“Achik, maghi dok?” Ringkas soalan Ayah Su di hujung talian.
“Maghi, maghi” bersepah-sepah gelabah. Petang itu mahu pulang, petang itu jugalah baru nak dikemaskan beg. Aih...
Ayah Su ada kem di Kaizen hujung minggu ini. Saya diminta datang untuk temankan Cik Su dan baby Faris. Hehee..diminta? Yelah, kebiasaannya saban hujung minggu di teratak merekalah tempat saya menumpang kasih.*ececeh* Namun sejak mula berkerja separuh masa di sebelah malam di Scholar’s Inn Cafe, saya tidak ke sana lagi. Itulah sampai diminta tu. Bukan gila mencari duit lebih, cuma hujung minggu lepas macam kesian pada staf cfe. Tiada orang mahu berkerja. Hmmm...faham, hujung minggu kan...
Jumaat malam, hanya kami bertiga bergolek-golek di depan TV. Sabar aje Cik Su mendengar saya bercerita. Darihal saya berkerja sebagai RA, kerja separuh masa di cfe, kisah nak ke Sri Puteri petang tadi, dan macam-macam lagi. Bila ayh su tiada dalam kelompok ini, maka selamatlah kami berborak dalam keadaan...errr....tak mandi? Haha..buruk kan perangai..hehe..=p
Ouh, kem ayah su tidak panjang. Petang esoknya dia sudah pulang. Sampai sahaja di rumah, terus main tinju-tinju dengan saya!! Adeh...sape ada pak sedara macam ni, cuba cakap???!! Nasib baik dia mengantuk. Terus merebahkan diri selepas itu sambil sempat lagi membebel-bebel kawannya yang kuat berdengkur di kem. Alahai, kesian ayh su saya? haha..kesian tak ikhlas! Kejap lagi kamu dah tidur, ada la yang dajal-dajal ni nak keluar..hahaha..(gelak jahat!)
Hari Ahad: kami ke Gelang Patah. Cik Su mahu shoping baju baby dari tempat istimewa...yang tutup pada masa kami tiba di depan tempat itu. Heee...gelak-gelak! Sebenarnya, tempat itu rumah taukeh. Haruslah dibuka setiap hari. Cuma sejak Rabu lepas Aunty ini ke Melaka. Alang-alang sudah jauh juga dari Pontian, kami jauhkan lagi perjalanan. Tesco Bukit Indah jadi destinasi gantian. Tesco? Rindu menerpa pada Fairuz, Atika, Hazrin....dan dia.. aaa..bencinta..shuuh shuuuh..saya tidak mahu ingat kamu!!
Shoping time? Ok, kerja saya babysits Faris. Biar ibu shoping dengan tenang, kan Faris kan.. Selalu ayah su puji saya bila shoping. “Baguh anok sdare ayh su ni. Kalu shoping sokmo xboh mende-mende. Tawor la mende pon, xboh je blake..” ..dan dia sengih jahat! Untungla dia, saya bukan kaki shoping macam Angah saya ;p. Ok, nak saya ambil sesuatu ya? Baik, saya nak kek itu!! Niat—nak beri pada Puan Sabrina, boleh? Kan dah tahu tempat kerjanya, mesti boleh dijejak nanti, kan...
Usai beli-belah, kami makan tengahari dan bergerak pulang. Entah tabiat sejak bila, asal sahaja naik kereta (ditambah pula dengan kekenyangan) kelopak mata terasa berat amat!! Huh..poin untuk ayh su mendajal. Aaaaa...saya di tempat duduk sebelah pemandu, senang sahaja tangan beliau menepis, mencuit, mengusik sesuka hati. Huh! Yelah! Akur! Saya tidak tidur, setelah kami berhenti beli rambutan di tepi jalan itu..haha.. Haa..dah ada rambutan, mulala dia paksa-paksa saya tidur (Cik Su pun tak terkecuali!). Tapi, maaf, cubaan gagal. Kamu memandu diam-diam lagi berhemah, kami mahu makan rambutan. Heee...
Keluarga saya. Sungguh, kerana mereka saya bahagia. Dimana sahaja saya berada, dengan kehadiran satu bahagian daripada mereka, cukup buat saya rasa disayangi..rasa dicintai. Mungkin dia yang seorang itu main-main sahaja sayangkan saya, namun saya ada berjuta-juta lemon lagi yang lain, yang ikhlas menyayangi saya. Rindukan mereka, sangat-sangat..=)
No comments:
Post a Comment