Tuesday, 19 July 2011

Disebalik permulaan ini...

Assalamualaikum wbt.

"Sapa dorong untuk tulis blog?" "Terdorong melalui blog aku?"sms di tengah larut malam semalam.

Berfikir sejenak. Lama. Lalu satu keluhan terluah juga dari ulas bibir ini. Sekian lamanya, sentiasa ada yang usulkan saya menulis blog. "Ayat ko selalu puitis" "Tulis la blog Q, mesti best" "Bila nak ada blog sendiri, nanti bleh aku plak g jalan-jalan blog ko"...dan seumpamanya. Namun baru kini ulah mereka saya sahut. Berblog... Siapa, kenapa? Jawapannya, dia...itulah yang mengeluh tadi tu...haih~

Satu minggu itu, saya patah hati sungguh-sungguh. Remuk redam. Lalu dengan hati yang basah berdarah, pen dan kertas saya capai. Sejak azali, menulis itu hobi. Maka berkajang-kajang saya tulis. Lagak seperti sedang berbicara dengannya. Surat itu, saya namakan surat 'cerai'. Pelbagai tuntutan perceraian saya senaraikan. Pelbagai hak saya tuntut. Saya ingat hanya 3 muka surat, rupa-rupanya 3 helai=6 muka surat penuh! saya kemaskan dalam sampul surat, sungguh mahu poskan surat cerai ini untuk dia.....

Cuma, Allah tak menyusun begitu. Sekembalinya saya ke minggu berkerja, surat itu kekal kemas dalam simpanan. Saya lupa terus. Namun bila teringat, saya selongkar kembali, mencari dan menemui. Saya ulang baca apa yang tertulis....saya senyum. Gelak kecil juga. Aduh....kelakar. Hmmm..surat cerai? Sedangkan berkahwin pun belum, sudah mahu bercerai? Adoyai!!

Dari situ, fikiran menerawang, berbelah-bahagi. Saya mahu dia tahu, tapi saya tidak mahu 'bertemu' dengannya. Tidak mahu 'berbicara' depan-depan dengannya. Lalu, harus bagaimana? ....dan itulah niat asal mahu berblog....
Tetapi, niat itu pencetusnya sahaja. Sejak menulis, saya melupai dia hari demi hari. Bukan lupa semuanya, cukupkan dos untuk memaafkan sahaja. Saya temui sesuatu yang lebih indah dalam hati saya, yang menjadi pendorong untuk saya terus menulis... Saya mahu menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup saya. Saya mahu menghargai setiap kegembiraan yang Allah sediakan untuk saya. Saya mahu abadikan saat-saat indah yang ternyata lebih panjang daripada saat duka lara itu.. di sini..

 "Sapa dorong untuk tulis blog?"
Lalu soalan itu, saya jawab, mereka yang menyayangi saya, mereka yang saya sayangi...merekalah pendorong untuk saya menulis blog...Aimie, Siti..Atika...saya terharu menjadi seperti kamu-kamu...Welcome to d Club eh...hee...very warm welcoming la saya dapat...*sweeeet~*

Saya akan terus menulis, kerana saya akan terus gembira..=)


2 comments:

  1. waaaaa...saya juge terharu nama saya diabadikan disini...heeee..sayang Q!

    ReplyDelete
  2. ni seronok sayang2 ni..bagi sayang dapat sayang balik..banyak3..XD

    ReplyDelete