Wednesday, 12 October 2011

Saya, Sahabat Saya dan Lelaki itu.....



Kalau hanya melibatkan saya dan sahabat saya, mungkin kurang terluka. Kalau hanya melibatkan saya dan lelaki itu, mungkin kurang parah. Namun takdir membawa saya bertemu dengan lelaki itu, takdir juga menjalin hati saya dan sahabat. Ada hikmah, kalau tidak, tak mungkin kami dipertemukan. Cuma sebelum hikmah terbuka hijab, kami harus gagah berdepan dengan pahit dan getir yang melanda kini.
Berpunca daripada seorang lelaki itu, saya, tertipu perasaan. Sahabat saya, tertipu wang!! Aduh...luka dan parah. Malu dan resah. Saya di tengah-tengah, yang memulakan urusan sahabat dengan lelaki itu. Bermula daripada sembang-sembang saya bersama sahabat yang mahu beli kereta terpakai, disambung dengan bicara saya dengan lelaki itu, sekadar berbasa-basi tentang hasrat si sahabat...lalu si lelaki menawarkan khidmat. Saya jambatan urusan, tapi cuma setengah jalan. Bilamana nombor telefon sahabat sudah pada si lelaki, urursan mereka tidak lagi melalui saya....
Cemburu? Bukan itu isunya...cuma saya tidak tahu. Lelaki itu penipu. Sahabat saya tertipu. Saya lebih dulu tertipu. "Awak, walaupun kita macam ni sekarang, saya harap urusan kereta antara awak dengan sahabat saya berjalan lancar," kata saya, bila tahu antara kami tidak mungkin bersatu, waalupun waktu itu usia perkenalan belum sampai dua bulan. "Ya, saya tahu tu. Saya profesional bila kerja. Saya tak campur urusan peribadi," Profesional tipu. Kasihan sahabat saya. 

Salah siapa? Jangan cari salah siapa. Menuding jari sesama sendiri bukan penyelesaian. Wang sahabat bukan sedikit yang ditipu lelaki itu. Biar jari dituding, wang itu tidak senang-senang kembali. Ya Allah...bukan saya mengalaminya, sahabat saya. Tetapi tempiasnya saya rasa! Tempiaskah? Rasa bagai dijirus-jirus ni..bertimpa-timpa. Cuma, bidalan berkata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....sahabat saya.....Ya Allah, luaskan hati dan mindanya. Kasihan dia. Tertekan dia. Saya terasa tiada daya membantunya. Pendapatan belum juta-juta. Sekadar temankan sahabat ke balai polis, temankan sahabat melampias tangis...sekadar itu....bermakna apakah kalau dibanding kerugian sahabat? Ya Allah...bantu kami..

Saya buntu. Sungguh.



p/s: saya,lelaki YANG itu,sahabat....kisah cinta segi tiga bukan untuk dicerita disini....=)

No comments:

Post a Comment