rindu kat ang
hehehe