Sunday, 18 September 2011

Terima kasih kalian...

Hari-hari yang berlalu itu, 
Terlayar di tabir minda pagi ini,
Membawa rasa terharu,
Membawa rasa rindu...dan sendu,
Betapa aku pernah jatuh dahulu,
Di saat akhir perjalanan,
Terkulai layu dek lemahnya jiwa,
Terbeban dengan pelbagai rasa,
Yang tak sanggup ku luah pada mereka yang ku panggil keluarga,

Namun aku ada mereka,
Yang sudi memapah dan memimpin tangan,
Membantu aku berdiri di atas kaki sendiri,
Meyakinkan aku bahawa kakiku teguh,
Tatkala aku hilang rasa,
Mereka adun untukku ramuan mujarab,
Ubat hati yang kecewa,
Betapa mereka ada usaha untukku, 
Masakan aku tiada daya untuk diri sendiri?

Lalu, dalam hormat dan malu,
Aku berdiri kembali,
Bertatih dipimpin mereka yang tabah,
Berpaut kemas pada tangan yang dihulur,
Bersandar pada bahu yang kukuh,
Walau dengan langkah pincang tempang,
Aku melangkah perlahan,
Menuju hari ini..

Dan hari ini..
Susah dan payah pada hari-hari yang berlalu itu, 
Hampir berbalas tidak berapa lama lagi,
Hadiah untuk aku yang berani berdiri kembali,
Sungguh hadiah ini cukup bererti,
Hadiah yang ingin ku kongsi bersama mereka,
Kerana mungkin tanpa tangan dan bahu mereka,
Aku belum tiba disini hari ini..

Ya Allah,
Demi mereka yang sayangi aku,
Kau kurniakanlah mereka kesejahteraan dunia akhirat,
Atas jasa dan budi baik mereka,
Keprihatinan dan kasih sayang,
Kesabaran dan ketabahan, 
Yang mereka pinjamkan kepadaku,
Yang membolehkan aku melalui hari-hari yang berlalu itu,

Kau ilhamkan kepada mereka,
Bagaimana menebas semak berduri yang menghalang laluanku,
Bagaimana mengharung jeram yang deras berbatu-batu,
Bagaimana menjinakkan liarnya hasutan-hasutan dalam minda,
Lalu kepada-Mu jua, 
Ku panjatkan syukur..ya Allah..

Hari-hari yang berlalu itu,
Hari yang sukar namun akan berbalas indah,
Terima kasih buat kalian...=)


Dedikasi buat: Wani, Siti, Ana, Aimie, Naza, Tajuddin, Aizat dan sahabat SEP sekalian. Saya akan grad bersama-sama kalian! Huuu~

Wednesday, 14 September 2011

Peringatan Daripada Anak : Kecemerlangan Mendidik Anak (II)

Bahagian 1 disinun...


Mama, papa, ibu, ayah, mak, abah, (dll).......tadi saya belum ingat semua, saya pegi bukak buku semula..ni saya sambung ye...heeee

23 PERINGATAN DARIPADA ANAK:
14. Usah selalu bertukar-tukar sikap
15. Usah membodoh-bodohkan saya apabila saya takut
16. Usah tidak endahkan pertanyaan saya
17. Usah mengaku ibu dan ayah serba sempurna
18. Usah berasa hina hendak minta maaf kepada saya
19. Usah lupa saya ini cepat membesar
20. Usah lupa saya suka untuk mencuba
21. Usah lupa saya perlukan banyak kasih sayang dan persefahaman untuk membesar dengan sempurna
22. Usah samakan keadaan ibu dan bapa dengan keadaan saya
23. Usah lupa mengingatkan saya untuk beribadah dan berdoa

....dan ayat di muka surat seterusnya "Langkah pertama untuk mendidik anak menjadi cemerlang adalah dengan menjadi ibu bapa yang cemerlang!".



Buku ini, bagi saya, rujukan untuk saya menilai dan baik pulih diri sendiri..juga persediaan ke arah menjadi ibu suatu masa nanti, kan..kan..? (^_^)v

p/s: bercita-cita nk bwk ank2 g book fair byk2..heee....

Tuesday, 13 September 2011

Peringatan Daripada Anak : Kecemerlangan Mendidik Anak

Assalamualaikum wbt! Hai semua~ (^_^)/

Kecemerlangan mendidik anak. Itu tajuk buku yang saya "pinjam" dari Reading Station berapa-entah UTM. Yang kat foyer UA1 K9, yang depan rumah felo tu.... Alang-alang menunggu team Chamek bawa sarapan untuk adik-adik semasa Minggu Transformasi Mahasiswa minggu lepas-lepas nun...dan bila saya mula membaca, saya teringin kongsikan bersama-sama anda di sini! 


23 PERINGATAN DARIPADA ANAK:
Mama, papa...ayah, ibu.....mak,abah....ni saya, anak mama,papa,ayah,ibu, mak, abah.. nak cakap ni.....(buat muka comel..hee)

1. Usah terlalu manjakan saya..
2. Usah takut bersikap tegas terhadap saya
3. Usah biarkan saya membentuk tabiat buruk
4. Usah memperkecil-kecilkan saya
5. Usah menunjukkan kesalahan saya di depan orang
6. Usah samakan kesalahan saya dengan dosa
7. Usah melindungi saya dari perbuatan yang mendatangkan akibat buruk
8. Usah risau kalau saya katakan, "Saya benci ibu! Saya benci ayah!"
9. Usah bimbang sangat apabila saya kurang sihat
10. Usah kerap sangat meleteri saya
11. Usah lupa saya kurang bijak untuk menyatakan hasrat saya
12. Usah membuat janji yang tergesa-gesa
13. Usah paksa saya menunjukkan kejujuran

bersambung....


buku: Kecemerlangan Mendidik Anak | Mohd Fadzilah Kamsah&Rahmat Ismail

Monday, 12 September 2011

Welcome and Welcome Back!


Welcome!! Welcome!! Selamat kembali!! haha...hiperbola sungguh..terlebih gula ke hape nih?? hee..(^_^)'>

Saya menjemput diri sendiri ke blog lagi, setelah hampir sebulan menyepi tanpa kata. Terlintas difikiran sebentar tadi, lanjutan dari rasa semalam...bolehkah saya jadi penulis blog tegar ye? Hmmm...belum berkisah untuk jadi blogger terkenal, terhebat apa semua tu...Bolehkah saya? Heh..tak perlu jawab lah..bukan tanya awak...heee..tapi kalau awak jawab boleh, saya kata..AMEEEEN~

Alhamdulillah, kerja-kerja yang terpikul di pundak sejak Ramadhan lalu selesai kini (saya kira). Itulah tangan kembali ringan disini. Belum pandai aturkan masa untuk kerja berselang-seli dengan menulis blog..hehe..saya budak baru belajar~ (ahh!! Alasan!! haha)

Oh, kisah kali pertama. Hari ini entri pertama saya di blog sana. Itu blog aa, ada Sara dan Aimie..hehe..(dan lain-lain lagi)

Baik! Jangan banyak soal lagi, jadikan "less talk do more" sebagai prinsip dan konsep..kan..kan..kepada mereka yang berkunjung selama saya membiarkan laman ini bersawang, adess...saya segan ngan kamu-kamu..huuu...Insya Allah, saya kembali...=)

Wassalam!

p/s: Bila resah, ingat saat indah....

Saturday, 20 August 2011

Terpisat-pisat



Terpisat-pisat. Kepala terasa memberat. Sengal di bahu kiri dan kanan melambatkan sedikit gerakanku untuk mengangkat kepala dari meja ini. "Oh, aku tertidur..,"getus hati kecil ini. Kepala berpusing ke kiri dan kanan, mengitari ruang kerjaku. Warna jingga terang dari kulit tesis-tesis yang bertingkat itu menusuk pandangan. Pijar. Di ruang "Siap!!" ada lima belas tesis bertingkat. Di ruang "Cepat Buat!!" masih ada tujuh belas tesis. Tujuh belas??? Huh.....


Aku masih menekur di meja. Kepala sudah ku angkat tinggi, tidak di meja lagi. Leher sudah ku regang-regang, begitu juga bahu dan pinggang. Seluruh tubuh dikerah berkerja demi menyiapkan tugasan sebelum raya ini. Entah kenapa tugasan kali ini lambat pula aku siapkan. Terasa merangkak bila membaca, terasa bertatih bila menaip semula ayat-ayat yang dibaca. "Macam mana awak semua buat ya..sama je tiga-tiga. Kalau saya buat ni, sekejap aje dah siap," Terngiang-ngiang suara Dr. H di kepala yang sudah beransur ringan ini. 'Dr tengok je, Dr dah tahu isi kandungan tesis tu. Yelah, semua projek Dr..saya ni, kena baca satu tesis, baru tau ape cerita. Baru tahu apa yang penting untuk saya ambil buat isi rumusan'...dan kata-kata itu kekal di dalam hati, tak mungkin terluah. Jangan nak merungut, sayang...itu kata-kata didalam hati juga. Demi memujuk diri yang terasa makin melemah longlai ini.


"Buat kerja la Yaya,"suara omelan roomate, bila melihat aku seperti termenung di meja kerja. 'Aku buatla..nak rehatkan otak je jap'..dalam hati lagi.
"Nak saya pacakkan bendera ke untuk awak, biar awak bersemangat buat kerja?:-)" sms di telefon bimbit I.
"Adik, bila balik kampung?"sms di telefon bimbit II.
"Off-kan henfon ko, dua-dua! Macam mana nak siap kerja kalau kiri kanan tangan taip sms??" Aaaa...roomate mengamuk...errr... Roomate? Ermmm..itu suara dia dua tiga hari lalu. Dia sekarang sudah di kampung halaman, bercuti sampai naik raya nanti. Dia yang terakhir meninggalkan aku disini. Rakan-rakan yang lain sudah lama berenak-enak di kampung halaman sejak minggu lepas lagi. Waa..seronoknya.


Aku masih mematung di meja kerja. Dunia sekeliling terasa sunyi, sepi sekali. Hening sungguh pagi ini. Pagi lagikah? Mata mencari jam di skrin laptop..09.05..pagi lagi. Aku mengeliat buat sekian kalinya. Tiba-tiba, aksi itu termati serta-merta dengan kedua-dua tangan masih tinggi keatas. Semasa melihat jam di skrin tadi, ada angka yang membuatkan aku tersentak. Bagai terkena renjatan elektrik! Aku kalih mata ke skrin semula. Cursor dibawa ke tepi kiri skrin, kalendar itu terzahir. Dan....1 September???? Hahhh? Apaa???


Hari ini 1 September? Aku masih disini?? Bergelumang dengan tesis-tesis jingga terang yang banyak bertingkat-tingkat ini?? Sunyi sepi suasana keliling adalah kerana semua warga disini sekarang sudah di kampung halaman, bercuti, beraya, bersama keluarga??? Aku..?? Akuuu??? Adrenalin laju! Aku bangun dari kerusi. menuju pintu, mencari kelibat insan lain yang mungkin ada di sini.


Ah, hampa. Tiada sesiapa. Di koridor ini, hanya bilik ini sahaja yang ada manusia. Ada aku! Mata yang terpisat-pisat tadi terasa panas kini. Cengeng itu penyakitku diluar sedar. Basah, mata itu basah. Aku kembali ke dalam bilik. Hilang tingkah. Mata mencari telefon, namun kedua-duanya tidak kutemui. Langkah semakin longlai, diri semakin goyah. Dari mata yang basah, kini hidung juga mula berair. Esak kecil bermula. Apa ini semua?? Apa ini semua??? Katakan ini mimpi!!! Katakan ini mimpi!!


"Oii...bangunlah!" Err....roomate? Itu suara roomate!
"Memang ko mimpi pun la. Bangun sahur." Err...terpisat-pisat.



-----------------------------------------------------------------------------------------------
Diolah dari kisah sebenar...dengan sangat banyak perisa tambahan. haha..=)
p/s: Saya mahu balik beraya esok..please...please..(diri sendiri merayu kepada diri sendiri!!)

Monday, 8 August 2011

Lapang Sebelum Sempit

Haiih...

Oops...'ter'mengeluh pula..Assalamualaikum wbt.

Tahu lagu ni? Ingat? Jom nyanyi sama-sama~

"Ingat 5 perkara, 
sebelum 5 perkara..
sihat sebelum sakit,
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit...
hidup....sebelum mati..."

Alhamdulillah, saya sihat. Baru sembuh dari selsema dan sakit mata sebenarnya.
Alhamdulillah, saya muda. Tapi umur meningkat setiap saat.
Alhamdulillah, saya kaya. Errr....dalam erti kata tidak merempat demi sesuap nasi.
Alhamdulillah, saya lapang. Percaya masih ada mereka yang lebih sibuk daripada saya.
Alhamdulillah, saya hidup. Masih diberi peluang mengumpul amal, walaupun terkadang masih terkumpul dosa...

Tapi, lapang sebelum sempit? Oh, demi entri ini! Saya lapangkan sedikit masa yang menyempit. Baru bercuti, kemudian bercuti lagi. Aaaa...kenapa bercuti? Hujung minggu lalu saya ke Pontian (lagi), meraikan Jumaat pertama di bulan Ramadhan bersama kesayangan di sana, disertai Ab.Yem dari Terengganu..dan Along dari Kuala Lumpur. =)..tiada sumber internet di sana, tapi ada pelbagai cerita saya, Ayah Su, Ab.Yem, Along dan hidup..Oh, cerita bahagia.

Kembali semula ke teratak singgah (yang memungkinkan saya berinternet) petang Ahad itu. Oh, kisah berbuka puasa kali pertama di Masjid Sultan Ismail, UTM! Kisah menjamu kawan-kawan dengan durian Pontian. Dan Sara yang beroleh tempoyak yang sekian lama diidamnya (haha)...

Rutin diteruskan, kerja di fakulti, kerja di Chamek. Suasana di Chamek beda kini. Ermm...jiwa merindui keriuhan waktu awal-awal dulu namun harus akur pada aturan. Ada kisahnya, jangan minta sekarang. Sesungguhnya saya sedang sempit (sedikit)...ada lambakan kerja yang datang tiba-tiba daripada puan supervisor..heee...

Oh, ya! Saya ada kerja! Lapang ini sebentar sahaja! Jumpa lagi! Assalamualaikum!


p/s: Mengesan sahabat2 maya yang pertama kali meninggalkan jejak...Terima kasih atas kunjungan kalian. (^_^)

Thursday, 4 August 2011

Singgah Sahur Pucukandubi

khas di bulan Ramadhan jek....segmen inilah....

klik! klik! klik!!

untuk Ame yang (akan) menyinggah, sila la golek-golek laman sekangkang kera saya ni yer..nk shout tuh, bior sampai saya boleh terjaga dr tidur..bleh join kamu sahur~

Selamat bersahur...<----ucapan ini in-advance k..Belum valid sehingga jam pagi sa-sa sok..heeee....


p/s:aimie..ikut kamu lah ni..dah jadi macam hari ini hari untuk bersegmen...gedakgedakgedak